Situasi kembali kepada plan asal...Wilderness Centre..semalam semasa taklimat praktikal bersama ketua program, pelajar yang praktikal di WC Langkawi akan terus praktikal di sana selepas perbincangan antara ketua program dan pihak pengurusan WC. Esok, kami akan berangkat ke Langkawi. 8 orang - 6 lelaki 2 perempuan akan mengharungi latihan praktikal di WC Langkawi. Insyallah kali ni jadi..
dengan peluang ini, dapatlah aku mempelajari ilmu outdoor di WC...aku akan pastikan aku akan berusaha untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman di sana semaksima yang mungkin. Setiap tempat ada kelebihannya masing-masing, begitu juga di WC..aku akan pastikan latihan praktikal di sana amat berbaloi dan berguna pada aku kerana aku telah mengambil jalan sukar.
Saturday, December 27, 2008
Thursday, December 25, 2008
Wednesday, December 24, 2008
Berita sedih
Salam
Baru tadi aku mendapat berita sedih dari ketua program..kami semua x jadi praktikal di Wilderness Langkawi kerana masalah dalaman mereka hadapi sekarang. Jadi kami telah ditempatkan oleh ketua program untuk praktikal di kawasana KL/Selangor sahaja..sungguh kecewa tapi tak mengapa, mungkin bukan rezeki kami di sana tapi di sini.

kategori
Pengumuman
Blog baru
Salam semua,
aku ada blog baru. blog ini tentang komputer. Hope blog ini boleh bantu semua. Log on to apizeworld.blogspot.com.
aku ada blog baru. blog ini tentang komputer. Hope blog ini boleh bantu semua. Log on to apizeworld.blogspot.com.
kategori
Pengumuman
Friday, December 19, 2008
Software basic utk Komputer anda!
Assalaumualaikum
Kali ini aku ingin berkongsi info tentang komputer. Sesuatu yang baru dalam blog aku, tapi ianya bukanlah perkara baru bagi aku. Aku telah menguasai sedikit ilmu komputer ini sejak aku darjah 6 lagi, ketika Windows 98 mula-mula diperkenalkan lagi. Kalau bab-bab format PC/Laptop, itu memang aku dah biasa buat sejak diploma lagi,aku telah menbuat servis komputer di kolej,fakulti untuk pelajar yang perlukan bantuan, dengan sedikit bayaran dikenakan untuk dibuat perbelanjaan harian aku. Selain itu, aku juga ada menyediakan khidmat Printing di bilik aku semasa di kampus Sarawak dahulu. Pendapatannya agak lumayan, boleh katakan setiap hari aku berduit wlaupun aku hanya meletakkan harga paling minimum (kerana saingan dari org lain).Di Shah Alam, aku pernah bekerja secara sambilan di sebuah CC di Seksyen 2 selama 1 tahun. Di situ aku menjaga CC siang dan malam, selepas kelas dan hujung minggu. Aku juga membuat servis komputer disana. Sekarang aku masih lagi menjalankan khidmat format PC/Laptop, membuang Virus dan servis lain. Tidaklah sehebat mana,hanya basic application dan software yang aku bolejh sediakan.
Ok, untuk pertama kalinya, ini aku ingin berkongsi dengan pembaca blog tentang software terbaik yang anda patut install dalam sistem komputer anda. Hanya untuk pengguna Windows XP dan Vista sahaja, mungkin ini yang terbaik bagi aku setakat ini:-
Antivirus:
1. Kaspersky Antivirus 2009 (KAV09)@ Kaspersky Internet Security 2009(KIS09)
(Pengguna internet yang kerap, digalakkan menggunakan KIS09)
2. Virus Guard version 1.5 ( membantu detect virus yang x boleh Kaspersky kesan)
Burner Tools:
1.Nero Ultra Edition HD 8.3.2.1 (untuk burn CD/DVD, wave editor dll.)
