Tuesday, August 26, 2008

Pengalaman Diri : Group Survival

Minggu lepas, berlangsungnya aktiviti survival untuk peserta diploma. Aku antara instructor survival dalam aktiviti ini. Di setiap 6 kumpulan bila aku melawat, aku akan cadangan apa yang patut mereka buat untuk survival ini. Antaranya suruh buat pagar, buat lantai dari kayu, buat tangga, parit dan macam2 lagi. Aku suruh mereka apply apa yang kita blajar di Camp Craft untuk survival. Alhamdulillah ada group yang berjaya melakukan perubahan terhadap khemah diaorng seperti membuat pintu gerbang, tangga, parit, tempat solat, tempat sidai dan lain2.


Nak diceritakan semasa aku diploma dulu time jadi peserta, group aku terdiri daripada 6 orng. 3 lelaki dan 3 perempuan. Time tu group aku kena kat tempat yang x rata, agak2 nya 30 darjah jugak la condong tu. Setelah berbincang, kami putuskan untuk buat pondok kecil di mana kami membuat lantai tinggi daripada tanah,gunakkan kayu2 mati dan diikat. Sampai ke tengah malam kami x abis2 lagi buat pondok kami tu. Unggun api kami buat sampai 3 tempat, satu di depan dan 2 lagi ditepi kiri dan kanan. Memang terang lah tempat kami masa tu. Baru boleh alert dengan kedatangan sesiapa dalam kawasan perkhemahan. Pondok kami tu x ubah macam pondok rumah padi cuma xde nipah jer utk jadikan dinding. Tapi memang best dan puas hati dengan keadaannya. Boleh guna utk sebulan 2. Tapi sedihnya bila kita abis aktiviti itu, kena robohkan pondok itu... itulah pengalaman final camp : Padawan Survival Camp 2005 aku.

1 comment:

  1. trima kasih bnyk2 en hafiz bnyk bg tunjuk ajar kt group teha...
    c

    ReplyDelete