Tuesday, December 16, 2008

The Day The Earth Stood Still : Pengajaran disebalik cerita





Filem ini mengisahkan tentang kedatangan mahkluk asing yang berasal dari tamadun yang lebih tinggi dari bangsa manusia di bumi, yang datang dari galaksi yang lain. Kedatangan
Klaatu(tom cruise berlakon sbg mahluk asing) adalah untuk menyelamatkan bumi dan memusnahkan semua manusia dan tamadun manusia agar lenyap daripada bumi ini.Kenapa???

Inilah pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita ini - Kerana sikap manusia yang suka memusnah,telah memusnahkan bumi menjadikan bumi semakin nazak sekian hari. Bumi semakin hari semakin uzur disebabkan sikap manusia yang berlumba-lumba untuk membangunkan bandar-bandar besar, memusnah tumbuhan dan habitat haiwan, mengganggu keseimbangan ecosistem dan sistem bumi yang lain, menyebabkan 'planet kita,bumi' ini menjadi semakin teruk.

tetapi persoalaannya, planet kita kah ini?? di dalam cerita ini, Klaatu telah menyatakan bahawa bumi bukanlah planet kita, tetapi planet untuk kehidupan kompleks seperti manusia, haiwan dan tumbuhan dan lain-lain. Ia bukannya milik kita yang boleh kita buat sesuka hati kita. Kita lupa bahawa planet ini kita kongsi bersama,tetapi kita telah memusnahkan hidupan lain hanya untuk kebaikan manusia. Jadi memanglah kita bangsa tamadun yang suka memusnah! (destructive human race)

Dijadikan cerita, Klaatu datang dengan sebuah kapal angkasa berbentuk spera bercahaya (biologi spaceship) dan Gort sebuah robot biologi besar yang badannya daripada bahan yang lebih keras dari berlian yang bertindak jika Klaatu atau sendiri dalam bahaya serangan oleh tentera Amerika. Mereka mendarat di Central Park di Manhattan (tempat yang sama yang dilanda oleh raksaksa didalam cerita Cloverfield) dalam bentuk bukan manusia,selepas itu Klaatu berubah menjadi manusia untuk menyelami manusia dan bangsanya. Beliau datang untuk berunding dengan Ketua seluruh bangsa manusia, tetapi gagal kerana pihak Amerika yang bongkak dan sombong menahan beliau dan menyoal siasatnya.


Oleh sbb itu, Klaatu mengambil keputusan untuk meneruskan niatnya untuk memusnahkan manusia dari muka bumi, sebelum itu, Klaatu menghantar banyak lagi kapal angkasa speranya ke seluruh pelusuk bumi. Kapal Angkasa itu mengambil dan membawa masuk semua jenis haiwan dan tumbuhan(darat dan laut) untuk diselamatkan dari bumi sebelum Klaatu  memulakan gelombang memusnahnya. Gelombang memusnahnya bermula apabila Gort bercerai badannya menjadi berjuta-juta kumbang yang lebih keras dari berlian mula terbang di bumi dan memakan,menghancurkan dan melenyapkan manusia,bangunan,kereta dan segala insfrastruktur yang berada di laluannya. 

Diakhir cerita itu, Klaatu telah berjaya dipujuk oleh seorang wanita ahli astrobiologist yang telah bersama Klaatu sejak kedatangannya ke bumi, memujuk dan menerangkan dan percaya yang manusia boleh berubah dan meminta peluang untuk berubah jika tidak dimusnahkan. Disebabkan itu, Klaatu memberhentikan gelombang pemusnah itu dan terus beredar dari bumi bersama semua kapal angkasanya. 

Pengajarannya- Manusia hendaklah berubah, jagalah bumi dari kemusnahan yang kita sendiri sedang lakukan. Manusia semakin mengejar kemajuaan sampai lalai dan leka, memusnahkan hutan dan ekosistemnya,mencemarkan dan memusnahkan bumi dengan semua jenis rekaan manusia. Sedarlah bahawa kita memang betul-betul sedang memusnahkah bumi. Bumi semakin nazak! Bumi bukanlah milik manusia, tetapi semua mahkluk Allah SWT yang hidup di muka bumi ini.

Pada pendapat saya, cerita ini ada sedikit persamaan dengan seperti mana yang di sampaikan di dalam Al-Quran tentang hari akhirat yang akan berlaku nanti. Idea pengarah filem ini menjurus kepada kedatangan hari kiamat ataupun 'doomsday'. Antara persamaannya idea yang ingin digambarkan oleh pengarah filem ini ialah kedatangan Gort, bermata satu serupa dengan seperti yang diperkata di dalam Al-Quran, Dajal bermata satu. Satu lagi ialah gelombang pemusnah seakan-akan  Tiupan Sangkakala malaikatmaut tetapi sebenarnya ia tidak dapat mengambarkan apa yang akan betul-betul berlaku di hari Kiamat nanti.


Saksikanlah cerita ini, kerana ia akan membuatkan anda semua berfikir dan sedar akan apa yang berlaku pada manusia yang suka memusnah. Pada pendapat saya, semua orang patut menonton filem ini kerana ia memperingatkan manusia yang kian lalai dan leka ini. Selaras 
dengan lagu Zainal Abidin - Hijau

Hijau

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

untuk cerita yang lebih detail mengenai filem ini,sila layari website ini dan sini.

4 comments:

  1. apis..

    bukan ramalan al-quran, tp mmg akan jadi perkara sedemikian. Maka benarlah kata2 Allah. Insaflah wahai umat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengapa begitu yakin akan jadi seperti itu adakah saudara pernah mengalami atau menyaksikan nya dgn mata kepala sendiri? pada pendapat sya,tidak perlu ulas jika di luar pengetahuan kita.maaf

      Delete
  2. wah, dah pandai jadi pengomen filem. bagus. ikut jejak. yang baik ambil yang buruk simpan buat peringatan...

    ReplyDelete
  3. terima kasih wahai sahabat kerana menegur kesilapanku!

    ReplyDelete