Showing posts with label Praktikal. Show all posts
Showing posts with label Praktikal. Show all posts

Sunday, March 22, 2009

Praktikal : Back to Langkawi!




Salam

Pada 16-18 Mac lalu, aku kembali semula ke Langkawi. Kali ini aku menjadi Urusetia untuk kursus Perniagaan Enterprise dan Asas Perniagaan untuk Persatuaan Belia 4B Kampung Trong,Parlimen Bukit Gantang. Kursus ini diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Sun Rise Resort,Pekan Kuah.

Di kesempatan berada di Langkawi, aku dan pegawai/urusetia lain mengambil kesempatan apabila free untuk berjalan-jalan, merayau area Langkawi dengan menyewa kereta. Aku pulak dah macam pemandu pelancong sbb aku serba tahu jalan di situ (memandangkan aku dah tinggal situ lebih kurang 3 minggu.) Rasa rindu pulak bila dah datang balik ke Langkawi..x sangka akan datang balik ke situ lagi setelah berada di Perak.Sekian,TQ.

Friday, March 13, 2009

Praktikal- Auditing Kutipan Pinjaman

Salam

Pada hari Selasa lalu,3 orang wakil dari KBS Putrajaya datang ke JBS Perak untuk mengaudit. Naziran dan 2 orang pembantu memohon kami pelajar-pelajar praktikal untuk membantu mereka sehingga hari jumaat (esok).Dari hari selasa sampailah ke hari ini, kerja aku mengAudit bil dan resit hutang pinjaman oleh peminjam daripada tahun 1989-2008. 19 tahun! bayangkan nak audit balik dari tahun 1989...pehh..perit..dengan buku resit dah teruk, ada yang hilang dan kekaburan tulisan dalam resit menjadikan kerja semakin susah. Nak pastikan jumlah kutipan dalam pangkalan data KBS seimbang dengan resit JBS Perak...nak kira pulak ikut bulan setiap tahun dari 1989-2008. Sehingga hari ini, dah tiga hari aku balik kerja pukul 10 malam! nak claim overtime xleh, nasib baik provide makan. on jer. Mula-mula memang susah kerjanya, tapi bila dah mengira,mencari dan menyelesaikan masalah yang timbul, semakin semangat rasanya. Apa2 pun, ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada aku tentang cara2 mengaudit dan telah menyedarkan aku bahawa kerja memfailkan,menyimpan rekod secara terperinci dan sistematik amatlah PENTING untuk mengelakkan ini masalah ini berlaku..fuhh..penat.. ok,aku dah nak pengsan...goodnight!

Thursday, February 26, 2009

Aku di Opis



Meeting di Lenggong

Pada 8 Februari yang lalu, aku telah ditugaskan untuk menjaga kaunter pendaftaran untuk Majlis Penyerahan Cek dan Meeting bersama YB Datuk Ismail Sabri, Menteri Belia dan Sukan. Ini antara gambar-gambar pada hari itu.Tempat : Lenggong, Perak.








Keadaan di dalam Dewan Meeting



Tengah sibuk uruskan pendaftaran

Thursday, February 5, 2009

Praktikal - Minggu ke 3




Salam

Minggu ke tiga di JBS..bosan xde kerja outdoor..keja menghantar Fax dan photostat je..cuma ahad ni je ada program kat Lenggong..leh la ikut pegawai ke sana. Dapat gak exposure protokol2 kerajaan dalam majlis rasmi. Thesis aku x jalan lagi..report praktikal dah siap sampai chapter 2..

Friday, January 16, 2009

Praktikal baru bermula..

Salam

Minggu ini minggu pertama aku start praktikal di tempat baru iaitu Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak. Setelah 2 minggu aku praktikal di Wilderness Centre Langkawi akhirnya kami diarahkan oleh fakulti untuk melaporkan diri ke JBS Perak.

Perubahan
Daripada Outdoor Recreation, kami sangat aktif di WC Langkawi. Ada kelas Swimming, kelas Tali, Kelas Risk Analysis Manangement & Systematic, berbasikal pusing Langkawi. Baru minggu pertama di WC tapi sudah banyak yang kami pelajari.Jika diteruskan lagi, kami telahpun membuat membincangkan dan buat planning,preparation untuk program "Reece Langkawi Islands 10 Days Trip"-berkayak menggelilingi pulau-pulau di Langkawi untuk reece tempat-tempat camping samada masih boleh atau tidak digunakkan untuk program pada tahun ini. Dan kami juga akan dibawa ke Pulau Tuba untuk membantu dalam program English Learning Program (ELP) di sekolah-sekolah di sana. Tapi semuanya harus dilupakan kerana dah berpindah tempat praktikal.

Di JBS pulak, ini minggu pertama aku disini. Kerja? xde langsung. Setakat ini aku xde wat apa2 pun..mintak kerja pun pegawai cakap xde kerja lagi...nak isi buku log camne? kosong la...buat2 la busy...online..tgk movie kat laptop. tu je la kerja..dari active person to passive person dah aku...huhuhuhu...sepatutnya kerja ini sesuai dengan budak Sport Management minor B. Tapi kami yang laparkan rekreasi ini telahpun dirundung malang..

Namun,Allah maha besar dan maha kuasa..kita merancang DIA yang menentukan.Mungkin ada hikmah disebaliknya..kita jer x tau..aku terima seadaannya dan aku akan bekerja dengan sebaiknnya.

aku yang pasif,

Apize

Thursday, January 1, 2009

Destinasiku: Langkawi 1

Salam..

Lama dah x update blog...kali ni aku update blog dari Pekan Kuah, Langkawi..aku bersama 7 lagi kawan-kawan ku dah pun mula praktikal di WC Langkawi...hari pertama kami diperkenalkan dengan staff yang ada (kerana ramai yang cuti), Briefing dari pada HR Pn,Faridah dan trainer kami iaitu Tan. Hari itu kami banyak membincangkan tentang plan praktikal untuk sepanjang sem ini dan pada sebelah petang kami terlibat dalam perancangan untuk aktiviti dan latihan kami selama 4 minggu di sini.

31 Dec
Hari kedua. Hari ini kami belajar berenang di Swimming Pool. Satu hari pagi petang kami belajar berenang dengan trainer kami iaitu Tan. Memang hari memenatkan tapi penuh dengan ilmu...hari ni sahaja kami belajar berenang cara 'breast stroke, bobbing, freestyle'.Nampak mudah tapi memang penuh cabaran.Memang susah nak belajar teknik yang betul..fuhh...penat...

itu saja untuk 2 hari pertama di Langkawi..