Compression Tools:
1.WinRAR 3.71
Media Application:
1. Boafeng (Player + Codec) - Full codec
2. Gom Player - player yang ringan dan baik
3. Power Dvd 7 - mainkan movie dari CD/DVD
4. Winamp 5.5 Pro @ Leolyrics Plugins ( latest, boleh modify & Lyrics dari internet)
5.Windows Media Lite (Media Classic player)
6.Windows Media Player Pro 11 (update dari WMP 10)
7. FLV Player (mainkan semua jenis video .flv)
8.QuickTime 7.4.5 (untuk file .3gp)
9. Real Player 11 Gold ( tgk movie & download video dr internet - youtube dll)
10. VLC Media Player (Radio internet percuma - Hot.Fm, Red.fm dll)
Office Application:
1. Microsoft Office 2007 (all in one)
2. Adobe Reader 9.0 @ Foxit Reader (utk file .pdf)
3. E-Kamus Versi 5.01 (kamus English- Melayu)
Internet Application:
1. Firefox 3.0.5 @ Google Chrome 0.3 (internet browser)
2. Vuze 4.0 (download torrent file)
3.Limewire Basic 4.18 (file sharing, P2P - mp3, video,image)
4. Free Download Manager 2.5 (download file, boleh pause and resume download)
5. Yahoo Messenger 9.0 ( Instant Mesengger- Chat)
6. Window Live Messenger 8.1 (Instant Messenger)
Photo Application:
1. ACDSee 9.0 (open image file)
2. Portable Foto Sketcher ( modify image)
System Tools:
1. CClearner 2.14.763 ( bersihkan file dan regedit file yang x perlu dalam system,pc maintainence)
2. Tune Up Utillities 2009 (menukar theme,icon,cursor sistem & pc maintainence)
Windows XP Application Updates:
Ok, untuk PC/Laptop yang baru diformat, aplikasi aplikasi ini adalah penting untuk anda install,update atau download.
1. Microsoft .net framework 2.0 (update sistem XP)
2. Microsoft .net framework 3.5 (update sistem XP)
3. Flash Player 10 ( update flash player utk internet)
4. ShockWave Slim Installer
5. Microsoft Direct X 9.0 [November update] ( untuk sistem grafik komputer anda)
Gaming Application:
Untuk penggunna yang kaki game, ini adalah aplikasi yang penting untuk memastikan komputer anda boleh main game-game yang latest.
1. Direct X 9.0 [Nov Update] - cari yang paling latest
2. Alchohol 120% @ Deamon Tools 4301 Lite (utk keperluan sesetengah game)
3. Powerstrip 3.61 [free edition] - Untuk meningkatkan power dan prestasi komputer dan kad grafik ketika bermain game (overclock)
4. Ram Cleaner 3.2 ( Memastikan RAM anda cukup tinggi bila bermain game)
Ini adalah semua aplikasi-aplikasi basic untuk komputer anda semua. Dengan adanya software ini, anda tiada masalah dalam melakukan kerja anda, melayari internet, tengok movie. dengar lagu dan bermain game. Untuk advance user, mereka pasti tahu apa lagi aplikasi yang patut mereka install ke dalam sistem komputer mereka. Inilah aplikasi dan software boleh saya sediakan untuk sesiapa yang ingin format PC/Laptop pada saya.
Untuk download aplikasi dan software ini sendiri, anda boleh melayari laman web yang tertera pada bahagian "Interesting website for you" di bawah lawan web blog saya ini.
p/s : semua aplikasi ini adalah tertakluk kepada keadaan semasa ketika saya membuat artikel ini. Anda bolehlah memuat turun semua aplikasiterbaru dari masa ke semasa.
kategori
Komputer
Wednesday, December 17, 2008
INFO KESIHATAN : RESDUNG
Resdung -- Dapatkan rawatan segera
Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
ADAKAH hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair? Jika ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis. Walaupun ia boleh dirawat, pengesanan penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses pengubatan. Lagipun, resdung pada peringkat parah bukan sahaja memerlukan pembedahan, malah ia mungkin membawa kepada penyakit lain yang lebih serius seperti barah.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Katanya, kegagalan merawat alahan itu akan membawa kepada gejala resdung dan penyakit-penyakit yang lebih merbahaya di dalam rongga sinus. Resdung bukan penyakit tetapi gejala penyakit yang mesti diselidiki dengan tepat untuk mengetahui penyebab bagi rawatan yang sepatutnya
Berdasarkan ujian ke atas daging yang dikeluarkan daripada rongga sinus beberapa pesakit resdung, ada yang disahkan penyakit TB, kanser, kulat, virus dan bakteria,''katanya semasa menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menurut beliau, apabila seseorang mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Katanya, daging atau dinding luar dan dalam hidung yang bengkak akan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal. Malah, jangkitan resdung boleh merebak ke bahagian otak dan mata yang akhirnya menyebabkan seseorang menjadi buta.
