Antara yang hadir - Atas:Apize Roden Jijah Riz. Bawah:Ehsan Naj Dickson Tiada dalam Gambar : Nad dan Adib
Showing posts with label Frisbee. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009
Berbuka dengan Geng Frisbee
Antara yang hadir - Atas:Apize Roden Jijah Riz. Bawah:Ehsan Naj Dickson Tiada dalam Gambar : Nad dan Adib
Monday, August 31, 2009
SAMBUTAN MERDEKA FRISBEE
Salam
Sambutan Merdeka aku pada tahun ini agak berbeza. Tahun lepas celebrate di dalam hutan Latta Hammer, tapi kali ini di Padang Dataran Shah Alam dengan bermain bermain Frisbee dengan geng-geng Frisbee UiTM Lions..Ramai orang yang hadir dan lepak di situ menyaksikan kami bermain piring terbang atau 'disc'. Ada yang bertanya, permainan apa kah ini dan bagaimana ia dimain kan. Ada yang bersuara dengan berkata 'permainan anjing'. Apa-apa pun, janji kami satu geng Frisbee enjoy bermain semalaman di sana dari pukul 11 malam sehingga 1.30pagi. Selepas itu kami pun lepak di BIG MUG berhadapan Plaza Alam Central Shah Alam bagi menghilangkan dahaga.

kategori
Frisbee
Thursday, March 5, 2009
Tournament Frisbee kat UiTM Kedah 28 February

Aksi time nak start main

Circle of the Spirit (sebelum perlawanan Akhir)

Aku tengah bagi kata semangat dan strategy untuk bermain (hahaha)

Semua pemain Frisbee untuk Kejohanan ini (8 Team)

Final -UniKL Kulim (Baju Gelap) vs UiTM Arau (Baju Putih)

Team UniKL Kulim A dan B
Salam,
Pada Sabtu yang lalu (28 Feb 09) Aku mengikuti Tournament Frisbee di UiTM Kedah. Aku dijemput bermain untuk UniKL Kulim, Kedah bersama Jerrold, Latif, Aifq dan Yuz. Aku dan kawan2 main untuk UniKL B. Kami telah menang semua perlawanan dan di Final kami bertemu dengan UiTM Arau dimana mereka semua adalah budak Sportec Arau yang fit dan aggresive. Tetapi dengan menggunakan strategi Taktikal rather than Attacking, kami berjaya menjadi Juara untuk kejohanan julung kalinya di adakan di Kedah ini dengan kiraan mata 4-3.
Namun, ini adalah petanda yang amat baik untuk Frisbee di Malaysia ini. Semakin ramai remaja meminati sukan ini dan bersungguh2 untuk menjadi pemain yang baik. Aku pulak pernah di offer oleh SMK Sg. Pasir Kedah untuk menjadi coach mereka tapi aku terpaksa menolak kerana masih dalam praktikal dan faktor jarak yang jauh. Semoga akan ada lebih banyak lagi kejohana frisbee di Utara tanah air agar sukan ini terus berkembang di Malaysia. Sekian,TQ.
kategori
Frisbee
Tuesday, December 9, 2008
Kebimbangan : Frisbee UiTM
Aku ingin luahkan kebimbangan aku terhadap sukan Frisbee di UiTM Shah Alam..
Aku sebagai Presiden yang bakal meletakkan jawatan selepas tamat tempoh penggal ingin menyuarakan kebimbangan terhadap sukan Frisbee di UiTm Shah Alam khususnya pasukan UiTM Lions sendiri. Perginya aku untuk praktikal, tiada siapa yang akan menguruskan dan memegang sukan ini kerana kebanyakan pemain-pemain adalah daripada kelas aku sendiri. Yang tinggal hanyalah pemain lain,yang kurang aktif.
Semester lepas aku mulai binggung kerana semakin kurang pemain-pemain Frisbee UiTM, kerana masing-masing sibuk dengan pelajaran. Yang tinggal hanyalah dari kalangan batch bekas pemain Frisbee Sarawak (ULTRAS) yang masih aktif, itu pun kerana kebanyakan mereka rakan sekelas dan juga serumah dengan aku.
Aku gembira seketika apabila Sukan Antara Fakulti (SAF) ada menawarkan sukan Frisbee sebagai salah satu sukan yang dipertandingkan semester lepas.Banyak pelajar dari pelbagai fakulit yang menyertai untuk mewakili fakuti masing-masing. Dengan harapan, selepas ini lebih banyak pelajar berminat untuk menyertai sukan ini dan lebih banyak pelapis untuk meneruskan kegemilangan UiTM Lions dalam sukan ini di Malaysia. Namun sangkaan aku meleset. Pelbagai usaha aku telah lakukan untuk menarik mereka untuk menyertai kami dalam persatuan dan latihan, tapi cuma sekerat dua yang tunjuk minat, tapi kurang aktif.
Apa yang paling aku takuti ialah, semester hadapan UiTM Lions tidak mempunyai pemain-pemain baru yang boleh mewakili UiTM Lions. Kegemilangan UiTM Lions sebagai antara pasukan terkuat di Malaysia akan hilang begitu saja kerana tiada pelapis. Adakah aku gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Presiden dan kapten pasukan? Adakah aku telah "membunuh" UiTM Lions? Di manakah singa-singa sekalian??
Aku harapkan Presiden yang baru akan dapat mengatasi masalah yang sedang dihadapi UiTM Lions ini. Semoga beliau dapat menarik lebih ramai lagi pelajar untuk menyertai Frisbee dan mewakili UiTM Lions. Semoga UiTM Lions akan dapat menjadi juara lagi di masa hadapan dan dapat meneruskan tradisi menganjurkan 'UiTM Frisbee Open' setiap tahun. Bangunlah wahai Singa-singa UiTM!!

Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
Blog Kamek
Sidak Blogger
-
-
-
happy dalam sedih....15 years ago
-
-
-
-
Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar UiTM
Blogger PERLU
-
New Year, New Place8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
In Memory.....SickBand14 years ago
-
-
-
Penantian14 years ago
-
Hari ke-4!!!15 years ago
-
Kisah Aku & Dia15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog nok Best2
Geng OLE
Berambeh
Wp Theme by Promiseringsdesigns | Blogger Template by Anshul