Lawatan Petang
Setiap hari, antara perkara rutin diri adalah membaca akhbar, mencari laman-laman tarbawi, melawat web sesawang kesukaan dan kadang-kadang singgah ke blog-blog sesiapa sahaja. Dengan harapan menjumpai mutiara disana."Saya tidak berminat untuk terlibat dengan Facebook. Ini kerana blog sahaja, sudah banyak membuatkan saya lagha dan banyak masa terbuang," itu antara sedutan article yang beliau tulis. Melihat dari profile, beliau adalah bekas lepasan jurusan agama diluar negara. Jadi mungkin sepakat boleh saya katakan, ilmu agama lebih banyak dari diri saya sendiri.
Di dalam article itu menyentuh dan membahaskan isu berkenaan web sosial Facebook. Saya tidak tertarik untuk membahaskan baik buruk Facebook, tapi lebih memikirkan tersirat dari itu.
"Blog sahaja sudah banyak membuatkan saya lagha dan banyak masa terbuang."
Diri Anda
Who You Are Determine What You See,
Who You Are Determine What You Do,
Who You Are Determine What You Get,
Itu kata pepatah English yang tepat untuk saya kemukakan. Sudah semestinya saya, beliau dan anda sepakati bahawa membuang masa dan membuat perkara lagha itu amat dicela oleh Islam hatta membawa kepada dosa.
Persoalannya, jika kita tahu blog, Facebook, Twitter dan segala macam itu lagha dan membuang masa kenapa masih kita terlibat?
Sekali lagi...
Who You Are,
Determine What You See,Who You Are,
Determine What You Do,
Who You Are,
Determine What You Get,
Semua itu kerana anda memandang itu dengan pandangan negative. Anda melihat blog, Facebook, Twitter dan lain sebagai lubang yang boleh membawa diri kepada kemusnahan akhirat yang fatal. Jadi nada-nada kesal akan keluar selepas terbabit kerana kita kita melompat dua hal yang penting.
Bagaimana Saya Memandang?
Saya memandang semua itu adalah ladang-ladang pahala yang perlu dituai sebanyak mungkin. Dengan menjadi blogger, saya mengira dengan menulis diblog, saya cuba menuai satu demi satu pohon-pohon pahala. Dengan terlibat dengan Facebook, saya berusaha sedaya upaya untuk menuai satu demi satu pohon pahala.
Jangan terhantuk baru tengadah. Untuk menjadikan itu semua sebagai wasilah ke syurga Allah, anda perlu dahulukan tindakan FIKIR dan ZIKIR.
Sebelum terbabit, fikirlah sebaiknya. Timbang baik buruk dengan neraca iman dan Islam. Pro dan kontra difikir setuntas mungkin. Kerana dengan fikir, hasil yang kita dapat, baik atau buruk kita tidak akan pernah menyesal. Kerana sebelum itu kita telah tunaikan hak aqal, fikir!
Sebelum terbabit, zikirlah sebaiknya. Zikirlah dengan hadirkan fikir. Pertimbangan-pertimbangan agama, sebelum melangkah kita harus fikir dengan saksama. Kerana dengan zikir, hasil yang kita dapat, InsyAllah tidak tersasar dari kehendak Pemilik Langit dan Bumi. Menerima dan menolak haruslah dengan fikir. Menerima dan menolak haruslah dengan zikir. Jangan pernah kita terlewatkan dua hal penting ini. Zikir yang mendatangkan tenang adalah zikir yang datang dengan fikir,Fikir yang mendatangkan kejayaan adalah fikir yang datang dengan zikir.
Nasihat Seorang Murabbi
"Ahmad, ana tengok anta banyak komen kat blog ana. Apa kata kali ini anta pula yang menulis. Turn ana pula nak komen. Ana bagi cadangan ini kerana ana tengok anta ada idea. Apa kata anta kongsi semua itu dengan masyarakat luar," saranan yang diberikan sambil tersenyum. Sambil tangan menepuk lembut belakang badan.
"Erm, insyAllah...ana akan pertimbangan sebaiknya. Dan InsyAllah, jika ana mula menulis, Ustaz lah orang pertama ana royak,"jawap saya.
Saranan itu saya lihat dan cermati dengan serius. Cuba aplikasikan fikir dan zikir. Dan lahirlah blog ini.