Tuesday, January 27, 2009

Destinasiku : Ipoh to Shah Alam

Salam

Pada hari jumaat lepas bersamaan 23 January, aku membuat satu perjalanan yang adventure pada diriku yang pertama kalinya di tanah semenanjung ini. Aku pulang ke Shah Alam dengan moto SS2 JFE9651 ku itu dari Ipoh seorang diri. Perjalanan aku mengambil masa 2 jam 50 min, dengan purata kelajuan 110kmh/j jer. Dari Ipoh 4 ptg, sampai Shah Alam 6.50 ptg. 3 kali stop kat perhentian isi minyak. RM16 semuanya.

Sabtu,aku jalan2 kat shah alam, amik barang2 aku kat rumah kawan dan pada hari ahadnya pulak,aku balik ke Ipoh lagi. Aku berangkat dari Shah Alam seksyen 13 pada pukul 12tgh hari ikut highway Guthrie.Kali ni aku lebih laju lagi, purata 130kmh/j aku sampai dalam pukul 2.20pm di gopeng,2.35pm sampai Ipoh. 3 kali stop jugak, minyak RM18. Sampai Ipoh, aku gerak ke Beruas dalam 70km dari Ipoh.Lepak lepak kat situ, then pukul 5pm aku chow balik ke Ipoh sampai 7 lebih..sampai umah mandi terus tido. Memang penat gilerrrrrrrrr time tu..lenguh satu badan dibuatnya..dengan resdung aku time tu,ubat plak tinggal kat ipoh.. 2 hari kat Shah Alam makan ubat pe pun x efek..terpaksa la menahan sampai la balik ke Ipoh baru ok lepas tido malam tu.. tapi iutlah pengalaman aku berjalan jauh menggunakan moto JFE9651 aku itu..boleh la dibuat cerita dalam blog yang lama bersawang ni..

Friday, January 16, 2009

Praktikal baru bermula..

Salam

Minggu ini minggu pertama aku start praktikal di tempat baru iaitu Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak. Setelah 2 minggu aku praktikal di Wilderness Centre Langkawi akhirnya kami diarahkan oleh fakulti untuk melaporkan diri ke JBS Perak.

Perubahan
Daripada Outdoor Recreation, kami sangat aktif di WC Langkawi. Ada kelas Swimming, kelas Tali, Kelas Risk Analysis Manangement & Systematic, berbasikal pusing Langkawi. Baru minggu pertama di WC tapi sudah banyak yang kami pelajari.Jika diteruskan lagi, kami telahpun membuat membincangkan dan buat planning,preparation untuk program "Reece Langkawi Islands 10 Days Trip"-berkayak menggelilingi pulau-pulau di Langkawi untuk reece tempat-tempat camping samada masih boleh atau tidak digunakkan untuk program pada tahun ini. Dan kami juga akan dibawa ke Pulau Tuba untuk membantu dalam program English Learning Program (ELP) di sekolah-sekolah di sana. Tapi semuanya harus dilupakan kerana dah berpindah tempat praktikal.

Di JBS pulak, ini minggu pertama aku disini. Kerja? xde langsung. Setakat ini aku xde wat apa2 pun..mintak kerja pun pegawai cakap xde kerja lagi...nak isi buku log camne? kosong la...buat2 la busy...online..tgk movie kat laptop. tu je la kerja..dari active person to passive person dah aku...huhuhuhu...sepatutnya kerja ini sesuai dengan budak Sport Management minor B. Tapi kami yang laparkan rekreasi ini telahpun dirundung malang..

Namun,Allah maha besar dan maha kuasa..kita merancang DIA yang menentukan.Mungkin ada hikmah disebaliknya..kita jer x tau..aku terima seadaannya dan aku akan bekerja dengan sebaiknnya.

aku yang pasif,

Apize

Friday, January 9, 2009

Destinasiku: Langkawi 4




Pada 7 Januari lalu, kami mempunyai satu lagi aktiviti yang amat menarik dan mencabar. Reece Langkawi Bicycle Trip..dapat gambaran x dengan tajuk tu?

Kami telah pun menjelajahi seluruh Langkawi dengan berbasikal dengan basikal mountain bike masing bersama Mr. Tan, trainer kami. Kami seramai 6 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar praktikal dan seorang trainer memulakan kayuhan pada pukul 7.30 pagi dari Lagenda,Kuah. Check point pertama ialah Hospital Langawi,seterusnya kami lalu Bukit Malut,Aseania Resort,Pantai Chenang, Lapangan Terbang, Langkasuka Resort, Pantai Kok,Teluk Ewa, Pantai Pasir Hitam, Taman Awam Pantai Teluk Yu dan singgah sebentar mandi di Air Terjun Durian Perangin Waterfall. Seterusnya kami pun bergerak balik melalui Galeria Perdana, Wildlife Park, Kisap, Wilderness Centre Office dan sampai semula di Langenda, Kuah pada pukul 4.30pm.

Perjalanan ini mengambil masa 9 jam, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan selamat. Kami berasa sungguh bangga kerana berjaya dan dapat berbasikal mengelilingi Langkawi. Walaupun penat, tapi amat berbaloi kerana dapat melihat permandangan yang cantik di sekitar Pulau Langkawi.Minggu Pertama praktikal kami dipenuhi bermacam-macam pengalaman dan ilmu..rasa amat bersyukur sangat-sangat. tapi apakan daya, kami terpaksa meninggalkan Langkawi sedikit masa lagi...

Monday, January 5, 2009

Destinasiku: Langkawi 3




Hari ke 4 praktikal...hari ni kami sekali lagi belajar berenang...kelas swimming dari pagi ke petang.

Teknik yang di pelajari kami pada hari ni ialah prinsip menyelamat dan bagaimana menyelamat. Kami di ajar bagaimana cara menyelamat org lemas dengan mengunnakan tali..memang susah nak baling tali sejauh 20 meter, tapi alhaldullillah aku dapat jugak buat. Disebelah petang, kami di suruh berenang freestyle dan breaststroke sebanyak 2,4,6,8 lap.meman g penat.. lepas tu teknik2 strading mengapungkan diri dengan menggunakkan kaki dan tangan. Akhir sekali ialah berenang dalam air (menyelam sejauh 20 meter). Pencapai terbaik hari ini ialah aku telah pun membuat 6 kali berenang dalam air. mula2 memang x dapat, tapi lepas beberapa kali berlatih, akhirnya aku tahu macam mana teknik menahan nafas sambil berenang dalam air...

Itu saja untuk hari ke 4. Lepas ni kami nak di berbasikal ke pekan kuah...jalan2 cari makan..chow~

Sunday, January 4, 2009

Destinasiku: Langkawi 2



Atas kapal layar Damai Indah


Salam..

Pada sabtu lalu, aku bersama semua geng2 praktikal kelas kami terlibat dalam satu kerja amal. Membersih pantai...pada pagi sabtu,pukul 9 kami berada di jeti kapal dan menaiki satu kapal layar kecil milik mat salleh kelab Yatch bernama Eva. Kami secara sukarelanya pergi untuk sama membantu kerja2 kerja membersih pantai belakang Pulau Dayang Bunting. Bersama beberapa orang pekerja syarikat kosmetik yang tgh berkhusus di Langkawi

Memang kotor keadaan pantai di penuhi plastik,guni, botol2 dan tali2...memang penat kerana terlalu banyak sampah..sungguh sedih melihat laut kita yang cantik tapi dibuat demikian.. Aktiviti ini telah menyedarkan saya dan kawan2 lain tentang kebersihan...buka sahaja di pantai atau langkawi tapi di seluruh malaysia...

Byk lagi aku ingin ceritakan,tapi aku sangat penat..nanti aku sambung balik...

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Salam,

Selamat Tahun Baru 2009 aku ucapkan kepada semua..semoga tahun ini bakal menjadi tahun yang lebih baik dari tahun lepas lepas. Kita mestilah sentiasa ke hadapan,memperbaiki diri dan lebih bersedia untuk cabaran masa hadapan.

Destinasiku: Langkawi 1

Salam..

Lama dah x update blog...kali ni aku update blog dari Pekan Kuah, Langkawi..aku bersama 7 lagi kawan-kawan ku dah pun mula praktikal di WC Langkawi...hari pertama kami diperkenalkan dengan staff yang ada (kerana ramai yang cuti), Briefing dari pada HR Pn,Faridah dan trainer kami iaitu Tan. Hari itu kami banyak membincangkan tentang plan praktikal untuk sepanjang sem ini dan pada sebelah petang kami terlibat dalam perancangan untuk aktiviti dan latihan kami selama 4 minggu di sini.

31 Dec
Hari kedua. Hari ini kami belajar berenang di Swimming Pool. Satu hari pagi petang kami belajar berenang dengan trainer kami iaitu Tan. Memang hari memenatkan tapi penuh dengan ilmu...hari ni sahaja kami belajar berenang cara 'breast stroke, bobbing, freestyle'.Nampak mudah tapi memang penuh cabaran.Memang susah nak belajar teknik yang betul..fuhh...penat...

itu saja untuk 2 hari pertama di Langkawi..