Friday, March 13, 2009

Praktikal- Auditing Kutipan Pinjaman

Salam

Pada hari Selasa lalu,3 orang wakil dari KBS Putrajaya datang ke JBS Perak untuk mengaudit. Naziran dan 2 orang pembantu memohon kami pelajar-pelajar praktikal untuk membantu mereka sehingga hari jumaat (esok).Dari hari selasa sampailah ke hari ini, kerja aku mengAudit bil dan resit hutang pinjaman oleh peminjam daripada tahun 1989-2008. 19 tahun! bayangkan nak audit balik dari tahun 1989...pehh..perit..dengan buku resit dah teruk, ada yang hilang dan kekaburan tulisan dalam resit menjadikan kerja semakin susah. Nak pastikan jumlah kutipan dalam pangkalan data KBS seimbang dengan resit JBS Perak...nak kira pulak ikut bulan setiap tahun dari 1989-2008. Sehingga hari ini, dah tiga hari aku balik kerja pukul 10 malam! nak claim overtime xleh, nasib baik provide makan. on jer. Mula-mula memang susah kerjanya, tapi bila dah mengira,mencari dan menyelesaikan masalah yang timbul, semakin semangat rasanya. Apa2 pun, ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada aku tentang cara2 mengaudit dan telah menyedarkan aku bahawa kerja memfailkan,menyimpan rekod secara terperinci dan sistematik amatlah PENTING untuk mengelakkan ini masalah ini berlaku..fuhh..penat.. ok,aku dah nak pengsan...goodnight!

No comments:

Post a Comment