Wednesday, November 5, 2008

Info Kesihatan : Penyakit Gout

Salam,

Kali ini aku ingin berkongsi tentang informasi kesihatan. Kali ini aku tekankan penyakit GOUT. Ini kerana aku sendiri mempunyai penyakit gout ini sejak December 2007 yang lalu. Jadi informasi ini diharap menjadi info yg berguna dan juga ingatan kepada semua bahawa sesiapa saja boleh mendapat penyakit Gout jika tidak menjaga pemakanannya.


Pengenalan

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.Ia merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 mmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.



* Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.

* Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

* Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

* Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.

* Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

* Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.

* Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.



Tanda Gout

* Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.

* Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

* Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

* Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

* Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

* Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

* Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


Komplikasi

* Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’

* Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.

* Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
o Kegemukan
o Darah tinggi
o Hiperlipidemia
o Diabetes

Rawatan

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Rawatan serangan akut

* Rehatkan sendi semasa serangan gout.

* Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

* Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

* Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

o Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
o Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.


* Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

+ Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan (Klik di sini untuk keterangan lebih lanjut..)
+ Mengelakkan minuman keras
+ Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
+ Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.

Pemakanan

Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.

ELAKKAN MAKAN

* Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak

* Ikan bilis, kembung, sardin

* Daging cincang

* Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging

* Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang


KURANGKAN MAKAN


* Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam

* Peanuts, lentil, beans and peas

* Poultry

* Roti jagung dan bijirin



Pencegahan

* Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal

* Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout

* Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.

* Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.

* Minum banyak air
  • Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate;
  • Cuba elakkan makanan atau ubat diuretik seperti aspirin, vitamin C, tea dan alkohol.


Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?

Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.

Adakah Gout Boleh Diwarisi?

* Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
* Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
* Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Jika anda memerlukan lebih maklumat lanjut tentang gout, layarilah laman web Arthrits Foundation Malaysia di

www.afm.org.my
http://www.myhealth.gov.my
http://hspben.moh.gov.my/
Google search

4 comments:

  1. Aku baru sembuh dari serangan Gout kali ketiga, 2 hari lepas,dalam tempoh 5 bulan sejak aku didapati mendapat gout. Mula2 dulu di ibu jari kaki kanan, kedua di ibu jari kiri dan ketiga di atas tumit kaki kiri. Yang ketiga memang sakit sbb x leh nak pijak.Nasib baik sembuh sebelum 1st paper aku 3hb yang lalu.Kali ini aku ingin betul2 pantang dalam pemakanan aku.

    ReplyDelete
  2. haa..tulah..xjaga pemakanan ea..
    pastikan pemkanan betul sampi abis paper..
    t x pasal2 abg apize jawap exam dalam hospital lak..hehe..moga cepat sembuh sepenuhnya k..n all the best 4 ur exam..

    ReplyDelete
  3. salam rekreasi....

    tq 4 da informa10...... bila nak main volleyball...???

    ReplyDelete