Sunday, March 22, 2009

Praktikal : Back to Langkawi!




Salam

Pada 16-18 Mac lalu, aku kembali semula ke Langkawi. Kali ini aku menjadi Urusetia untuk kursus Perniagaan Enterprise dan Asas Perniagaan untuk Persatuaan Belia 4B Kampung Trong,Parlimen Bukit Gantang. Kursus ini diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Sun Rise Resort,Pekan Kuah.

Di kesempatan berada di Langkawi, aku dan pegawai/urusetia lain mengambil kesempatan apabila free untuk berjalan-jalan, merayau area Langkawi dengan menyewa kereta. Aku pulak dah macam pemandu pelancong sbb aku serba tahu jalan di situ (memandangkan aku dah tinggal situ lebih kurang 3 minggu.) Rasa rindu pulak bila dah datang balik ke Langkawi..x sangka akan datang balik ke situ lagi setelah berada di Perak.Sekian,TQ.

Friday, March 13, 2009

Praktikal- Auditing Kutipan Pinjaman

Salam

Pada hari Selasa lalu,3 orang wakil dari KBS Putrajaya datang ke JBS Perak untuk mengaudit. Naziran dan 2 orang pembantu memohon kami pelajar-pelajar praktikal untuk membantu mereka sehingga hari jumaat (esok).Dari hari selasa sampailah ke hari ini, kerja aku mengAudit bil dan resit hutang pinjaman oleh peminjam daripada tahun 1989-2008. 19 tahun! bayangkan nak audit balik dari tahun 1989...pehh..perit..dengan buku resit dah teruk, ada yang hilang dan kekaburan tulisan dalam resit menjadikan kerja semakin susah. Nak pastikan jumlah kutipan dalam pangkalan data KBS seimbang dengan resit JBS Perak...nak kira pulak ikut bulan setiap tahun dari 1989-2008. Sehingga hari ini, dah tiga hari aku balik kerja pukul 10 malam! nak claim overtime xleh, nasib baik provide makan. on jer. Mula-mula memang susah kerjanya, tapi bila dah mengira,mencari dan menyelesaikan masalah yang timbul, semakin semangat rasanya. Apa2 pun, ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada aku tentang cara2 mengaudit dan telah menyedarkan aku bahawa kerja memfailkan,menyimpan rekod secara terperinci dan sistematik amatlah PENTING untuk mengelakkan ini masalah ini berlaku..fuhh..penat.. ok,aku dah nak pengsan...goodnight!

Monday, March 9, 2009

Destinasiku: Final Camp Pangkor 2009 -FSR ARAU

Salam
Pada 5 Mac yang lalu, aku merantau ke Pulau Pangkor kerana mengikuti Final Camp budak FSR Arau, di bawah pimpinan En. Khairul Amri, pensyarah outdoor FSR Perlis.Tempatnya di Teluk Sekadas, Pulau Pangkor. Aku berada di situ selama 2 hari 2 malam bersama Latip.

Perkhemahan bermula pada 4 Mac sehingga 9 Mac.Perkhemahan ini disertai oleh 54 orang pelajar Part 2 SR113 Arau, 40 orang instructor, 4 Penyarah, Abg Boboy (Shukori) dan Akma (kawan Boboy) 2 staff unit kesihatan dan 4 orang alumni FSR Arau. Antara aktiviti selama 2 hari tersebut adalah Camp Craft, Sea Kayakking dan Jungle Trekking. Dalam pada malam terakhir aku di situ, ada aktiviti Survival.

Pendekatan yang diguna pakai oleh perkhemahan ini adalah berkonsepkan 'User Friendly'. Xder istilah 'panas' dalam khemah ini, xde marah2, cuma arahan yang diberikan tegas. Impaknya sangat memberangsangkan dimana peserta 'perform well' kerana kurangnya mental pressure daripada instructor. Mereka melakukan semua aktiviti dengan berkesan dengan ciri-ciri keselamatan juga dititikberatkan. Cuma ada beberapa kelemahan yang boleh di perbaiki lagi seperti mempelbagaikan jenis ikatan, cara briefing.. Pada keseluruhannya, perkhemahan ini di handle dengan baik oleh Instructor yang terdiri daripada pelajar senior Diploma SR113 Part 3-part 6 FSR Arau.

Sepanjang aku berada di sana, aku sempatlah merasa berkayak, join lemak manis, mandi laut, trekking ke teluk batik sampai ke pekan Pangkor,tengok budak survival. Pada keseluruhannya, bagi pendapat aku, perkhemahan ini bolehlah di anggap berjaya walaupun tanpa konsep "panas" atau marah-marah. Mungkin selepas ini, jika ada perkhemahan kita cuba tukar konsep kepada konsep seperti ini. Itu sahaja cerita aku di Pulau Pangkor.




Khemah Pusat


Suasana di dalam Khemah Pusat ketika makan


ketika sesi rampasan barang


Trekking


Khemah pusat



Pemandangan Teluk Sekadas dari Khemah Pusat


Budak2 tengah pasang Banner Camping

Thursday, March 5, 2009

Tournament Frisbee kat UiTM Kedah 28 February


Aksi time nak start main


Circle of the Spirit (sebelum perlawanan Akhir)


Aku tengah bagi kata semangat dan strategy untuk bermain (hahaha)


Semua pemain Frisbee untuk Kejohanan ini (8 Team)


Final -UniKL Kulim (Baju Gelap) vs UiTM Arau (Baju Putih)



Team UniKL Kulim A dan B


Salam,
Pada Sabtu yang lalu (28 Feb 09) Aku mengikuti Tournament Frisbee di UiTM Kedah. Aku dijemput bermain untuk UniKL Kulim, Kedah bersama Jerrold, Latif, Aifq dan Yuz. Aku dan kawan2 main untuk UniKL B. Kami telah menang semua perlawanan dan di Final kami bertemu dengan UiTM Arau dimana mereka semua adalah budak Sportec Arau yang fit dan aggresive. Tetapi dengan menggunakan strategi Taktikal rather than Attacking, kami berjaya menjadi Juara untuk kejohanan julung kalinya di adakan di Kedah ini dengan kiraan mata 4-3.
Namun, ini adalah petanda yang amat baik untuk Frisbee di Malaysia ini. Semakin ramai remaja meminati sukan ini dan bersungguh2 untuk menjadi pemain yang baik. Aku pulak pernah di offer oleh SMK Sg. Pasir Kedah untuk menjadi coach mereka tapi aku terpaksa menolak kerana masih dalam praktikal dan faktor jarak yang jauh. Semoga akan ada lebih banyak lagi kejohana frisbee di Utara tanah air agar sukan ini terus berkembang di Malaysia. Sekian,TQ.