Wednesday, November 12, 2008
Sekumpulan Pelajar UIA Sesat di Gunung Nuang
HULU LANGAT: Teruja untuk menakluki Gunung Nuang tanpa membawa kelengkapan dan bekalan makanan mencukupi, sekumpulan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tidak hanya tersesat dalam hutan tebal selama lebih 13 jam, malah turut diancam kebuluran.
Dalam kejadian malam kelmarin, kumpulan pelajar berusia awal 20-an itu mendaki Gunung Nuang di sini, pertama kali tanpa mengetahui cabaran getir yang menanti mereka.
Berita Selanjutnya di sini.
Pelajar UIA sesat di Gunung Nuang. Percubaan yang gagal untuk menawannya. Mungkin insiden ini tidak akan berlaku jika mereka mengambil langkah yang betul sebelum dan semasa pendakian. Mungkin ada yang mencabar alam,cakap besar atau lupa untuk berdoa sebelum atau ketika pendakian. Itulah yang selalu di pesan dan ditekankan oleh Instructor PERLU kepada peserta-peserta camping, agar berdoa dan betulkan niat sebelum masuk ke tempat 'orang'.
Hutan itu penuh misteri, walaupun kita sudah beberapa kali masuk ke tempat yang sama tetapi kita akan merasai perbezaan 'rasa' dan pengalamannya. Ini kerana alam juga ingin mengenal kita seperti mana kita ingin mengenal alam. Ia mengenal kita dengan memberi cabaran ketika kita masuk,meredah dan lalu di kawasannya, dan bila kita pulang, jalan akan menjadi mudah kerana ia telahpun mengenali kita. Tapi lain jadinya kalau kita buat sesuatu yang tidak baik, mencabar alam, cakap besar atau mengambil sesuatu benda di dalam hutan (tumbuhan,pokok,bunga), alam akan 'bertindak' atau 'marah', dengan mengaburi pandangan kita dan mengelirukan kita. Maka terjadilah insiden sesat seperti di atas.Hilang arah dan tujuan untuk pulang. Mungkin itulah hakikat rimba. Penuh misteri...
Selain itu,persediaan persiapan rapi hendaklah dibuat untuk mendaki gunung atau masuk ke hutan. Perkara nombor satu sampai yang ketiga, SAFETY SAFETY SAFETY.Keselamatan adalah aspek perlu di UTAMAKAN.Inform kepada balai polis terdekat bahawa anda ingin melakukan aktiviti di tempat tersebut. Seterusnya, pastikan kita mempunyai kelengkapan yang mencukupi. - Survival kit,medical kit, makanan secukupnya, peralatan yang diperlukan dan lain-lain. Ini kerana kita tidak dapat menjangka apa akan terjadi pada kita,jadi biarlah sebaiknya kita 'sediakan payung sebelum hujan'.Kemahiran asas juga amat membantu kita dalam keadaan genting(menghidupkan api,mendirikan tempat berteduh,mencari sumber makanan dan air dll.)
Berdoa kepada Allah sebelum memulakan perjalanan meredah hutan, betulkan niat anda(datang utk berlajar,berkongsi dengan alam,bukan mencabar alam) dan berjalan dalam kumpulan. Insyaallah perkara buruk tidak akan berlaku...
Mungkin ada lagi petua dan pantang yang mungkin aku tak sertakan atau terlupa dalam post ini, blogger-blogger PERLU dan yang lain mungkin boleh menambahnya nanti.
Apa-apa pun, syukur semuanya selamat tanpa ada sebarang kecederaan serius. Pujian juga harus diberikan kepada mereka kerana beriktihar untuk mencari jalan keluar dan meminta bantuan. Kekalkan semangat untuk berekreasi, jadikan pengalaman ini satu pengajaran, timba ilmu,siapkan diri,jangan putus dan cuba lagi.
" FEEL THE NATURE, EXPERIENCE THE WORLD"
Apize,
Outdoor Life Experience - O.L.E
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
Blog Kamek
Sidak Blogger
-
-
-
happy dalam sedih....14 years ago
-
-
-
-
Blogger PERLU
-
-
-
-
-
-
-
-
-
In Memory.....SickBand13 years ago
-
-
-
Penantian13 years ago
-
Hari ke-4!!!13 years ago
-
Kisah Aku & Dia13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog nok Best2
Geng OLE
Berambeh
Wp Theme by Promiseringsdesigns | Blogger Template by Anshul
woit.. masih lekat nama lydia ida zilla ya..
ReplyDeleteaku stuju dgn posting ko tok..
mun masok utan, boh mok kamboh2x, and eksen eksen...
mulakan langkah masuk utan dgn baccan doa..betul betul...
sebab aku experience perkara yg sama..di tempat kerjaku nun di utan sana...
yeah...
ReplyDeleteHAKIKAT RIMBA.......
setiap org punya cara yg berbeza..
ReplyDeleteikut agama ikutan masing2..
yg penting hormati sesama manusia dan alam semulajadi..
jgn mudah pts asa dan patah harapan..
jalan yg tertutup pasti akan muncul bila kita berusaha..
insyallah...