Tuesday, July 29, 2008

PERLU - Bukit Cerakah:1st Camp Julai 2008

Pada 25-27 julai yang lalu, aku mengikuti 1st Camp budak2 junior Diploma FSR yg mengambil subjek dibawah kendalian En. Hisyam Che Mat. Aku ditugaskan sebagai Fasilitator yang menjaga disiplin peserta2 camping kali ini.

Tugas aku bermula dengan kejadian "kurang belajar atau kurang belajar" seperti cerita dari blog teamtact. Ketika kejadian, aku, boyington dan rafsan berada di sana(stor rekreasi) dan melihat dan mendengar sendiri perbuatan kurang ajar ini. Selepas rafsan menegur perbuatan itu, aku terus brief tentang etika dan disiplin ketika camping kepada peserta2. Aku hanya sempat memberitahu tentang etika pemakaian, hormat-menghormati, niat belajar dan kemudiannya aku diberitahu bahawa bos memberi arahan supaya kita tidak terlibat dalam 1st camp ini.Mereka tak perlukan PERLU..mereka boleh buat sendiri..jadi we left the tempat kejadian.

Hari pertama camping ni adalah hari yang paling senggang kerana kami hanya boleh melihat gelagat2 peserta yang pandai dan tak memerlukan PERLU untuk menjalankan aktiviti. Dari apa yang aku lihat tanpa kelibat 2 orang pelajar yg rajin itu, mereka semua tidak boleh melakukan camp craft sebaik itu. Semuanya bergantung dengan 2 peserta ini. Banyak kesalahan2 yang aku dapati pada peserta2 tapi aku hanya boleh melihat dan membiarkan mereka yang tak dengar arahan itu. Baju tak "tuck in", penggunaan selipar, time management yg teruk,penggunaan handphone dan lain2...sungguh berat mata memandang keadaan itu.

Di sebelah malam,satu sesi perkenalan bersama fasilitator dan peserta di surau. Ada pelajar yang masih tidak mengendahkan dan tidak berminat untuk mengenali facilitator yang mengorbankan masa untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan adik2 atau junior. Sebaliknya ada peserta yang mempersendakan aku dengan mengulangi aksi aku ketika memperkenalkan diri. Seorang peserta memetik kata2 aku "nama saya anu...ada soalan?" dan "saya dalam rekreasi utk dekati alam". Aku melihat jelas perbuatan tersebut kerana ketika itu aku berada di tepi tangga surau. Dia ingat aku tak nampak la...

Selepas itu, mereka menjalankan aktiviti Solo Walk. Kebanyakan mereka masih tidak mengerti tentang penggunaan Password : Jalan - Kubur.. ini terjadi kerana "facilitator baru" yg bertugas ketika itu tidak menjelaskan lagi tentang penggunaan password itu. Jadilah bercelaru. Cakap tak perlukan PERLU..

Hari kedua- Bersambung...To Be continue...

No comments:

Post a Comment