Sunday, September 27, 2009

More Glory!

Tuesday, September 22, 2009

SELAMAT HARI RAYA!

Salam

Pada raya tahun ni,aku dan keluarga beraya dengan sederhana dan ringkas sahaja. Aku beraya di rumahku di Piasau Jaya Miri,tempat kelahiran aku. Untuk rakan-rakan yang berada di Miri, silalah berkunjung ke rumahku.

Dikesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada sesiapa yang mengenaliku, salah silap,terkasar bahasa,tercaci termaki,menyinggung perasaan,menyakitkan hati,tersilap kata...yang sengaja atau tidak,sedar atau tidak...sepuluh jari ku himpun memohon kemaafan kepada semua... Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin..





GLORY GLORY DERBY!

Sunday, September 13, 2009

GLORY GLORY!

Tuesday, September 8, 2009

MAJLIS BERBUKA PLK-PDRM

MAJLIS BERBUKA PLK-PDRM
TEMPAT:KG. CHERAS BARU





Thanks to PLK-PDRM sbb majlis ini..
Kenyang makan..yang tapau bawa balik pun x larat nak abiskan..
TQ semua.

Tuesday, September 1, 2009

Majlis Berbuka Puasa PERLU

Salam

Pada 28 Ogos yang lalu, satu majlis Berbuka puasa telah dianjurkan oleh PERLU bersempena dengan Hari Jadi Penasihat Persatuan, En. Hisyam Che Mat a.k.a Bos bertempat di belakang Swimming Pool, UiTM. Seramai lebih kurang 30 lebih hadirin yang hadir.Kehadiran alumni amat menggalakkan kerana jumlah alumni yang datang melebihi jumlah ahli PERLU sendiri. Antara menu pada hari itu adalah Nasi Briyani, Laksa, Ayam bakar, Ikan Bakar, Sate, Donut Big Apple, Air Sirap Limau, Air Bandung Sprite dan macam-macam lagi. Selepas berbuka, hadirin bersolat magrib secara jemaah di Surau Pool. Selepas itu, jemaah bersembahyang Isyak di padang Lawnball dengan dibentang Groud Sheet disitu dan seterusnya berjemaah Solat Terawih bersama yang di imamkan oleh Ahmad Firdaus a.k.a Ustat. Selepas itu,hadirin sambung makan. Kejutan dibuat oleh PPT dengan menyediakan Kek Hari Jadi bos dan lilin ditiup oleh Bos sendiri dengan bantuan angin -> 0.5km/h. Terima Kasih diucapkan kepada semua terlibat menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung. Kepada yang sponser juadah berbuka, semoga Allah mencucuri rahmat kepada kalian semua. Wassalam.

Juadah-juadah Berbuka





Antara gelagat hadirin



Birthday Boy - En.Hisyam Che Mat









En.Din dah masuk 3rd Round, En.Ali baru 2nd Round

Sesi Bergambar bersama2

"Kami mengucapkan...."<-- Idea Boy tercapai

Berbuka dengan Geng Frisbee


Antara yang hadir - Atas:Apize Roden Jijah Riz. Bawah:Ehsan Naj Dickson Tiada dalam Gambar : Nad dan Adib