Salam
Pada 5 Mac yang lalu, aku merantau ke Pulau Pangkor kerana mengikuti Final Camp budak FSR Arau, di bawah pimpinan En. Khairul Amri, pensyarah outdoor FSR Perlis.Tempatnya di Teluk Sekadas, Pulau Pangkor. Aku berada di situ selama 2 hari 2 malam bersama Latip.
Perkhemahan bermula pada 4 Mac sehingga 9 Mac.Perkhemahan ini disertai oleh 54 orang pelajar Part 2 SR113 Arau, 40 orang instructor, 4 Penyarah, Abg Boboy (Shukori) dan Akma (kawan Boboy) 2 staff unit kesihatan dan 4 orang alumni FSR Arau. Antara aktiviti selama 2 hari tersebut adalah Camp Craft, Sea Kayakking dan Jungle Trekking. Dalam pada malam terakhir aku di situ, ada aktiviti Survival.
Pendekatan yang diguna pakai oleh perkhemahan ini adalah berkonsepkan 'User Friendly'. Xder istilah 'panas' dalam khemah ini, xde marah2, cuma arahan yang diberikan tegas. Impaknya sangat memberangsangkan dimana peserta 'perform well' kerana kurangnya mental pressure daripada instructor. Mereka melakukan semua aktiviti dengan berkesan dengan ciri-ciri keselamatan juga dititikberatkan. Cuma ada beberapa kelemahan yang boleh di perbaiki lagi seperti mempelbagaikan jenis ikatan, cara briefing.. Pada keseluruhannya, perkhemahan ini di handle dengan baik oleh Instructor yang terdiri daripada pelajar senior Diploma SR113 Part 3-part 6 FSR Arau.
Sepanjang aku berada di sana, aku sempatlah merasa berkayak, join lemak manis, mandi laut, trekking ke teluk batik sampai ke pekan Pangkor,tengok budak survival. Pada keseluruhannya, bagi pendapat aku, perkhemahan ini bolehlah di anggap berjaya walaupun tanpa konsep "panas" atau marah-marah. Mungkin selepas ini, jika ada perkhemahan kita cuba tukar konsep kepada konsep seperti ini. Itu sahaja cerita aku di Pulau Pangkor.
Khemah Pusat
Suasana di dalam Khemah Pusat ketika makan
ketika sesi rampasan barang
Trekking
Khemah pusat
Pemandangan Teluk Sekadas dari Khemah Pusat
Budak2 tengah pasang Banner Camping
Monday, March 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
Blog Kamek
Sidak Blogger
-
-
-
happy dalam sedih....14 years ago
-
-
-
-
Blogger PERLU
-
-
-
-
-
-
-
-
-
In Memory.....SickBand13 years ago
-
-
-
Penantian13 years ago
-
Hari ke-4!!!13 years ago
-
Kisah Aku & Dia13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog nok Best2
Geng OLE
Berambeh
Wp Theme by Promiseringsdesigns | Blogger Template by Anshul
waa...besh gle dpt g pangkor...
ReplyDeletemge2 byk bnda ko dpt kt cne...
nnt leh ajr ak mne yg ptut...hehe
salam rekreasi...
ReplyDeletePanas sangat ka kem-kem yang sebelum ini...??? panas tang mana...???
bila tengok tak nampak.... cuba perhatikan... mungkin nampak....
yuhuuu...tahniah arr apize...
ReplyDeletekonsep tu penting....user friendly...
apa yg pnting membuat org makin minat kat outdoor...bukan menjauhi otdoor...apa yang pnting, kerjasama.......Wonderpets
cuma sedikit terkejut sbb dulu time kat UiTM Sarawak, En.Khairul Amri gunakan cara 'panas2'. Bila pindah UiTM Arau, jadi 'Sejuk2' jer.dah tukaq konsep.itulah kem-kem sebelum ni di bwh kendalian En.Khairul Amri.
ReplyDeleteSalam bro...