Untuk mengesan pesakit resdung, kaedah endoskopi digunakan yang mana tiub kecil dan sumber cahaya akan dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan yang lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya yang terdapat di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala resdung. Jika hingus di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat dan basi, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan yang mana bibir atas di potong untuk keluarkan daging yang tersumbat di dalam sinus,'' katanya.
Tambah Dr. Isa, bahan yang dikeluarkan daripada ruang sinus akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, kata Dr. Isa, sebanyak 90 peratus daripada alahan ini pula disebabkan apa yang ada di rumah seperti di bawah selimut, bantal, tilam dan binatang peliharaan. Di samping itu, katanya, sesetengah orang pula alah pada bedak herba, ubat-ubatan, buah-buahan seperti nanas, epal, tomato, badam dan lain-lain.
Bagaimanapun, katanya resdung tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Tetapi, masalah alahan boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.
Untuk mengatasi masalah alahan, amalkan petua berikut:
1) Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.
2) Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).
3) Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang. Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
4) Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik
5) Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.
6) Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.
7) Selalu basuh barang permainan yang lembut.
8) Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.
9) Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.
10) Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.
11) Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.
12) Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya.

kesihatan
Tuesday, December 16, 2008
The Day The Earth Stood Still : Pengajaran disebalik cerita
Inilah pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita ini - Kerana sikap manusia yang suka memusnah,telah memusnahkan bumi menjadikan bumi semakin nazak sekian hari. Bumi semakin hari semakin uzur disebabkan sikap manusia yang berlumba-lumba untuk membangunkan bandar-bandar besar, memusnah tumbuhan dan habitat haiwan, mengganggu keseimbangan ecosistem dan sistem bumi yang lain, menyebabkan 'planet kita,bumi' ini menjadi semakin teruk.
tetapi persoalaannya, planet kita kah ini?? di dalam cerita ini, Klaatu telah menyatakan bahawa bumi bukanlah planet kita, tetapi planet untuk kehidupan kompleks seperti manusia, haiwan dan tumbuhan dan lain-lain. Ia bukannya milik kita yang boleh kita buat sesuka hati kita. Kita lupa bahawa planet ini kita kongsi bersama,tetapi kita telah memusnahkan hidupan lain hanya untuk kebaikan manusia. Jadi memanglah kita bangsa tamadun yang suka memusnah! (destructive human race)
Dijadikan cerita, Klaatu datang dengan sebuah kapal angkasa berbentuk spera bercahaya (biologi spaceship) dan Gort sebuah robot biologi besar yang badannya daripada bahan yang lebih keras dari berlian yang bertindak jika Klaatu atau sendiri dalam bahaya serangan oleh tentera Amerika. Mereka mendarat di Central Park di Manhattan (tempat yang sama yang dilanda oleh raksaksa didalam cerita Cloverfield) dalam bentuk bukan manusia,selepas itu Klaatu berubah menjadi manusia untuk menyelami manusia dan bangsanya. Beliau datang untuk berunding dengan Ketua seluruh bangsa manusia, tetapi gagal kerana pihak Amerika yang bongkak dan sombong menahan beliau dan menyoal siasatnya.
Oleh sbb itu, Klaatu mengambil keputusan untuk meneruskan niatnya untuk memusnahkan manusia dari muka bumi, sebelum itu, Klaatu menghantar banyak lagi kapal angkasa speranya ke seluruh pelusuk bumi. Kapal Angkasa itu mengambil dan membawa masuk semua jenis haiwan dan tumbuhan(darat dan laut) untuk diselamatkan dari bumi sebelum Klaatu memulakan gelombang memusnahnya. Gelombang memusnahnya bermula apabila Gort bercerai badannya menjadi berjuta-juta kumbang yang lebih keras dari berlian mula terbang di bumi dan memakan,menghancurkan dan melenyapkan manusia,bangunan,kereta dan segala insfrastruktur yang berada di laluannya.
Diakhir cerita itu, Klaatu telah berjaya dipujuk oleh seorang wanita ahli astrobiologist yang telah bersama Klaatu sejak kedatangannya ke bumi, memujuk dan menerangkan dan percaya yang manusia boleh berubah dan meminta peluang untuk berubah jika tidak dimusnahkan. Disebabkan itu, Klaatu memberhentikan gelombang pemusnah itu dan terus beredar dari bumi bersama semua kapal angkasanya.
