Monday, August 31, 2009

GLORY GLORY MAN UTD



VS





Keadaan dan suasana ketika berada di Restoran HAKIM ketika perlawanan Man Utd Vs Arsenal pada 29 Ogos lalu. Man Utd menang 2-1. GLORY GLORY MAN UTD!



Saturday, August 29, 2009

DESTINASIKU: FINAL CAMP PULAU KAPAS

Salam

Pada 15-19 Ogos yang lalu,satu perkhemahan "Final Camp" anjuran pelajar Degree SR221 Part 3 dan gabungan Diploma PLK dan e-PJJ telah dilangsungkan di Pulau Kapas, Terengganu. Final Camp kali ni agak baru kerana kehadiran lebih kurang 20orang abang-abang dan kakak-kakak daripada PDRM(PLK)dan e-PJJ yang dikategorikan sebagai pelajar matang.Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Navigasi,Kayak,Survival & Solo Camp dan sebagainya. Alhamdulillah perkhemahan kali ini berjalan dengan lancar tanpa masalah yang besar.Masalah ketika aktiviti dilangsungkan adalah perkara biasa seperti kejadian 'Misteri Nusantara' semasa Survival dan Solo Camp.Namun ianya adalah rencah dalam menyempurnakan aktiviti tersebut.

Pada pendapat aku, perkhemahan kali ini agak memuaskan namun masa yang singkat menyebabkan peluang untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti tidak dapat dilakukan.Pulau Kapas masih ada yang tak di jelajahi bermakna mission tak complete di Pulau Kapas. Dengan harapan masa akan datang kita akan kembali ke sana dengan masa yang lebih panjang dari sebelumnya. Insyaallah.. Banyak pengalaman baru dapat aku pelajari juga di sana seperti pendekatan baru conducting pelajar-pelajar matang, memahami gelagat pelajar-pelajar melalui pemerhatian dalam aktiviti yang dilakukan dan bagaimana menjadi seorang pembimbing yang baik. Terima kasih kepada bos, En.Hisyam Che Mat kerana peluang yang diberikan dan thanks to all my bro and sis - Shawn,Abe,Boy,Yasir,Kak Shila,Boxer,Farah,Hisyam Alewi,Amiruddin,Bebika dan Yusfarahana.


Permandangan Pantai di Pulau Kapas

Shawn, Boy & Boxer

Yasir dan En.Hisyam


Abe,Yazilah & Farah

Sunday, August 23, 2009

Marhaban ya Ramadhan

Salam semua!

Bulan mulia bulan Ramadhan telah kembali lagi!Rasa macam baru beberapa bulan kita beraya,bulan puasa dah muncul kembali. Mari kita sama2 memperbanyakan amal ibadah kerana bulan ini menjanjikan pahala yang berlipat ganda! Puasa mesti penuh, solat jangan ditinggalkan. Insyaallah..


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua!




Apize @ Mohamad Haffiz Bin Hadran


p/s: cerita Pulau Kapas akan dipublish sedikit masa lagi..

Tuesday, August 11, 2009

Camping lagi!

Salam

Pada 7,8,9 Ogos yang lalu, aku telah bertugas sebagai Instructor Disiplin kepada peserta-peserta program First Camp "Saisho Camp 2009" di Bukit Cherakah, Shah Alam.Bermula daripada stor sehingga ke camp site, aku mengerahkan tenaga dan suara untuk memastikan semua peserta bergerak pantas dan cepat untuk menepati masa. Pada keseluruhannya, time management mereka agak tidak memuaskan kerana tiada komunikasi dan connection yang kuat di antara peserta kerana kebanyakan mereka mementingkan diri mereka sendiri daripada orang lain. Pada pendapat aku, aku tidak menjalankan tugas Instructor Disiplin yang baik pada kem kali ini, namun aku akan cuba berusa untuk menjadi lebih baik selepas ini tidak kira apa jawatan yang bakal aku sandang semasa final camp mereka nanti.Jadi, kita tengok apa mereka boleh buat di Final Camp nanti.


Pada 14-20 Ogos minggu ini, aku akan menyertai pelajar2 Degree semester 3 SR221 untuk ke Final Camp Pulau Kapas mereka (Insyaallah). Diharapkan pemergiaan aku ke sana dapat menambah ilmu dan pengalaman dalam Outdoor khususnya untuk menjadi seorang instructor yang lebih baik dari sebelumnya.