ReplyDeletefinal camp ni pg x? Jom ar bwat projek survival lg... kitakan special force.. hahahaha.... tangkap lentoq ma.... hihihi... pasni klau ko xda sape lg nak kantoikn diorg... hehehe..
hahaha...special force la sgt.. aku xtau lagi...sekarang 'kaki' tengah patah. Moto aku la,wat hal.rosak pagi tadi..tgk ar nanti camne..Janda Baik...nak g pun aku x pernah..xtau jalan.
ReplyDeletemasa uitm arau buat final camp kat sana aku ada datang buat rappeling kat teluk sekadeh tu untuk budak-budak Singapore. try jugak cari muka-muka yang aku kenal tapi takde pun...
ReplyDeleteada budak degree batch wafi tu...nama Zaim..yang final camp kat Kenyir tu..dia datang hari sabtu tu,tapi wat x kenal je aku. aku ngan latip balik dah sabtu tu,tu yang x jumpa
ReplyDeleteSalam rekreasi.....
ReplyDeletebeberapa soalan...untuk ole
1)
ole...betul ke konsep itu penting dari segala-galanya...???
2)
mana lebih penting, menarik orang lebih ramai kedalam rekreasi atau mengajar orang yang sememangnya mempelajari tentang rekreasi tentang risiko, how to work under pressure, critical thinking, decision making......????
3)
sekiranya satu masa nanti mereka keluar dan menjadi pegawai urusan rekreasi, adakah mereka senrtiasa berdepan dengan keadaan yang tenang untuk mereka berfikir atau membuat keputusan....?
4)
pada pendapat anda, sekiranya seseorang dilatih untuk membuat keputusan dan berfikir dalam keadaan yang sangat susah...... adakah menjadi mudah sedikit utuk dia berfikir dalam keadaan senang...???? dan sekiranya dia dilatih untuk membuat keputusan dan berfikir dalam keadaan tenang adakah dia dapat melakukan keputusan yang terbaik semasa dia didalam saat2 genting....????
5)
Apakah konsep yang digunakan oleh En. Bakar (semasa di UiTM) menjadikan anda seorang yang competence dalam rekreasi.... ??? (
6)
apa tajuk research anda?
untuk hafiz....
Saya dapat cerita dari instructor OBS yang kesana untuk melakukan aktiviti high rope course.... dengan gelak besar dia menceritakan bahawa instructor (UiTM) yang menerangkan bahawa aktiviti abseiling dan rapelling adalah aktiviti yang berbeza . abseiling adalah tergantung 100% pada tali, manakala rapelling adalah dengan gaya kaki menampan pada dinding.
Tolong betulkan kawan instructor kita.... jangan bagi ajaran sesat dan seterusnya mencalarkan imej serta memberi contoh produk UiTM yang tidak baik..... ini lebih penting dari konsep...
untuk pengetahuan..... instructor OBS itu datang dari OBS Singapore....
Buang yang keruh ambil yang jernih...
---> Hidup ini berlandaskan konsep dan prinsip hidup.. anda tiada prinsip hidup? tentu tidak bukan..
ReplyDelete---> konsep juga merupakan panduan untuk setiap apa yang kita ingin lakukan.. dengan berlandaskan konsep yang betul maka terbentuklah hasil yang diingini
---> konsep perlu berjalan seiringan dengan perlaksanaanya "wasatiah" iaitu keseimbangan agar matlamat boleh dicapai
anda mempersoalkan yang manakah pentingkah konsep di dalam rekreasi, ini jawapanya:-
---> saya ingin mengingatkan saudara tidakah saudara sedar bahawa di dalam rekreasi luar kita mempelajari beberapa konsep penting iaitu:
1) Risk & safety management
2) Persuasive Communication
3) Effective leadership approach
4) Fitness enhancement & connditioning
5) Personality development theory
6) Team development theory
7) eh banyaklah lagi x larat nak letak suma tau... malah teori islamik pun ada dibukukan dan bukan semestinya nak pakai yang mat saleh je..
setiap konsep itulah yang bakal menentukan samaada kita berada dilaluan yang betul atau salah...
jadi kalau dah mengikut konsep itu dengan betul maka insyaAllah tidaklah timbul persoalan "competencekah anda?"
muhasabahlah diri, renung2 kan...
