Tuesday, October 6, 2009

Destinasiku: Kapal Layar S.P.S Puteri Mahsuri


Salam semua

Pada 3 Oktober 2009(sabtu) yang lalu, aku telah mengikuti satu trial program anjuran Wilderness Centre di atas kapal milik Halim Mazmin, bos besar WC. Kapal tersebut terdahulunya berada di Langkawi ketika aku praktikal disana kini berada di Port Klang dan beroperasi di sana sejak sebulan lalu. Jadi program sailing ini di anjuran oleh staff-staff WC yang masih tinggal. Objektif program ini adalah untuk melatih peserta tentang skill-skill mendaki tiang layar,menurunkan layar,menarik tali layar dan kemudiannya menggulungkan semula layar tersebut. Ianya memerlukan anda untuk memanjat tiang setinggi 50 meter dari deck kapal untuk membuka ikat layar dan naik semula untuk menggulungnya.

Program ini bermula daripada pukul 8 pagi..seawal 7 pagi aku dan Latip bergerak ke jeti Pulau Ketam Port Klang untuk menunggu kehadiran peserta-peserta lain dan bergerak sekali. Pada pukul 8.30pagi kami telah sampai dan naik ke atas kapal yang diberi nama S.P.S Puteri Mahsuri. Seterusnya kami diperkenalkan dengan krew-krew kapal dan kapten kapal sebelum kami di beri Introduction Briefing.Kami dibawa ke semua bahagian kapal tanpa ada halangan. Saloon(ruang rehat utama),Galley (Dapur),Bilik-bilik krew,Bilik Vip,Kantor Kapten,Surau,Lower Deck, Upper Deck dan macam-macam lagi. Selepas itu kami di brief tentang langkah keselamatan diatas kapal. Seterusnya kami bermula dengan aktiviti Climbing. Kami semua menggunakan set Harness untuk memanjat ke atas dan saya volunteer untuk naik ke Top Sail Gailey (Tiang bahagian atas sekali) bersama 3 orang lagi peserta. Apabila sampai di atas, aku membuka ikatan pada kanvas layar. Selepas itu kami turun ke deck dan meneruskan aktiviti yang dinamakan Deck Rope. Selepas melepaskan ikatan kanvas layar tadi, kami hendaklah menarik tali yang berada di Portside dan Starboard side kapal. Kalau tak di tarik,layar tersebut tidak akan turun.

Makan tenghari dihidangkan pada pukul 1 tengahhari.Selepas makan dan solat asar,kami dikehendaki menarik semula tali berkenaan dan memanjat semula untuk menggulungkan kanvas layar tersebut.Aktiviti ini berakhir pada pukul 5.30petang dan sementara menunggu teksi bot sampai,kami terlibat dalam sesi Feedback untuk mendapatkan feedback tentang program ini.Lastly, kami diberikan Sijil Penyertaan sebelum kami balik ke jeti.

Terima Kasih kepada semua Staff yang terlibat terutamanya Tan Cheng Huat(bekas supervisor kami di WC Langkawi), Radzfar Suaib, Azrol Zamri (Janggut), Norhaida Mohd Khairi dan Faizal.
























2 comments:

  1. Hai masa pasang layar tak ada ke nampak patung perempuan, orang kat setiap kapal besar ada dibekalkan patung yg menyerupai kaum perempuan. al maklumlah mereka kalau belayar berbulan tak jumpa darat.....

    ReplyDelete
  2. hai.
    maaf, cuma nak betulkan nama kapal adalah STS bukan SPS..hehe..
    n saya sangat merindui waktu dalam kapal..

    *all hands on sailing station..
    all hands on sailing station....!!

    ReplyDelete