Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Dunia Maya Antara Fikir dan Zikir


Salam,


Sempena Maal Hijrah ini aku ingin berkongsi satu artikel daripada website iluvislam.com. "Dunia Maya Antara Fikir dan Zikir". Renung-renungkanlah dan selamat beramal!


Fenomena. Itulah perkataan yang tepat mengambarkan laman web sosial, Facebook. Ramai menyertainya kerana mahu mencari saudara mara, kenalan yang lama terputus hubungan, mengetahui perkembangan terbaru sahabat handai, ada yang mengunakan ia sebagai wasilah dakwah, berkongsi berita-berita, membuka 'kedai online' dengan menjual baju dan shawl (sekadar menyebut beberapa contoh) dan ada yang bercerita, cerita segalanya termasuklah hal dalam kain.
Saya antara orang yang menyertai web sosial itu. Sudah menjadi kelaziman diri, suka memerhatikan gelagat kenalan disitu. Yang baik dicontohi, dan sebaliknya dijadikan sempadan.

Itu dari satu sisi, sedangkan disatu sisi lagi, ada sahabat yang menolak untuk menyertainya. Juga dengan beberapa alasan. Dan seharusnya kita menghormati keputusan mereka. Pro dan kontra masih boleh diperselisih dan dibincangkan.


Lawatan Petang
Setiap hari, antara perkara rutin diri adalah membaca akhbar, mencari laman-laman tarbawi, melawat web sesawang kesukaan dan kadang-kadang singgah ke blog-blog sesiapa sahaja. Dengan harapan menjumpai mutiara disana."Saya tidak berminat untuk terlibat dengan Facebook. Ini kerana blog sahaja, sudah banyak membuatkan saya lagha dan banyak masa terbuang," itu antara sedutan article yang beliau tulis. Melihat dari profile, beliau adalah bekas lepasan jurusan agama diluar negara. Jadi mungkin sepakat boleh saya katakan, ilmu agama lebih banyak dari diri saya sendiri.


Di dalam article itu menyentuh dan membahaskan isu berkenaan web sosial Facebook. Saya tidak tertarik untuk membahaskan baik buruk Facebook, tapi lebih memikirkan tersirat dari itu.
"Blog sahaja sudah banyak membuatkan saya lagha dan banyak masa terbuang."


Diri Anda
Who You Are Determine What You See,

Who You Are Determine What You Do,

Who You Are Determine What You Get,


Itu kata pepatah English yang tepat untuk saya kemukakan. Sudah semestinya saya, beliau dan anda sepakati bahawa membuang masa dan membuat perkara lagha itu amat dicela oleh Islam hatta membawa kepada dosa.


Persoalannya, jika kita tahu blog, Facebook, Twitter dan segala macam itu lagha dan membuang masa kenapa masih kita terlibat?


Sekali lagi...

Who You Are,

Determine What You See,Who You Are,

Determine What You Do,

Who You Are,

Determine What You Get,


Semua itu kerana anda memandang itu dengan pandangan negative. Anda melihat blog, Facebook, Twitter dan lain sebagai lubang yang boleh membawa diri kepada kemusnahan akhirat yang fatal. Jadi nada-nada kesal akan keluar selepas terbabit kerana kita kita melompat dua hal yang penting.


Bagaimana Saya Memandang?
Saya memandang semua itu adalah ladang-ladang pahala yang perlu dituai sebanyak mungkin. Dengan menjadi blogger, saya mengira dengan menulis diblog, saya cuba menuai satu demi satu pohon-pohon pahala. Dengan terlibat dengan Facebook, saya berusaha sedaya upaya untuk menuai satu demi satu pohon pahala.


Jangan terhantuk baru tengadah. Untuk menjadikan itu semua sebagai wasilah ke syurga Allah, anda perlu dahulukan tindakan FIKIR dan ZIKIR.


Sebelum terbabit, fikirlah sebaiknya. Timbang baik buruk dengan neraca iman dan Islam. Pro dan kontra difikir setuntas mungkin. Kerana dengan fikir, hasil yang kita dapat, baik atau buruk kita tidak akan pernah menyesal. Kerana sebelum itu kita telah tunaikan hak aqal, fikir!
Sebelum terbabit, zikirlah sebaiknya. Zikirlah dengan hadirkan fikir. Pertimbangan-pertimbangan agama, sebelum melangkah kita harus fikir dengan saksama. Kerana dengan zikir, hasil yang kita dapat, InsyAllah tidak tersasar dari kehendak Pemilik Langit dan Bumi. Menerima dan menolak haruslah dengan fikir. Menerima dan menolak haruslah dengan zikir. Jangan pernah kita terlewatkan dua hal penting ini. Zikir yang mendatangkan tenang adalah zikir yang datang dengan fikir,Fikir yang mendatangkan kejayaan adalah fikir yang datang dengan zikir.