`~~~ tentang cerita rakan OBS anda itu mungkin beliau tersalah dengar kerana sejak awal lg participant telah diberi note berkaitan aktiviti tali, note itu ada pada saya dan tidakpun sama sekali seperti yang rakan anda perkatakan
saya pernah menyertai kem T.O.T anda, sila perhatikan senarai komen berikut:-
ReplyDelete1) Instruktor sendiri pun tiada "time management" yang baik tapi tahu pula menghukum participants yang lewat
---> management terdiri daripada gabungan konsep(planning/Leading/Organizing & Controlling)
2) Tiada sebarang "participant's health information/status" yang diambil oleh MT kalian, amat bahaya kerana sekiranya perkara buruk@kemalangan berlaku masing2 akan menuding jari
---->di sini konsep 'Risk & Safety Management' amat penting
3)Instruktor bermain mercun dan baling sesuka hati hingga hampir mengenai "participant" dan tanpa menghiraukan suasana hening/ketenangan yang ada dimasa yg sama terdapat "pengunjung lain" yang ingin merasai suasana damai disitu
---> juga konsep 'Risk & Safety Management'
4)bersuka ria tanpa ambil perhatian mana yg Haq dan yg mana Batil, bergurau senda dihadapan "participants".
---> Konsep Islamik (rujuk Surah An - Nur:30 -31)perlu dimaklumkan kepada sesetengah ahli pasukan kalian
5)Semasa Instruktor yg baru sedang memberi penerangan ada instructor yang lama mencelah, ini menjatuhkan air muka instructor baru dihadapan "participants"
---> konsep komunikasi yg betul amat diperlukan bagi mengelak sebarang "barrier to communication"
6)Anda tahu bahawa tunaikan solat itu adalah wajib, dan dirikanlah ia dalam keadaan bersih serta berwuduk dengan sempurna, solat dalam keadaan terburu2, bdn tidak selesa, dan tidak benar2 suci dari najis akan jatuh hukum solat itu tidak sah, inilah akibatnya apabila melakukan ibadah di dalam keadaan tekanan masa dan kepenatan..
melainkan sekiranya solat yang dilakukan ketika peperangan, tapi bukan di dalam aktiviti rekreasi..
---> sekali lagi pertimbangan konsep islamik perlu dihayati seperti ;6 perkara batalkan wuduk &6 syarat sah wuduk (juga rujuk Surah Al-Mukminun :1-2)
7) Ramuan istimewa yang kalian sajikan diakhir aktiviti tidak dikaji dahulu apakah kesan sampinganya kepada sesetengah "participants" sehingga ada yang menghidap "diarrhea" pada keesokanya
---> adakah "Nutrition Pyramid & Facts" dijadikan panduan oleh MT kalian?
8) adakah hukuman (crawling,rolling,starjump, toxic shower)yang diberikan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan "participants" (lambat,penat,boring,mengantuk)?? apakah kalian telah membuat kajian terlebih dahulu keberkesanan dan kesan sampingan hukuman tersebut, atau kalian sekadar membabi buta sahaja??
---> konsep "fitness and wellness / body conditioning" (Rujuk = buku nukilan Cobin.C.B.,Welk.G.J., terbitan McGraw-Hil dihalaman 85,310&363)diperlukan bagi mengelakkan "burn out" supaya dapat kurangkan "Physical Risk" di dalam kem kalian
U/p: terdapat beberapa model ataupun approach yang boleh digunakan semasa mengendalikan kem rekreasi luar seperti "DEDICT" & "COMPLEX" model yang terbukti keberkesananya melalui beberapa kajian selidik, tinggalkan model yang old school buka lembaran baru..
walaubagaimanapun saya tetap kagum dengan certain skill dan semangat kalian namun, konsep2 seperti yang saya cuba jelaskan kepada anda diatas amatlah penting, terdapat banyak lagi konsep2 penting yang diperlukan di dalam aktiviti rekreasi luar akan cuba saya nyatakan dikemudian hari..
terima kasih,,
mohon maaf zahir dan batin hendaknya..
