Wednesday, July 7, 2010

Tipu helah MLM - Pengalaman mengenakan budak2 MLM


Cerita ini di petik daripada (http://www.mlmscam.net/site/one-team/cara-penipuan-one-team#comment-2930)

Aku ada satu pengalaman simple dan ringkas pasal One Team ( Family Club )

Benda ni memang daripada informasi kawan-kawan juga . My Old friend masa belajar di UNITAR dulu. Lama x dengar cerita.

Situasi :
Lokasi perjumpaan : Kelana Jaya
Gender dia : Female
Datang dengan : Lelaki macho smart ( Mcm bos )
hari ? : Sabtu
Kereta ? : kancil merah.
Motif perjumpaan : Lama x dengar berita , nak cerita pasal biz
Prospek : AKu dan kawan aku .

Datang dengan megah sambil memperkenalkan upline beliau. Aku dengan kawan aku senyum .

Aku pelawa order makan, the girl kata masih kenyang. Aku offer aku belanja.Dia pun order.

kemudian kami sembang kosong dalam 5 minit sambil mengenangkan masa belajar dulu. Kawan aku ketawa. Mamat macho tu asyik nak kontrol hensem.

Minah ni bukak cerita tanya aku kerja apa sekarang. Aku kata aku makan gaji . Kawan aku ketawa. Aku tanya dia kerja apa . Dia kata buat bizness. so aku assume dia akan tertunggu-tunggu aku tanya bizness apa , so aku tak teruskan . Aku tanya kawan dia , kerja apa ? dia kata sama mcm the gurl , buat bizness. Then kawan aku tanya , what business u do?

Lagging dalam 3-4 saat baru lelaki macho tu kata . Pernah dengar One Team? Kawan aku buat jokes " formula One pernah dengar, One Team ni tak pernah dengar. Kami dari ****** club . club ini under One team . Kawan aku menyapa lagi , apa kaitan that club,one team and your biz?

Mungkin disebabkan malu nak cakap biz mlm punya konsep takut nanti orang x suka nak dengar. dia pun cuba mempelbagaikan konsep2 kebungaan.

That macho guys cuba menunjukkan file beliau, kereta-kereta mewah siput car dan juga orang-orang yang sudah berjaya dan memilikinya. sembang beliau bahawa dengan bersahaja kerja boleh jana pendapatan 8k sebulan , tak perlu susah-susah nak bangun awal pagi , tak perlu risau dimarahi bos. Tiap-tiap minggu ada aktiviti club , kita enjoy sambil buat duit. Minah kawan aku tu duk kata " Betul,betul,bet ul,betul dari tadi" .

kawan perempuan aku tadi tu dengan bangganya mengatakan bahawa gaji bulanannya mencecah RM5k!. Kawan aku ketawa. Lelaki macho tu cuba meyakinkan lagi dengan hujah sampahnya kepada kami .

Makanan sudah sampai. Kami makan sambil bersembang lagi. Minah tu mengusik aku soal perkahwinan. tanya aku bila nak kawin ? aku balas aku dah kahwin tahun lepas . Setelah proses makan tamat . Aku mengusik minah tu

Gaji 5k belanje la kami. bukan selalu dapat jumpa. Minah tu terpandang-pandang upline dia. Kawan aku menyindir dengan perkataan betul,betul .

Minah tu kata , ala u kata tadi nak belanja , itu sebab i order.

Kawan aku panggil cashier. dia minta kira asing , dia bayar yang dia makan , total RM33 dia makan sorang. Aku punya murah sikit RM 28. Aku pun bayar . Minah tadi cuba merunggut dekat cashier yang makanan dia dan upline dia aku kena bayar. Upline dia senyap saje. Dekat situ je aku dah nampak , gaji 5k pun x mampu nak bayar makanan tu , mcm mana nak beli siput car? Aku saje nak tengok gerak geri mereka yang bangga dengan corak penipuan, mereka mempunyai cita-cita yang tinggi tetapi usaha mereka berada di tempat yang salah.

Aku dengan nada bergurau bersahaja pun membayar makanan mereka berdua RM45 . Cuma Rm45 pun tak mampu nak mempertahankan maruah mereka yang berstatus gaji 4 angka. Lawak betul.

Aku pun menghulurkan biz card kepada mereka berdua .
seterusnya aku perkenalkan yang sebelah ni sebenarnya my finance manager company aku dan aku adalah Director untuk company tersebut .

Sebenarnya aku dengan kawan aku dah berpakat, kalau biz mlm memang kita nak kenakan diaorang. Biasa lah MLM NETWORKING nih sembang menggunung , tapi hasil entah kemana .

Aku sebenarnya hairan kenapa orang-orang mlm lebih terjerumus menayang wang ringgit/kereta/ untuk tatapan umum? dan mengatakan mereka sudah berjaya! Betul berjaya ? Benar berjaya ? Aku rasa mungkin dah terkena culture shock . dapat duit terus tangkap gambar,letak dekat facebook,buat blog.

Moral this story : One team memang tiada maruah .