Friday, July 31, 2009

Muncul Kembali!

Salam!

Pehhh..lama giler aku x update blog...dah bersawang macam Sawang(nama bdk Frisbee). Sem ni dah pun baru bermula sebulan tapi dikejutkan dengan kejutan yang amat mengejutkan kita dengan cuti mengejut H1N1 yang melanda UiTM Shah Alam Minggu lepas.Memang terkejut lar..


Sem ni...kosong bagi aku...kelas isnin dan rabu jer..2 jam + 2 jam = 4 jam seminggu...sem ni aku kira nak kerja part time tapi aku malas mencari.. So aku fokus ngan membangunkan Frisbee di UiTM Shah Alam dengan lebih serius...alhamdulillah tournament pertama pada 11 Julai lalu, team aku UiTM Lions berjaya menjadi Juara untuk kejohanan INTI-TAYLORS ULTIMATE OPEN 2009 di Nilai,Negeri Sembilan. Memang bangga gak la sebagai kapten dapat membawa team aku untuk menjadi juara. Team terdiri daripada pemain-pemain baru yang baru datang dari cuti semester ditambah dengan pemain junior yang baru masuk daripada kampus cawangan, masa untuk trainning hanya ada seminggu namun cukup untuk membina persefahaman antara pemain baru dan pemain yang sedia ada. Congrats guys! Team kita sekarang memang yang paling baik pernah kita ada, so kita akan target Juara untuk setiap tournament.

Pastu pada 18 Julai plak, aku telah menganjurkan Klinik Pengenalan Sukan Frisbee di Pusat Sukan UiTM..Sedikit pengenalan di dalam Bilik Seminar dan seterusnya amali dan praktikal di padang yang di bantu oleh pemain UiTM Lions.Seramai 78 orang pelajar (majoriti siswi) telah hadir dan telah mendapat sijil Klinik Asas daripada Pusat Sukan UiTM. Di harapkan ia dapat memupuk minat pelajar UiTM untuk bersukan terutamanya dalam sukan Frisbee.

Sem ni gak aku nak involve more in Outdoor Recreation...program pertama aku pada 24-26 Julai lalu. Aku telah dilantik menjadi Camp Com untuk program camping 3hari 2malam. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU) untuk 73 orang pelajar dari Fakulti Sains Gunaan (FSG) UiTM Shah Alam. Program yang berkonsepkan Team Building ini dianjurkan di Latto Charok, Janda Baik Pahang. Antara aktiviti dalam camping ini adalah Ice Breaking,Management Games, Blind Trail, Rafting,Night Walk,SWOT Analysis,Trekking,Explore race dan Group Survival. Majoriti peserta adalah First Timer ke camping sedemikian jadi mereka agak terkejut kerana jadual amat padat. Aktiviti Survival adalah klimax dalam program kali ini dimana mereka dibahagikan kepada 9 kumpulan dan ditempatkan di dalam hutan di atas bukit Janda Baik daripada pukul 6.30petang dan tamat pada pukul 7.30pagi keesokannya. Mereka telah merasai bagaimana rasanya untuk tinggal di dalam hutan dengan hanya berbekalkan barang-barang asas yang sangat terhad untuk meneruskan hidup dalam hutan. Kami mendapat respond yang agak baik dari para peserta kerana mereka enjoy dan puas walaupun agak penat.

Seterusnya maybe aku akan sertai camping budak2 diploma FSR yang akan mengadakan 1st Camp kat Bukit Cerakah dan Final Camp mereka nanti. Dan kemungkinan juga aku akan ikut serta budak Degree SR221 ke Pulau Kapas(kalau dijemput pergi). Dan aku juga mungkin akan ikut program rekreasi anjuran Teamtact(jika diperlukan).Frisbee pulak lepas Hari Raya baru ada tournament..

Hari ni aku gi Midvalley jalan2 daripada pukul 3 petang sampai 9.30malam..jalan2 dan makan jer...xde beli apa2 pun.So setakat ni je la dulu cerita aku...dah ngantuk ar..balik dulu ye...night!

1 comment: