Showing posts with label AdHoc. Show all posts
Showing posts with label AdHoc. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009

Majlis Berbuka Puasa PERLU

Salam

Pada 28 Ogos yang lalu, satu majlis Berbuka puasa telah dianjurkan oleh PERLU bersempena dengan Hari Jadi Penasihat Persatuan, En. Hisyam Che Mat a.k.a Bos bertempat di belakang Swimming Pool, UiTM. Seramai lebih kurang 30 lebih hadirin yang hadir.Kehadiran alumni amat menggalakkan kerana jumlah alumni yang datang melebihi jumlah ahli PERLU sendiri. Antara menu pada hari itu adalah Nasi Briyani, Laksa, Ayam bakar, Ikan Bakar, Sate, Donut Big Apple, Air Sirap Limau, Air Bandung Sprite dan macam-macam lagi. Selepas berbuka, hadirin bersolat magrib secara jemaah di Surau Pool. Selepas itu, jemaah bersembahyang Isyak di padang Lawnball dengan dibentang Groud Sheet disitu dan seterusnya berjemaah Solat Terawih bersama yang di imamkan oleh Ahmad Firdaus a.k.a Ustat. Selepas itu,hadirin sambung makan. Kejutan dibuat oleh PPT dengan menyediakan Kek Hari Jadi bos dan lilin ditiup oleh Bos sendiri dengan bantuan angin -> 0.5km/h. Terima Kasih diucapkan kepada semua terlibat menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung. Kepada yang sponser juadah berbuka, semoga Allah mencucuri rahmat kepada kalian semua. Wassalam.

Juadah-juadah Berbuka





Antara gelagat hadirin



Birthday Boy - En.Hisyam Che Mat









En.Din dah masuk 3rd Round, En.Ali baru 2nd Round

Sesi Bergambar bersama2

"Kami mengucapkan...."<-- Idea Boy tercapai

Monday, September 1, 2008

Lata Hammer : Merdeka! !

Sabtu lalu,3o ogos, seramai 14 ahli PERLU UiTM serta alumuni telah pergi ke Lata Hammer, Pahang sebagai aktiviti leisure atau adhoc mingguan. Aktiviti ini diadakan 2 hari satu malam di air terjun yang cantik dan air nya sejuk. tiba tepat pukul 12pagi,31 ogos, laungan Merdeka sebanyak tiga kali bergema di air terjun Lata Hammer diiringi dgn lagu Negaraku dan lagu 31 Ogos. Dan selepas itu aktiviti berendam pada awal pagi di air terjun! sejuk!! Paginya pula kami bangun dari tidur dan sibuk memancing ikan dan dapat 3-4 ekor untuk di bakar,goreng untuk makan pada tengahharinya. Aktiviti mandi memang sentiasa dilakukan sehingga ke tengahhari. memang best, rugi sapa x pegi! kami keluar dari kawasan Lata Hammer dalam pukul 4 petang. Antara pengalaman yang tidak akan dilupakan kerana menyambut merdeka di dalam hutan, di air terjun dan bersama2 keluarga PERLU...Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 diucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Perpaduan Teras Kejayaan. MERDEKA!!!!

p/s: maaf tiada gambar, mungkin nanti ada keluar dalam Blog ahli PERLU yang lain.