Nasihat Seorang Murabbi
"Ahmad, ana tengok anta banyak komen kat blog ana. Apa kata kali ini anta pula yang menulis. Turn ana pula nak komen. Ana bagi cadangan ini kerana ana tengok anta ada idea. Apa kata anta kongsi semua itu dengan masyarakat luar," saranan yang diberikan sambil tersenyum. Sambil tangan menepuk lembut belakang badan.


"Erm, insyAllah...ana akan pertimbangan sebaiknya. Dan InsyAllah, jika ana mula menulis, Ustaz lah orang pertama ana royak,"jawap saya.

Saranan itu saya lihat dan cermati dengan serius. Cuba aplikasikan fikir dan zikir. Dan lahirlah blog ini.


Jadi bagaimana dengan soalan tadi? Jom saya jawab...


Who You Are, Determine What You See, Ladang Pahala.
Who You Are, Determine What You Do, Dakwah.
Who You Are, Determine What You Get, InsyAllah, jannah!


Tepuk akal tanya fikir, tepuk hati tanya iman.
- Artikel iluvislam.com



Salam Maal Hijrah


Salam Maal Hijrah,

Esok merupakah 1 Muharam 1432, tahun baru dalam kalendar islam. Hari dimana umat islam menyambut kedatangan tahun yang baru di seluruh dunia. MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
So...apa azam baru untuk tahun baru ini? apa perubahan atau penghijrahan yang kita perlu buat dan lakukan?
Apa yang penting, semuanya harus menuju kearah kebaikan..ke jalan yang diredhai Allah. Setiap umat Islam perlu berhijrah. Perlu berubah. Apa perkara kebaikan yang kita tak pernah nak pandang atau buat, itulah yang perlu di masukkan dalam jadual harian kita.
Aku mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling. Aku perlu berubah. Kita semua perlu berubah. Perlu berhijrah. Mana yang buruk dan tak baik harus dibuangkan. Mana yang baik harus di perbaikkan lagi. Semakin hari semakin banyak bala yang Allah turunkan sebagai peringatan kepada kita semua. Jauhkanlah diri dari segala kemungkaran dan maksiat agar kita semua peroleh kesenangan di akhirat kelak...

Wassalam...


Tuesday, November 30, 2010

Year 2010 12 posts only???

Blog aku bukan sahaja bersawang tp dah berkarat..ni semua gara-gara facebook (FB) telah membuat aku lupa pada blog aku sendiri. Berapa byk cerita semuanya di publish dlm FB. Blog plak di anaktirikan sejak FB semakin popular dikalangan rakyat Malaysia. Mulai saat ini, aku cuba try update blog aku dgn pengalaman2 aku tahun ini. Tak banyak, tak jugak sedikit. Boleh lah…

Rakan-rakan bloggerku, anda juga mengalami masalah blog bersawang yg sama denganku?Marilah kita aktif kembali dunia blog kita!

Wednesday, September 1, 2010

Salam Ramadan

Salam

Sudah 22 hari kita berpuasa di bulan mulia ini. tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut aidilfitri yang mulia. Pada tahun ni aku akan bersama keluarga beraya di kampung halaman ayah di Lundu, Sarawak. Dah 2 tahun tak beraya di sana, kerana sebelum ni sejak kecil lagi kami sekeluarga akan berhari raya di Lundu. Tak sabar rasanya hendak berjumpa dengan sanak saudaraku di sana. 6 September ini kami akan pergi dari Kuching dengan menggunakan jalan darat(driving). Harap kami selamat sampai dan selamat pulang ke sini semula.



Kepada rakan2 sekalian, selamat berpuasa dan selamat beribadah. Sesungguhnya bulan puasa bulan penuh dengan pahala, rebutlah peluang ini. Selamat beramal!

"Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah"

Mohamad Haffiz Hadran

Wednesday, July 7, 2010

Tipu helah MLM - Pengalaman mengenakan budak2 MLM


Cerita ini di petik daripada (http://www.mlmscam.net/site/one-team/cara-penipuan-one-team#comment-2930)

Aku ada satu pengalaman simple dan ringkas pasal One Team ( Family Club )

Benda ni memang daripada informasi kawan-kawan juga . My Old friend masa belajar di UNITAR dulu. Lama x dengar cerita.

Situasi :
Lokasi perjumpaan : Kelana Jaya
Gender dia : Female
Datang dengan : Lelaki macho smart ( Mcm bos )
hari ? : Sabtu
Kereta ? : kancil merah.
Motif perjumpaan : Lama x dengar berita , nak cerita pasal biz
Prospek : AKu dan kawan aku .

Datang dengan megah sambil memperkenalkan upline beliau. Aku dengan kawan aku senyum .

Aku pelawa order makan, the girl kata masih kenyang. Aku offer aku belanja.Dia pun order.

kemudian kami sembang kosong dalam 5 minit sambil mengenangkan masa belajar dulu. Kawan aku ketawa. Mamat macho tu asyik nak kontrol hensem.

Minah ni bukak cerita tanya aku kerja apa sekarang. Aku kata aku makan gaji . Kawan aku ketawa. Aku tanya dia kerja apa . Dia kata buat bizness. so aku assume dia akan tertunggu-tunggu aku tanya bizness apa , so aku tak teruskan . Aku tanya kawan dia , kerja apa ? dia kata sama mcm the gurl , buat bizness. Then kawan aku tanya , what business u do?

Lagging dalam 3-4 saat baru lelaki macho tu kata . Pernah dengar One Team? Kawan aku buat jokes " formula One pernah dengar, One Team ni tak pernah dengar. Kami dari ****** club . club ini under One team . Kawan aku menyapa lagi , apa kaitan that club,one team and your biz?

Mungkin disebabkan malu nak cakap biz mlm punya konsep takut nanti orang x suka nak dengar. dia pun cuba mempelbagaikan konsep2 kebungaan.

That macho guys cuba menunjukkan file beliau, kereta-kereta mewah siput car dan juga orang-orang yang sudah berjaya dan memilikinya. sembang beliau bahawa dengan bersahaja kerja boleh jana pendapatan 8k sebulan , tak perlu susah-susah nak bangun awal pagi , tak perlu risau dimarahi bos. Tiap-tiap minggu ada aktiviti club , kita enjoy sambil buat duit. Minah kawan aku tu duk kata " Betul,betul,bet ul,betul dari tadi" .

kawan perempuan aku tadi tu dengan bangganya mengatakan bahawa gaji bulanannya mencecah RM5k!. Kawan aku ketawa. Lelaki macho tu cuba meyakinkan lagi dengan hujah sampahnya kepada kami .

Makanan sudah sampai. Kami makan sambil bersembang lagi. Minah tu mengusik aku soal perkahwinan. tanya aku bila nak kawin ? aku balas aku dah kahwin tahun lepas . Setelah proses makan tamat . Aku mengusik minah tu

Gaji 5k belanje la kami. bukan selalu dapat jumpa. Minah tu terpandang-pandang upline dia. Kawan aku menyindir dengan perkataan betul,betul .

Minah tu kata , ala u kata tadi nak belanja , itu sebab i order.

Kawan aku panggil cashier. dia minta kira asing , dia bayar yang dia makan , total RM33 dia makan sorang. Aku punya murah sikit RM 28. Aku pun bayar . Minah tadi cuba merunggut dekat cashier yang makanan dia dan upline dia aku kena bayar. Upline dia senyap saje. Dekat situ je aku dah nampak , gaji 5k pun x mampu nak bayar makanan tu , mcm mana nak beli siput car? Aku saje nak tengok gerak geri mereka yang bangga dengan corak penipuan, mereka mempunyai cita-cita yang tinggi tetapi usaha mereka berada di tempat yang salah.

Aku dengan nada bergurau bersahaja pun membayar makanan mereka berdua RM45 . Cuma Rm45 pun tak mampu nak mempertahankan maruah mereka yang berstatus gaji 4 angka. Lawak betul.

Aku pun menghulurkan biz card kepada mereka berdua .
seterusnya aku perkenalkan yang sebelah ni sebenarnya my finance manager company aku dan aku adalah Director untuk company tersebut .

Sebenarnya aku dengan kawan aku dah berpakat, kalau biz mlm memang kita nak kenakan diaorang. Biasa lah MLM NETWORKING nih sembang menggunung , tapi hasil entah kemana .

Aku sebenarnya hairan kenapa orang-orang mlm lebih terjerumus menayang wang ringgit/kereta/ untuk tatapan umum? dan mengatakan mereka sudah berjaya! Betul berjaya ? Benar berjaya ? Aku rasa mungkin dah terkena culture shock . dapat duit terus tangkap gambar,letak dekat facebook,buat blog.

Moral this story : One team memang tiada maruah .

Saturday, March 13, 2010

F**k!

Perhaps one of the most interesting words in the English language today, is the word fuck. Out of all the English words that begin with the letter 'f' ...fuck is the only word referred to as 'the f word... It's the one magical word. Just by its sound can describe pain, pleasure, hate and love. Fuck, as most words in the English language is derived from German ...the word fuieken, which means to strike.

In English, fuck falls into many grammatical categories:

As a transitive verb for instance.. John fucked Shirley.
As an intransitive verb... Shirley fucks.

Its meaning is not always sexual, it can be used as...

An adjective such as... John's doing all the fucking work.
As part of an adverb... Shirley talks too fucking much.
As an adverb enhancing an adjective... Shirley is fucking beautiful.
As a noun... I don't give a fuck.
As part of a word... absofuckinglutely -or- infuckingcredible.
And as almost every word in a sentence... Fuck the fucking fuckers.

As you must realize, there aren't too many words with the versatility of fuck...such as these examples describing situations such as:

Fraud: I got fucked at the used car lot.
Dismay: ahhh fuck it.
Trouble: I guess I'm really fucked now.
Aggression: Don't fuck with me buddy.
Difficulty: I don't understand this fucking question.
Inquiry: Who the fuck was that?
Dissatisfaction: I don't like what the fuck is going on here.
Incompetence: He's a fuck-off.
Dismissal: Why don't you go outside and play hide and go fuck yourself...

I'm sure you can think of many more examples.

With all these multi-purpose applications, how can anyone be offended when you use the word. We say use this unique, flexible word more often in your daily speech.

It will identify the quality of your character immediately.

Say it loudly and proudly: FUCK YOU!



ADAKAH ANDA BOLEH TERIMA??
BAHASA BUDAYA KITA..renung2kan lah yer.


*Artikel ini diambil daripada http://www.turoks.net/Bordello/TheWordFuck.htm

Monday, February 1, 2010

126

Salam
Lama x berblog..berdebu2 dan bersawang..jentik2 pun penuh kat kat blog ni..patut aku kena denggi hari tu..haha..

Cerita 126 ni pasal jumlah participants camping 1st Camp yg diberi nama Spirit Camp tempoh hari di UiTM Jengka, Pahang. Jumlah yg teramai pernah aku conduct sebagai Instrutor. Pada mulanya agar bimbang kerana ketiadaan alumni-alumni PERLU yg hadir untuk bersama menjayakan camping ini,kecuali Ustat, shariman dan mus (sebagai lecturer jugak). agak berat untuk memikul tugas ini tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dgn bantuan ustat mus and shariman sbg pembimbing instructor PERLU yg ada dan instructors jemputan. Jadi tidaklah terpesong prinsip PERLU dalam kem ini.

Kem kali ini turut menjemput beberapa orang yg dianggap mampu menjadi instructor tambahan dan first aider,alhamdulillah semuanya boleh mengikut rentak kem ini. Terima kasih kepada semua instructor kerana membantu terutamanya 3 orang first aider kita yg turut menjadi wireman(TNB) kem ini. Harapan di Final Camp nanti boleh turut serta membantu kami lagi di Gopeng. Dan seterusnya sudi menjadi ahli PERLU dan mengikuti T.O.T selepas kem itu nanti.

Instructor Disiplin
Menjadi dicipliner utk 126 orang ni agak tough tapi berjaya jugak menyedarkan mereka wpun x semua. Dengan adanya En.Shariman yg sentiasa menjadi reference dan kuasanya sbgai lecturer agak membantu tugasku utk memberi 'habuan' kepada peserta.

