Thursday, October 9, 2008

Kembalinya aku


My Lil Brothers - Ezie & E.J


Assalammualaikum,

Aku kembali! Rasanya belum terlambat lagi aku mengucapkan,Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Raya kali ni aku beraya di kampung nenek ku di Lundu, Sarawak. Raya tahun ni better sbb bersama sanak saudara dan juga banyak berjalan raya. Better than before.

Kembalinya aku ke kampus pada malam isnin lalu, dimana aku terlepas kelas hari isnin kerana tiket mahal (beli pun time raya ketiga). Kuching - LCCT...sampai pada pukul 11 malam, dan aku sampai ke rumah pada pukul 3pagi tu. Penat.

Hari ni adalah 9 Syawal bersamaan 9 Oktober. Esok 10 oktober - 12 oktober, kelasku akan mengadakan program akademik ke Pulau Pinang untuk subjek Park Planning & Management. Jadi aku akan kembali lagi selepas aku balik dari Penang nanti..Arigato Gozaimasu,ja mata.

1 comment: