Tuesday, September 1, 2009

Majlis Berbuka Puasa PERLU

Salam

Pada 28 Ogos yang lalu, satu majlis Berbuka puasa telah dianjurkan oleh PERLU bersempena dengan Hari Jadi Penasihat Persatuan, En. Hisyam Che Mat a.k.a Bos bertempat di belakang Swimming Pool, UiTM. Seramai lebih kurang 30 lebih hadirin yang hadir.Kehadiran alumni amat menggalakkan kerana jumlah alumni yang datang melebihi jumlah ahli PERLU sendiri. Antara menu pada hari itu adalah Nasi Briyani, Laksa, Ayam bakar, Ikan Bakar, Sate, Donut Big Apple, Air Sirap Limau, Air Bandung Sprite dan macam-macam lagi. Selepas berbuka, hadirin bersolat magrib secara jemaah di Surau Pool. Selepas itu, jemaah bersembahyang Isyak di padang Lawnball dengan dibentang Groud Sheet disitu dan seterusnya berjemaah Solat Terawih bersama yang di imamkan oleh Ahmad Firdaus a.k.a Ustat. Selepas itu,hadirin sambung makan. Kejutan dibuat oleh PPT dengan menyediakan Kek Hari Jadi bos dan lilin ditiup oleh Bos sendiri dengan bantuan angin -> 0.5km/h. Terima Kasih diucapkan kepada semua terlibat menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung. Kepada yang sponser juadah berbuka, semoga Allah mencucuri rahmat kepada kalian semua. Wassalam.

Juadah-juadah Berbuka





Antara gelagat hadirin



Birthday Boy - En.Hisyam Che Mat









En.Din dah masuk 3rd Round, En.Ali baru 2nd Round

Sesi Bergambar bersama2

"Kami mengucapkan...."<-- Idea Boy tercapai

3 comments: