Thursday, February 11, 2010

Final Camp 2010

Salam

Final camp akan bermula tidak lama lagi. Kali ini tempat seperti semester lepas di Kem Murni, Kg Jahang di Gopeng, Perak.127 orang peserta dan tugas aku sebagai leader n discipline adalah tugas amat besar namun satu penghargaan buat aku kerana semua mempercayai kemampuan aku. Aku akan melalukan tugas dengan penuh komitmen dan sebaik mungkin. Diharapkan alumni sudi membantu aku dalam memberi nasihat dan pandangan ketika di sana kelak. Doakan semuanya selamat dan berjalan lancar.Amin.






Monday, February 1, 2010

126

Salam
Lama x berblog..berdebu2 dan bersawang..jentik2 pun penuh kat kat blog ni..patut aku kena denggi hari tu..haha..

Cerita 126 ni pasal jumlah participants camping 1st Camp yg diberi nama Spirit Camp tempoh hari di UiTM Jengka, Pahang. Jumlah yg teramai pernah aku conduct sebagai Instrutor. Pada mulanya agar bimbang kerana ketiadaan alumni-alumni PERLU yg hadir untuk bersama menjayakan camping ini,kecuali Ustat, shariman dan mus (sebagai lecturer jugak). agak berat untuk memikul tugas ini tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dgn bantuan ustat mus and shariman sbg pembimbing instructor PERLU yg ada dan instructors jemputan. Jadi tidaklah terpesong prinsip PERLU dalam kem ini.

Kem kali ini turut menjemput beberapa orang yg dianggap mampu menjadi instructor tambahan dan first aider,alhamdulillah semuanya boleh mengikut rentak kem ini. Terima kasih kepada semua instructor kerana membantu terutamanya 3 orang first aider kita yg turut menjadi wireman(TNB) kem ini. Harapan di Final Camp nanti boleh turut serta membantu kami lagi di Gopeng. Dan seterusnya sudi menjadi ahli PERLU dan mengikuti T.O.T selepas kem itu nanti.

Instructor Disiplin
Menjadi dicipliner utk 126 orang ni agak tough tapi berjaya jugak menyedarkan mereka wpun x semua. Dengan adanya En.Shariman yg sentiasa menjadi reference dan kuasanya sbgai lecturer agak membantu tugasku utk memberi 'habuan' kepada peserta.

Pengalaman
Pacat jangan dikira..time trekking (3 kali,rotation),pacat penuh di kaki.Siap leh wat pertandingan dgn peserta siapa paling byk kumpul pacat kat kaki. Nightwalk pulak bermula pukul 12.30 tamat pada 5.00am,solo walk dilepaskan seorang demi seorang untuk balik ke kem site..126 orang..ada yg mamai, ada mengigau..penakut pun ramai..yg lucunya, peserta lelaki yg ramai penakut daripada perempuan!

Thanks to Ahmad Firdaus a.k.a Ustat dan Azlan kerana turut hadir(TQ2!)..En. Shariman dan En. Mustakim sebagai pensyarah dan secara tidak langsung sbgai alumni PERLU yg turut membantu. x lupa en.Zainal dan en.Azizul dan en.Khaizani selaku pensyarah kerana memberi peluang kepada kami untuk membimbing adik2 kami ini. Thanks kepada semua instructor. Kita jumpa lagi di FINAL CAMP in 14 days!

Harapan
Agar alumni PERLU akan turun membantu kami di final camp nanti. Khidmat ada masih diPERLUkan wahai abg2-akak2 ku..demi kelancaran dan demi ilmu yg bakal dituruni kepada peserta nanti.Pengalaman dan kepakaran anda yg lebih itulah yg akan memberi mereka dan kami secara tidak langsungnya bagaimana 'suasana' final camp yg sebenarnya.