Pengalaman
Pacat jangan dikira..time trekking (3 kali,rotation),pacat penuh di kaki.Siap leh wat pertandingan dgn peserta siapa paling byk kumpul pacat kat kaki. Nightwalk pulak bermula pukul 12.30 tamat pada 5.00am,solo walk dilepaskan seorang demi seorang untuk balik ke kem site..126 orang..ada yg mamai, ada mengigau..penakut pun ramai..yg lucunya, peserta lelaki yg ramai penakut daripada perempuan!

Thanks to Ahmad Firdaus a.k.a Ustat dan Azlan kerana turut hadir(TQ2!)..En. Shariman dan En. Mustakim sebagai pensyarah dan secara tidak langsung sbgai alumni PERLU yg turut membantu. x lupa en.Zainal dan en.Azizul dan en.Khaizani selaku pensyarah kerana memberi peluang kepada kami untuk membimbing adik2 kami ini. Thanks kepada semua instructor. Kita jumpa lagi di FINAL CAMP in 14 days!

Harapan
Agar alumni PERLU akan turun membantu kami di final camp nanti. Khidmat ada masih diPERLUkan wahai abg2-akak2 ku..demi kelancaran dan demi ilmu yg bakal dituruni kepada peserta nanti.Pengalaman dan kepakaran anda yg lebih itulah yg akan memberi mereka dan kami secara tidak langsungnya bagaimana 'suasana' final camp yg sebenarnya.

Wednesday, December 30, 2009

Baru baik denggi



aku dah pun baik dari demam denggi..3 malam kat hospital da..thanks to En.Hisyam and family( Kak Liza masak sup ketam, TQ!) and thanks kepada Echa masakkan bubur dan sudi datang melawat kat Hospital.)

Thursday, December 3, 2009

Cikgu,tolong bagi markah

Salam Cikgu-cikgu, tolong bagi markah bagi karangan-karangan ini

Karangan 1


Karangan 2


Karangan 3



Sila sertakan markah anda dalam komen2 anda.

Karangan 1:
Karangan 2:
Karangan 3:

Monday, November 23, 2009

Ada Bran??





Apize


Dasri


Mazlin


Rafsan


Yazilah


Kami sudah,anda bila lagi??

Friday, November 13, 2009

Hampir Kehilangan..


Aku baru sahaja balik dari tugasan di Langkawi..Satu kejadian nyawaku terancam ketika berada di Cable Car Langkawi. Terkandas hampir 2 jam di platform atas kerana hujan dan petir..satu ketika petir menyambar hampir-hampir di tempat aku berdiri. Ketika aku berjalan menaiki tangga, tiba-tiba cahaya yang terang dapat kulihat di bahu kiri aku dan berbunyi letupan yang 'spark'. Hanya lebih kurang 10 meter dariku..alhamdullillah aku tiada apa-apa..

Hari ni aku hampir kehilangan orang kesayangan aku oleh kerana kebodohan aku sendiri..syukur dia masih boleh menerimaku..tidak ku sia-siakan peluang yang ada kali ini dan ku memohon ampun dari-NYA kerana dosa-dosa aku telah buat selama aku hidup di dunia ini. Sesungguhnya aku hanya insan yang lemah ya Allah..

Friday, October 9, 2009

Google Earthkan rumahku!


Gambaran kawasan Rumah ku di Piasau Jaya Miri


Gambaran Bandar Miri


Sarawak Ibu Pertiwiku


Shah Alam, diriku disini

Friday, July 31, 2009

Muncul Kembali!

Salam!

Pehhh..lama giler aku x update blog...dah bersawang macam Sawang(nama bdk Frisbee). Sem ni dah pun baru bermula sebulan tapi dikejutkan dengan kejutan yang amat mengejutkan kita dengan cuti mengejut H1N1 yang melanda UiTM Shah Alam Minggu lepas.Memang terkejut lar..


Sem ni...kosong bagi aku...kelas isnin dan rabu jer..2 jam + 2 jam = 4 jam seminggu...sem ni aku kira nak kerja part time tapi aku malas mencari.. So aku fokus ngan membangunkan Frisbee di UiTM Shah Alam dengan lebih serius...alhamdulillah tournament pertama pada 11 Julai lalu, team aku UiTM Lions berjaya menjadi Juara untuk kejohanan INTI-TAYLORS ULTIMATE OPEN 2009 di Nilai,Negeri Sembilan. Memang bangga gak la sebagai kapten dapat membawa team aku untuk menjadi juara. Team terdiri daripada pemain-pemain baru yang baru datang dari cuti semester ditambah dengan pemain junior yang baru masuk daripada kampus cawangan, masa untuk trainning hanya ada seminggu namun cukup untuk membina persefahaman antara pemain baru dan pemain yang sedia ada. Congrats guys! Team kita sekarang memang yang paling baik pernah kita ada, so kita akan target Juara untuk setiap tournament.

Pastu pada 18 Julai plak, aku telah menganjurkan Klinik Pengenalan Sukan Frisbee di Pusat Sukan UiTM..Sedikit pengenalan di dalam Bilik Seminar dan seterusnya amali dan praktikal di padang yang di bantu oleh pemain UiTM Lions.Seramai 78 orang pelajar (majoriti siswi) telah hadir dan telah mendapat sijil Klinik Asas daripada Pusat Sukan UiTM. Di harapkan ia dapat memupuk minat pelajar UiTM untuk bersukan terutamanya dalam sukan Frisbee.

Sem ni gak aku nak involve more in Outdoor Recreation...program pertama aku pada 24-26 Julai lalu. Aku telah dilantik menjadi Camp Com untuk program camping 3hari 2malam. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU) untuk 73 orang pelajar dari Fakulti Sains Gunaan (FSG) UiTM Shah Alam. Program yang berkonsepkan Team Building ini dianjurkan di Latto Charok, Janda Baik Pahang. Antara aktiviti dalam camping ini adalah Ice Breaking,Management Games, Blind Trail, Rafting,Night Walk,SWOT Analysis,Trekking,Explore race dan Group Survival. Majoriti peserta adalah First Timer ke camping sedemikian jadi mereka agak terkejut kerana jadual amat padat. Aktiviti Survival adalah klimax dalam program kali ini dimana mereka dibahagikan kepada 9 kumpulan dan ditempatkan di dalam hutan di atas bukit Janda Baik daripada pukul 6.30petang dan tamat pada pukul 7.30pagi keesokannya. Mereka telah merasai bagaimana rasanya untuk tinggal di dalam hutan dengan hanya berbekalkan barang-barang asas yang sangat terhad untuk meneruskan hidup dalam hutan. Kami mendapat respond yang agak baik dari para peserta kerana mereka enjoy dan puas walaupun agak penat.

Seterusnya maybe aku akan sertai camping budak2 diploma FSR yang akan mengadakan 1st Camp kat Bukit Cerakah dan Final Camp mereka nanti. Dan kemungkinan juga aku akan ikut serta budak Degree SR221 ke Pulau Kapas(kalau dijemput pergi). Dan aku juga mungkin akan ikut program rekreasi anjuran Teamtact(jika diperlukan).Frisbee pulak lepas Hari Raya baru ada tournament..

Hari ni aku gi Midvalley jalan2 daripada pukul 3 petang sampai 9.30malam..jalan2 dan makan jer...xde beli apa2 pun.So setakat ni je la dulu cerita aku...dah ngantuk ar..balik dulu ye...night!

Friday, September 5, 2008

Aku terkandas di KL SENTRAL...

Hari ini aku dan Lan pergi ke KL Sentral untuk observed kemudahan yang disediakan di KL Sentral dan Taman KLCC (assigement Tourism dan Park Planning)..bermula pada pukul 12 tgh hari tadi, aku ngan Lan naik turun LRT dan Train..


Muka stress selepas tunggu train ke Shah Alam

Pada pukul 5, aku dan Lan bergerak semula ke KL Sentral untuk pulang ke Shah Alam...malangnya sejam lebih menunggu train ke Shah Alam, tapi masih x dapat naik. Terlepas 4 train kerana begitu ramai yang menunggu disana...macam sardin da dalam train...setelah terlepas train ke 4, aku dan Lan decide untuk berbuka kat KFC kat atas jer...bersama dengan Latip, Glo and Adda yang juga baru habis observed untuk assigment group diaorg..

Muka Latip n Glo yang juga stress menunggu order makanan di KFC

Memang patutlah Bajet 2009 perlu memperuntukkan dana untuk menambahbaik kemudahan pengangkutan awam..rasanya kalau train buat 5 tingkat pun x cukup kot?tambah gerabak 10 buah lagi pun maybe x cukup jugak...hai lemak...