Friday, January 9, 2009

Destinasiku: Langkawi 4




Pada 7 Januari lalu, kami mempunyai satu lagi aktiviti yang amat menarik dan mencabar. Reece Langkawi Bicycle Trip..dapat gambaran x dengan tajuk tu?

Kami telah pun menjelajahi seluruh Langkawi dengan berbasikal dengan basikal mountain bike masing bersama Mr. Tan, trainer kami. Kami seramai 6 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar praktikal dan seorang trainer memulakan kayuhan pada pukul 7.30 pagi dari Lagenda,Kuah. Check point pertama ialah Hospital Langawi,seterusnya kami lalu Bukit Malut,Aseania Resort,Pantai Chenang, Lapangan Terbang, Langkasuka Resort, Pantai Kok,Teluk Ewa, Pantai Pasir Hitam, Taman Awam Pantai Teluk Yu dan singgah sebentar mandi di Air Terjun Durian Perangin Waterfall. Seterusnya kami pun bergerak balik melalui Galeria Perdana, Wildlife Park, Kisap, Wilderness Centre Office dan sampai semula di Langenda, Kuah pada pukul 4.30pm.

Perjalanan ini mengambil masa 9 jam, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan selamat. Kami berasa sungguh bangga kerana berjaya dan dapat berbasikal mengelilingi Langkawi. Walaupun penat, tapi amat berbaloi kerana dapat melihat permandangan yang cantik di sekitar Pulau Langkawi.Minggu Pertama praktikal kami dipenuhi bermacam-macam pengalaman dan ilmu..rasa amat bersyukur sangat-sangat. tapi apakan daya, kami terpaksa meninggalkan Langkawi sedikit masa lagi...

No comments:

Post a Comment