Salam
Pada 5 Mac yang lalu, aku merantau ke Pulau Pangkor kerana mengikuti Final Camp budak FSR Arau, di bawah pimpinan En. Khairul Amri, pensyarah outdoor FSR Perlis.Tempatnya di Teluk Sekadas, Pulau Pangkor. Aku berada di situ selama 2 hari 2 malam bersama Latip.
Perkhemahan bermula pada 4 Mac sehingga 9 Mac.Perkhemahan ini disertai oleh 54 orang pelajar Part 2 SR113 Arau, 40 orang instructor, 4 Penyarah, Abg Boboy (Shukori) dan Akma (kawan Boboy) 2 staff unit kesihatan dan 4 orang alumni FSR Arau. Antara aktiviti selama 2 hari tersebut adalah Camp Craft, Sea Kayakking dan Jungle Trekking. Dalam pada malam terakhir aku di situ, ada aktiviti Survival.
Pendekatan yang diguna pakai oleh perkhemahan ini adalah berkonsepkan 'User Friendly'. Xder istilah 'panas' dalam khemah ini, xde marah2, cuma arahan yang diberikan tegas. Impaknya sangat memberangsangkan dimana peserta 'perform well' kerana kurangnya mental pressure daripada instructor. Mereka melakukan semua aktiviti dengan berkesan dengan ciri-ciri keselamatan juga dititikberatkan. Cuma ada beberapa kelemahan yang boleh di perbaiki lagi seperti mempelbagaikan jenis ikatan, cara briefing.. Pada keseluruhannya, perkhemahan ini di handle dengan baik oleh Instructor yang terdiri daripada pelajar senior Diploma SR113 Part 3-part 6 FSR Arau.
Sepanjang aku berada di sana, aku sempatlah merasa berkayak, join lemak manis, mandi laut, trekking ke teluk batik sampai ke pekan Pangkor,tengok budak survival. Pada keseluruhannya, bagi pendapat aku, perkhemahan ini bolehlah di anggap berjaya walaupun tanpa konsep "panas" atau marah-marah. Mungkin selepas ini, jika ada perkhemahan kita cuba tukar konsep kepada konsep seperti ini. Itu sahaja cerita aku di Pulau Pangkor.

Khemah Pusat

Suasana di dalam Khemah Pusat ketika makan

ketika sesi rampasan barang

Trekking

Khemah pusat

Pemandangan Teluk Sekadas dari Khemah Pusat

Budak2 tengah pasang Banner Camping