Wednesday, December 30, 2009

Baru baik denggi



aku dah pun baik dari demam denggi..3 malam kat hospital da..thanks to En.Hisyam and family( Kak Liza masak sup ketam, TQ!) and thanks kepada Echa masakkan bubur dan sudi datang melawat kat Hospital.)

Tuesday, December 15, 2009

Transform!



Bertukar wajah kerana terbabas di Janda Baik tempoh hari menyebabkan beberapa bahagian motosikal buruk aku pecah dan rosak..Kos mencecah RM200...(abis elaun camping aku...huhu)

Thursday, December 3, 2009

Cikgu,tolong bagi markah

Salam Cikgu-cikgu, tolong bagi markah bagi karangan-karangan ini

Karangan 1


Karangan 2


Karangan 3



Sila sertakan markah anda dalam komen2 anda.

Karangan 1:
Karangan 2:
Karangan 3:

Monday, November 23, 2009

Ada Bran??





Apize


Dasri


Mazlin


Rafsan


Yazilah


Kami sudah,anda bila lagi??

Wednesday, November 18, 2009

Friday, November 13, 2009

Hampir Kehilangan..


Aku baru sahaja balik dari tugasan di Langkawi..Satu kejadian nyawaku terancam ketika berada di Cable Car Langkawi. Terkandas hampir 2 jam di platform atas kerana hujan dan petir..satu ketika petir menyambar hampir-hampir di tempat aku berdiri. Ketika aku berjalan menaiki tangga, tiba-tiba cahaya yang terang dapat kulihat di bahu kiri aku dan berbunyi letupan yang 'spark'. Hanya lebih kurang 10 meter dariku..alhamdullillah aku tiada apa-apa..

Hari ni aku hampir kehilangan orang kesayangan aku oleh kerana kebodohan aku sendiri..syukur dia masih boleh menerimaku..tidak ku sia-siakan peluang yang ada kali ini dan ku memohon ampun dari-NYA kerana dosa-dosa aku telah buat selama aku hidup di dunia ini. Sesungguhnya aku hanya insan yang lemah ya Allah..

Friday, November 6, 2009

Destinasiku: Langkawi 3

PULAU LANGKAWI



PANTAI CHENANG





Salam

Destinasiku seterusnya ialah ke Pulau Langkawi bermula 7-11 November ini dan menginap di resort kat Pantai Chenang. Ini adalah kali ke-3 aku ke Pulau Langkawi pada tahun ini. Tujuan aku kali ini adalah bekerja dibawah Teamtact mengikuti program Team Building yang akan dianjurkan di sekitar Pulau Langkawi. Peserta terdiri daripada jururawat dan pembantu perubatan seramai 78 orang. Program mereka akan bermula dari 9-11 November ini. Kehadiran aku ke Pulau Langkawi ini telah mengingatkan aku kenangan bersama rakan-rakan aku semasa praktikal di WC dulu. Mungkin kali ini aku akan borong barang dari Langkawi untuk dihantar ke Sarawak...biznez..

Thursday, October 29, 2009

Setia Eco Park





Salam...mesti tertanya2 kenapa aku memaparkan post ini kan...hari tu aku ada interview kerja di sini..if terpilih akan pergi ke 2nd Interview..jawatan? Recreation Executive..doakan yang terbaik!

Friday, October 9, 2009

Google Earthkan rumahku!


Gambaran kawasan Rumah ku di Piasau Jaya Miri


Gambaran Bandar Miri


Sarawak Ibu Pertiwiku


Shah Alam, diriku disini

Tuesday, October 6, 2009

Destinasiku: Kapal Layar S.P.S Puteri Mahsuri


Salam semua

Pada 3 Oktober 2009(sabtu) yang lalu, aku telah mengikuti satu trial program anjuran Wilderness Centre di atas kapal milik Halim Mazmin, bos besar WC. Kapal tersebut terdahulunya berada di Langkawi ketika aku praktikal disana kini berada di Port Klang dan beroperasi di sana sejak sebulan lalu. Jadi program sailing ini di anjuran oleh staff-staff WC yang masih tinggal. Objektif program ini adalah untuk melatih peserta tentang skill-skill mendaki tiang layar,menurunkan layar,menarik tali layar dan kemudiannya menggulungkan semula layar tersebut. Ianya memerlukan anda untuk memanjat tiang setinggi 50 meter dari deck kapal untuk membuka ikat layar dan naik semula untuk menggulungnya.

Program ini bermula daripada pukul 8 pagi..seawal 7 pagi aku dan Latip bergerak ke jeti Pulau Ketam Port Klang untuk menunggu kehadiran peserta-peserta lain dan bergerak sekali. Pada pukul 8.30pagi kami telah sampai dan naik ke atas kapal yang diberi nama S.P.S Puteri Mahsuri. Seterusnya kami diperkenalkan dengan krew-krew kapal dan kapten kapal sebelum kami di beri Introduction Briefing.Kami dibawa ke semua bahagian kapal tanpa ada halangan. Saloon(ruang rehat utama),Galley (Dapur),Bilik-bilik krew,Bilik Vip,Kantor Kapten,Surau,Lower Deck, Upper Deck dan macam-macam lagi. Selepas itu kami di brief tentang langkah keselamatan diatas kapal. Seterusnya kami bermula dengan aktiviti Climbing. Kami semua menggunakan set Harness untuk memanjat ke atas dan saya volunteer untuk naik ke Top Sail Gailey (Tiang bahagian atas sekali) bersama 3 orang lagi peserta. Apabila sampai di atas, aku membuka ikatan pada kanvas layar. Selepas itu kami turun ke deck dan meneruskan aktiviti yang dinamakan Deck Rope. Selepas melepaskan ikatan kanvas layar tadi, kami hendaklah menarik tali yang berada di Portside dan Starboard side kapal. Kalau tak di tarik,layar tersebut tidak akan turun.

Makan tenghari dihidangkan pada pukul 1 tengahhari.Selepas makan dan solat asar,kami dikehendaki menarik semula tali berkenaan dan memanjat semula untuk menggulungkan kanvas layar tersebut.Aktiviti ini berakhir pada pukul 5.30petang dan sementara menunggu teksi bot sampai,kami terlibat dalam sesi Feedback untuk mendapatkan feedback tentang program ini.Lastly, kami diberikan Sijil Penyertaan sebelum kami balik ke jeti.

Terima Kasih kepada semua Staff yang terlibat terutamanya Tan Cheng Huat(bekas supervisor kami di WC Langkawi), Radzfar Suaib, Azrol Zamri (Janggut), Norhaida Mohd Khairi dan Faizal.
























RUMAH TERBUKA LAN DAN RUMAH TERTUTUP USTAT

Salam Aidilfitri

Pada 4 Oktober(Ahad)aku dan beberapa rakan dan alumni PERLU pergi ke rumah terbuka Azlan 'perjalan' dan rumah tertutup saudara Firdaus a.k.a Ustat 'Barakah'. Antara yang turut serta ialah Lenny,Zaza(anak buah Lenny),Boxer,John,Ustat,Angah,Nadia daripada Shah Alam dan diikuti Dilla,Lan,Yasir,Anis,Yus,Abg Malin n family.Last sekali Abe muncul ketika kami lepak minum di kedai makan NZ di Ampang sambil menonton Arsenal membelasah Blackburn yang sengal itu.. Ini adalah antara gambar2 aktiviti hari tersebut..


Rumah Lan





Rumah Ustat








Restoran NZ