Bahasa Malaysia Bahasa Serawak
Awak buat apa? - Apa polah kitak?
tak de apa - sekda papa
Nak pegi mana? - Mok pegi siney?
nak gi bandar - mok gi pasar
Tak nak makan ker? - Sik mok makan kah?
tak nak la - sik mok eh
Sekarang pukul berapa? -Kol berapa dah kinek tok?
manalah saya tahu - Ney la kamek tauk
Awak tau tak? - Kitak tauk sik?
Saya tak tahu - Kamek sik tauk
Saya sayang awak - Kamek sayang kitak
Awak jangan lah tipu saya - Kitak jangan nak berbulak ngan kamek
Sombongnya awak - Lawanya kitak
Siapa nama awek/pakwe awak tu? - Sapa nama gerek kitak ya?
Malam ni team mana main bola? - Malam tok team ney main bol?
Apa korang cakap ni? - apa dipadah kitakorang tok?
Berapa harga air ni? - Berapa rega aik tok?
Sedapnya ayam goreng tu - Nyamannya manok goreng ya
Saya nak ke sana - Kamek mok gi sia lok
Diaorang tu budak kelas mana? - sidak ya nemiak kelas ne?
Ramai orang datang malam tadi - Rami orang datang malam tek
Saya sibuk dengan kerja sekarang - Kamek gago ngan keja nek tok
Janganlah gelak - Ibohlah tetak
Kalau datang nanti bawa sekali buku tu - mun datang kelak embak buku ya sekali
Pening kepalaku - Angol palak kamek
marilah kita melawat nenek - Ju kita gi ngabas nenek
Potong bawang pakai pisau tajam - potong bawang pake pisok tajam
betul awak cakap tu - menar kata kitak ya
yer la - aok la
Letihnya! - Kepak eh!
Balik dulu ya - Balit lok eh
Cantik kucing tu - Kacak pusak ya
Poyo lah awak ni - Gambong kitak ya
Gatal la orang tu - Kenja orang ya
Ini adalah antara contoh ayat2 yang biasa digunakan dalam seharian..tapi kalau ada yang nak tahu lagi, sila lah bertanya.Insyallah saya akan translatekan dan masukkan ke dalam list di atas. Selamat belajar!!