Tajuk research saya :--
ReplyDelete"THE PERCEIVE EFFECTIVENESS OF TWO LEADERSHIP APPROACH TOWARD OUTDOOR RECREATION PARTICIPANTS’ BENEFIT"
ini abstractnya:--
The study is to investigate the effectiveness of two leadership approach practiced during two separated outdoor educational / recreational program. 100 students had been chosen from two higher learning institutions as samples of this study. Random probability sampling technique has been used in choosing the sample. Adapted questionnaire were distributed to the samples at two different programs. The data collected were administered and analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 12. The finding of this study indicated that the Dedict and Complex leadership approach that has been used for Population B has a greater mean than Population A and suggested/ recommended to be used by the outdoor leaders for outdoor educational/ recreational activities. Furthermore, the finding shows that the leaders’ management component was the most influence factor to the leadership approach toward the participant’s benefit.
Salam
ReplyDeleteAlhamdulillah...perbincangan yang hangat dalam topik rekreasi dalam blog aku ni. Soal jawab ini membolehkan kita sama-sama belajar mengenai rekreasi. Yang berpengalaman dan yang baru sama-sama bersoal jawab berkongsi idea dan pengalaman. Diharapkan ini dapat mengeratkan lagi hubungan pengiat rekreasi hasil daripada 'production' UiTM.
Mengenai Intructor di Arau, saya juga ada mengatakan bahawa banyak kesilapan dan konsep yang berlaku di Final Camp tersebut. Bukan sahaja mengenai "abseiling dan repeiling" tu..tapi juga aspek keselamatan mereka. Saya dan latip memang banyak menegur instructor2 mereka tetapi mereka seolah-olah mengendahkan teguran kami dan berlagak pandai.
Satu kejadian yang hampir berlaku pada satu hari tu, seorang Instructor melakukan demo untuk turun menggunakan style "Australian Walk" namun beliau hampir2 terjatuh apabila sampai ke tanah dan kepala beliau hampir sahaja mengenai batu. Kemudian beliau 'cover' dengan berpura-pura menanyakan soalan dengan rakannya.
Teguran demi teguran kami berikan namun mereka masih menggunakan cara mereka,kami tidak boleh membuat apa-apa.Tiada ajaran sesat kami berikan kepada mereka kerana kami sendiri baru datang ke sana hanya untuk memantau untuk tujuan Thesis.Mereka sendiri yang belajar istilah yang salah dan tidak diketahui daripada siapa mereka mendapat info yang salah itu.
Orang yang lebih layak untuk menegur mereka adalah ahli-ahli PERLU UiTM sendiri kerana mereka juga bawah satu UiTM. Siapalah saya hanya seorang ahli yang masih belajar dan tidak lagi 'master' dalam apa2 aktiviti. Dan siapalah saya kepada budak FSR Arau,mereka tidak mengenali saya dan begitu juga saya..saya hanya mengenali En.Khairul Amri sbg pensyarah Outdoor mereka.
Jadi cadangan saya untuk masa depan, jika kita berpeluang, kita (PERLU)sebagai Persatuan peneraju rekreasi seluruh UiTM boleh terlibat atau memantau adik2 kita di FSR Arau dan FSR Sarawak supaya kita dapat mengajar,menerangkan atau mendedahkan cara,konsep yang betul dan terbaru kepada mereka. Barulah imej UiTM tidak akan tercalar seperti yang diperkatakan. Jangan katakan dari OBS Singapore, kalau En.Hisyam kita sendiri tahu keadaan macam tu pun beliau malu walaupun bukan beliau yang mengajar di situ (Arau).
Renung-renungkan...selamat beramal!
Salam OLE
ReplyDeleteORANG yang ada skills tapi beramal dengan pendekatan yang kurang sesuai dengan konsep, adakah amalan itu boleh jadi ikutan.Renungkan...