Friday, July 31, 2009

Muncul Kembali!

Salam!

Pehhh..lama giler aku x update blog...dah bersawang macam Sawang(nama bdk Frisbee). Sem ni dah pun baru bermula sebulan tapi dikejutkan dengan kejutan yang amat mengejutkan kita dengan cuti mengejut H1N1 yang melanda UiTM Shah Alam Minggu lepas.Memang terkejut lar..


Sem ni...kosong bagi aku...kelas isnin dan rabu jer..2 jam + 2 jam = 4 jam seminggu...sem ni aku kira nak kerja part time tapi aku malas mencari.. So aku fokus ngan membangunkan Frisbee di UiTM Shah Alam dengan lebih serius...alhamdulillah tournament pertama pada 11 Julai lalu, team aku UiTM Lions berjaya menjadi Juara untuk kejohanan INTI-TAYLORS ULTIMATE OPEN 2009 di Nilai,Negeri Sembilan. Memang bangga gak la sebagai kapten dapat membawa team aku untuk menjadi juara. Team terdiri daripada pemain-pemain baru yang baru datang dari cuti semester ditambah dengan pemain junior yang baru masuk daripada kampus cawangan, masa untuk trainning hanya ada seminggu namun cukup untuk membina persefahaman antara pemain baru dan pemain yang sedia ada. Congrats guys! Team kita sekarang memang yang paling baik pernah kita ada, so kita akan target Juara untuk setiap tournament.

Pastu pada 18 Julai plak, aku telah menganjurkan Klinik Pengenalan Sukan Frisbee di Pusat Sukan UiTM..Sedikit pengenalan di dalam Bilik Seminar dan seterusnya amali dan praktikal di padang yang di bantu oleh pemain UiTM Lions.Seramai 78 orang pelajar (majoriti siswi) telah hadir dan telah mendapat sijil Klinik Asas daripada Pusat Sukan UiTM. Di harapkan ia dapat memupuk minat pelajar UiTM untuk bersukan terutamanya dalam sukan Frisbee.

Sem ni gak aku nak involve more in Outdoor Recreation...program pertama aku pada 24-26 Julai lalu. Aku telah dilantik menjadi Camp Com untuk program camping 3hari 2malam. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU) untuk 73 orang pelajar dari Fakulti Sains Gunaan (FSG) UiTM Shah Alam. Program yang berkonsepkan Team Building ini dianjurkan di Latto Charok, Janda Baik Pahang. Antara aktiviti dalam camping ini adalah Ice Breaking,Management Games, Blind Trail, Rafting,Night Walk,SWOT Analysis,Trekking,Explore race dan Group Survival. Majoriti peserta adalah First Timer ke camping sedemikian jadi mereka agak terkejut kerana jadual amat padat. Aktiviti Survival adalah klimax dalam program kali ini dimana mereka dibahagikan kepada 9 kumpulan dan ditempatkan di dalam hutan di atas bukit Janda Baik daripada pukul 6.30petang dan tamat pada pukul 7.30pagi keesokannya. Mereka telah merasai bagaimana rasanya untuk tinggal di dalam hutan dengan hanya berbekalkan barang-barang asas yang sangat terhad untuk meneruskan hidup dalam hutan. Kami mendapat respond yang agak baik dari para peserta kerana mereka enjoy dan puas walaupun agak penat.

Seterusnya maybe aku akan sertai camping budak2 diploma FSR yang akan mengadakan 1st Camp kat Bukit Cerakah dan Final Camp mereka nanti. Dan kemungkinan juga aku akan ikut serta budak Degree SR221 ke Pulau Kapas(kalau dijemput pergi). Dan aku juga mungkin akan ikut program rekreasi anjuran Teamtact(jika diperlukan).Frisbee pulak lepas Hari Raya baru ada tournament..

Hari ni aku gi Midvalley jalan2 daripada pukul 3 petang sampai 9.30malam..jalan2 dan makan jer...xde beli apa2 pun.So setakat ni je la dulu cerita aku...dah ngantuk ar..balik dulu ye...night!