Salam
Pada 15-19 Ogos yang lalu,satu perkhemahan "Final Camp" anjuran pelajar Degree SR221 Part 3 dan gabungan Diploma PLK dan e-PJJ telah dilangsungkan di Pulau Kapas, Terengganu. Final Camp kali ni agak baru kerana kehadiran lebih kurang 20orang abang-abang dan kakak-kakak daripada PDRM(PLK)dan e-PJJ yang dikategorikan sebagai pelajar matang.Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Navigasi,Kayak,Survival & Solo Camp dan sebagainya. Alhamdulillah perkhemahan kali ini berjalan dengan lancar tanpa masalah yang besar.Masalah ketika aktiviti dilangsungkan adalah perkara biasa seperti kejadian 'Misteri Nusantara' semasa Survival dan Solo Camp.Namun ianya adalah rencah dalam menyempurnakan aktiviti tersebut.
Pada pendapat aku, perkhemahan kali ini agak memuaskan namun masa yang singkat menyebabkan peluang untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti tidak dapat dilakukan.Pulau Kapas masih ada yang tak di jelajahi bermakna mission tak complete di Pulau Kapas. Dengan harapan masa akan datang kita akan kembali ke sana dengan masa yang lebih panjang dari sebelumnya. Insyaallah.. Banyak pengalaman baru dapat aku pelajari juga di sana seperti pendekatan baru conducting pelajar-pelajar matang, memahami gelagat pelajar-pelajar melalui pemerhatian dalam aktiviti yang dilakukan dan bagaimana menjadi seorang pembimbing yang baik. Terima kasih kepada bos, En.Hisyam Che Mat kerana peluang yang diberikan dan thanks to all my bro and sis - Shawn,Abe,Boy,Yasir,Kak Shila,Boxer,Farah,Hisyam Alewi,Amiruddin,Bebika dan Yusfarahana.

Permandangan Pantai di Pulau Kapas

Shawn, Boy & Boxer

Yasir dan En.Hisyam

Abe,Yazilah & Farah