LAMA bertapak dalam outdoor, tapi adakah wujud kematang dan kemajuan? selaraskah dengan keperluan outdoor masakini atau masih "army force style".. tekanan..memang perlu tapi perlu ke dengan momentom yang berterusan..mana nak datang sources of enjoyment, experience, dan kesukarelawan..Back to basic recreation defination..
ENGGAN mengaku kalah..memang sifat yang bagus tapi kalau terbukti ada kepincangan, kesilapan, dan kekurangan yang perlu di perbaiki, di tokok tambah, serta di ubah suai, mengapa perlu ditegakkan benang yang basah..Lu PK la sendiri..
assalamualaikum..
Buat OLE2 yg xmasak lagi...
ReplyDeleteErm,mmg la konsep tu penting bang oi...tp instructor juga perlu ada skill dlm POLC dll...jika ada konsep tp xdak skill (dlm POLC) dan setakat bercakap dpn participant mcm baca cerita dongeng utk anak2 tidur baik xyah...bkn nak ckp PERLU bgs, tp konsep kami mmg dah terang2an mcm tu...kami ada konsep kami dlm Final Camp, TOT, Prosega dan lain2 (sila baca buku profil PERLU)...setiap kem berbeza konsepnya...tidak percaya???tanya rakan2 PERLU dlm kelas awak...lagipun,cuba anda pergi ikut kursus KEMPIMPINAN REKREASI TAHAP 123 di luar...anda akan lihat perkara2 yg lebih kurang sama dgn kami...kalau participant da buat taik, takkan anda nak tolong bersihkan???cuba tegur...tp apa anda akan buat jika mereka buat taik lagi???
1) Risk & safety management
2) Persuasive Communication
3) Effective leadership approach
4) Fitness enhancement & connditioning
5) Personality development theory
6) Team development theory
perkara di atas bukanlah konsep bang oi...ianya adalah approach utk instructor ambil kira...benda ni sume kena ada dlm setiap diri instructor...hai lah nasib...dah degree pun xtau apa definasi KONSEP...
buat OLE2 yg makin lama makin nak basi...
Kem PERLU amatlah fleksibel...kami membuat analisis ttg peserta terlebih dahulu (melalui imdemnity form) tentang background peserta dll...kami kenal peserta yg terhad pergerakannya atau sakit, tp itu tidak bermakna peserta tersebut tidak membuat kerja seperti rakan2 mereka...dan jika peserta bergerak pantas, menyiapkan tugas yg diberikan dlm masa yg ditetapkan, kami tidak akan denda mereka...apa anda ingat kami terapkan konsep army ke dlm kem???tidak sayang~
sambungan...
ReplyDeletebuat insan yg bernama Latif Borgiba,
anda pasti ke POLC tu juga sebuah konsep???
hahaha...lawaklah anda ini...musti anda xpernah dpt DL kan???haha
pasal mercun, adakah anda pasti mercun tersebut hampir kena rakan anda???kami dah terapkan dlm diri kami safety, safety and safety, takkan lah kami sampai hati nak buat camtu...niat hati hanya nak halau beruk la sayang...kalu beruk da ngap awak punya makanan, sape nak bagi duit beli makanan baru???sengal~
adakah anda pasti terdapat pengunjung lain semasa mercun meletup tu???
pasai gurau2 tu, saya rasa anda tidak mendengar apa arahan dan kenyataan yg diberikan oleh instructor anda semasa TOT anda..sbb tu anda musykil dan tidak tahu kenapa kami berbuat demikian...kesian awak ni~
bab semayang n hadis awak mmg bagus, tp adakah anda pasti kami tidak beri masa secukupnya utk solat???adakah anda ingat kami dan pensyarah2 tidak solat???haha...cukup ke solat awak tiap2 hari???
definasi air mazi awak tu pun awak keliru...
ramuan istimewa (utk meneutralkan air mazi awak) tu bkn suka2 kami buat...ianya hanya utk menyedarkan anda2 yg mengantuk utk segar dan beri perhatian...itu mmg cara kami,mmg ada cara lain, tp kalu sume cara kami awak komplen, awak jelah jd tukang cakap kat depan tuh...huh
adakah bila anda berada di dlm hutan, anda lapar dan anda cari makanan yg mengikut Pyramid facts sahaja???bagus lah awak nih...
asik cakap pasal kajian, subjek research dan thesis anda dpt A+ ke?atau anda tidak grad lagi???
kalu dpt A+ leh la ajar kami...huhu
nama pun hukuman, anda ada cadangan hukuman yg paling ringan???sengal~
saya rasa kalu anda bagi saya hukuman anda, saya pun nak kompeln psl anda...huhu
buat de troy,
saya setuju sangat dengan anda...lama bertapak xsemestinya bagus betul x...mcm bayi lah, bayi yang sedang merangkak, xkan nak terus menapak maju kan???mcm kami,kami bukannya bagus pun...kami sedar siapa diri kami...kami juga merangkak sejak 1995 dulu, baru menapak...tp kami pelik kenapa yg merangkak asik mencari yg dah maju jika ada hal xtvt rekreasi luar...erm~
makin ramai yg bercerita ttg pengalaman berharga, enjoyment, suka duka sama2 semasa sertai xtvt PERLU, saya rasa saya boleh kira org2 yg mcm kalian yg xsenang dgn kami ni dgn jari...ibarat virus2 benci yg hanya pandai menaip ketidakpuashatian dlm komputer...sebilangan dari kami juga mcm kalian satu masa dulu, benci sgt PERLU, tp menjadi PERLU, kenapa ek???huhuhu
Mengalah x semestinya kalah...kami bukannya asik nak menang je...kami juga cermin diri kami bang...sebab PERLU lah kami berjaya...mungkin kalian xberjaya sampai skrg...patutlah~
Saya menaip bukan utk memihak mana2 pihak...tp saya menaip utk menerangkan kpd kalian kami ni mcm mana...kalau setakat sekali dua join kami, saya yakin anda tidak mengerti environment PERLU....kami juga sedang belajar...kami minta maaf jika ada di antara kami yg membuatkan anda rasa x selesa dgn kami...segala komen2 n komplen2 kalian akan saya ketengahkan dlm meeting PERLU (jika tidak bekerja) nanti...tp nasihat saya, lebih baik bersemuka dan berbincang agar perkara begini dpt diperbaiki...itupun kalau anda gentleman la...sebab org mcm kalian hanya pandai menaip...
P/s:Niat kami ikhlas mengajar rekreasi luar (outdoor recreation edu), jika tidak puas hati ttg kami, beritahulah kami depan2...kami bukannya keras hati....buang yg keruh ambil yg jernih...jika rasa kami tidak layak, tulis surat kepada VC...saya teringin nak tgk kalian (geng2 OLE) yg jd instructor...hahaha
Salam buat semua
ReplyDeleteSaya tak menyebelahi sesiapa dalam perdebatan anda. Saya sebagai bekas tenaga pengajar ingin meluahkan pandangan saya. Pada pendapat saya, masing-masing ada betul dan salahnya. Pada mulanya perdebatan bermula dengan baik tetapi di pertengahan ianya menjadi tak professional pulak.
Ada orang yang membelitkan kenyataan denga menyatakan bahawa pihak itu mengutuk pihak ini secara terang-terang,sedangkan tiada pula dinyatakan dalam komen tersebut bahawa pihak itu menyebut nama organisasi pihak ini?Pada pendapat saya,seseorang yang mewakili pihak ini terasa tercabar lalu menggunakan nama organisasinya sebagai pelindung buatnya dan bagi mencetuskan kemarahan ahli-ahli organisasinya untuk bertindak memanaskan keadaan dan membantunya untuk memberi respon balas.Ahli-ahli organisasi pihak ini,cuba perhatikan perdebatan ini daripada awal,ada berlaku salah faham tetapi seseorang itu tidak mahu mengalah lalu mengatakan pihak itu mempertikaikan organisasi pihak ini.
Ada pula yang bermegah berpandukan dengan teori konsep semata-mata tanpa melalui pengalamannya sendiri. Pandai bermadah kerana ilmu akademik yang mereka timba dari pelajarannya itu tanpa menyedari teori itu kadang-kadang kita tidak boleh ikuti sepenuhnya tanpa mengalaminya sendiri.Ada pelbagai konsep dalam rekreasi dan terpulanglah kepada penggiat rekreasi untuk memilih konsepnya.Selagi konsep itu telahpun berjaya dilakukan berkali-kali tanpa ada masalah,teruskan.Ucapkan terima kasih kepada pihak itu kerana sudi memberi pandangan dan teguran terhadap konsep anda.Teguran atau cadangan dari pihak lain kita terima dengan baik, ambil yang apa yang sesuai dan cuba terapkan dalam konsep sedia ada. Kalau xde yg sesuai kita abaikan. tak perlu untuk melenting ini dan itu.Masing-masing ada konsep tersendiri mewujudkan kepelbagaian dalam rekreasi tanahair kita.Itu sesuatu yang baik!
Sambungan...
ReplyDeleteAda pulak pihak yang melenting seperti marah (katanya tidak) mula menghamburkan kata-kata yang tidak menyenangkan seperti mengejek dan memanggil dengan nama yang tidak baik.Mula dah jadi tak professional.adakah anda diajar sebegitu di dalam rekreasi? Memang dalam rekreasi kita perlu telus dalam kata-kata bukan hanya tahu berkata dalam blog(seperti Raja Petra), tetapi bukankan sikap seperti itu menunjukkan orang itu terasa dengan apa yang ditegur oleh pihak yang lain?Ada caranya memberi respon tetapi bukannya begitu.Kita rakyat Malaysia hidup bersopan santun. Sedarkah anda perbuatan seperti itu boleh menjatuhkan pihak lain yang ingin berkembang dan meningkat maju? Tidakkah kita mahu membantu bangsa kita sendiri untuk sama-sama maju?
Bagi yang masih baru, cubalah konsep anda itu sendiri bila anda mempunyai organisasi sendiri dalam rekreasi nanti.Jangan sekarang pandai bercakap dan menerangkan secara teori tapi bila ingin mengaplikasikan nanti tak dapat seperti apa yang di jangka.Dunia luar adalah lebih payah tidak seperti yang anda jangkakan.Banyak yang mungkin kecundang dan hanya yang kuat akan terus bertahan. Buktikan dulu konsep anda itu berjaya atau tidak dalam program anjuran anda, kemudian teruskan memperbaiki diri. Terima kasih kerana memberi pandangan dan teguran kepada pihak lain tetapi pedulikan konsep organisasi lain kerana itu hak mereka dan mereka telah buktikan semua itu telah berjaya tanpa masalah.Terbukti!Jadi di harapkan dalam pedebatan ini dapat menyedarkan masing-masing tentang kelemahan dan kekuatan masing-masing.Tiada gunanya kita asyik berdebat namun hasilnya tiada menyumbang kepada perjalan hidup bakal kita tempuhi nanti.Rasailah sendiri dahulu.
Seperti kata-kata yang dinyatakan oleh seseorang
"Leadership Development Is A Lifetime Journey, Not A Brief Trip."
fahamkah anda maksudnya?
Makin banyak ilmu yang anda tahu,makin banyak lagi yang anda tak tahu.
Walaupun anda hidup seribu tahun sekalipun, ilmu tidak akan habis anda kuasai.
Namun,timbalah ilmu sebaik-baiknya sehinggalah anda meninggalkan dunia ini.
Mohon ampun maaf dengan komen-komen saya.Tiada tujuan untuk menyebelahi sesiapa. Saya tidak mempunyai banyak ilmu.Segala yang buruk datang daripada saya sendiri,segala yang baik datang daripada ALLAH S.W.T.
Wassalam