Pengajarannya- Manusia hendaklah berubah, jagalah bumi dari kemusnahan yang kita sendiri sedang lakukan. Manusia semakin mengejar kemajuaan sampai lalai dan leka, memusnahkan hutan dan ekosistemnya,mencemarkan dan memusnahkan bumi dengan semua jenis rekaan manusia. Sedarlah bahawa kita memang betul-betul sedang memusnahkah bumi. Bumi semakin nazak! Bumi bukanlah milik manusia, tetapi semua mahkluk Allah SWT yang hidup di muka bumi ini.
Pada pendapat saya, cerita ini ada sedikit persamaan dengan seperti mana yang di sampaikan di dalam Al-Quran tentang hari akhirat yang akan berlaku nanti. Idea pengarah filem ini menjurus kepada kedatangan hari kiamat ataupun 'doomsday'. Antara persamaannya idea yang ingin digambarkan oleh pengarah filem ini ialah kedatangan Gort, bermata satu serupa dengan seperti yang diperkata di dalam Al-Quran, Dajal bermata satu. Satu lagi ialah gelombang pemusnah seakan-akan Tiupan Sangkakala malaikatmaut tetapi sebenarnya ia tidak dapat mengambarkan apa yang akan betul-betul berlaku di hari Kiamat nanti.
Saksikanlah cerita ini, kerana ia akan membuatkan anda semua berfikir dan sedar akan apa yang berlaku pada manusia yang suka memusnah. Pada pendapat saya, semua orang patut menonton filem ini kerana ia memperingatkan manusia yang kian lalai dan leka ini. Selaras
dengan lagu Zainal Abidin - Hijau
Hijau
Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini
Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo
kategori
Movie
Sunday, December 14, 2008
PERLU: John Kemalangan!
Salam
Perhatian...Seorang lagi ahli PERLU telah mengalami kemalangan jalan raya semalam di Melaka. Saudara Hazriq atau dikenali sebagai JOHN telah terlibat dengan kemalangan motorsikal di Melaka pada malam semalam(sabtu). Beliau telah patah kaki tulang kering dan dijangkakan menjalani pembedahan pada hari ini (tadi). Marilah kita sama-sama doakan beliau cepat sembuh dan selamat. Amin
kategori
PERLU
Tuesday, December 9, 2008
Kebimbangan : Frisbee UiTM
Aku ingin luahkan kebimbangan aku terhadap sukan Frisbee di UiTM Shah Alam..
Aku sebagai Presiden yang bakal meletakkan jawatan selepas tamat tempoh penggal ingin menyuarakan kebimbangan terhadap sukan Frisbee di UiTm Shah Alam khususnya pasukan UiTM Lions sendiri. Perginya aku untuk praktikal, tiada siapa yang akan menguruskan dan memegang sukan ini kerana kebanyakan pemain-pemain adalah daripada kelas aku sendiri. Yang tinggal hanyalah pemain lain,yang kurang aktif.
Semester lepas aku mulai binggung kerana semakin kurang pemain-pemain Frisbee UiTM, kerana masing-masing sibuk dengan pelajaran. Yang tinggal hanyalah dari kalangan batch bekas pemain Frisbee Sarawak (ULTRAS) yang masih aktif, itu pun kerana kebanyakan mereka rakan sekelas dan juga serumah dengan aku.
Aku gembira seketika apabila Sukan Antara Fakulti (SAF) ada menawarkan sukan Frisbee sebagai salah satu sukan yang dipertandingkan semester lepas.Banyak pelajar dari pelbagai fakulit yang menyertai untuk mewakili fakuti masing-masing. Dengan harapan, selepas ini lebih banyak pelajar berminat untuk menyertai sukan ini dan lebih banyak pelapis untuk meneruskan kegemilangan UiTM Lions dalam sukan ini di Malaysia. Namun sangkaan aku meleset. Pelbagai usaha aku telah lakukan untuk menarik mereka untuk menyertai kami dalam persatuan dan latihan, tapi cuma sekerat dua yang tunjuk minat, tapi kurang aktif.
Apa yang paling aku takuti ialah, semester hadapan UiTM Lions tidak mempunyai pemain-pemain baru yang boleh mewakili UiTM Lions. Kegemilangan UiTM Lions sebagai antara pasukan terkuat di Malaysia akan hilang begitu saja kerana tiada pelapis. Adakah aku gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Presiden dan kapten pasukan? Adakah aku telah "membunuh" UiTM Lions? Di manakah singa-singa sekalian??
Aku harapkan Presiden yang baru akan dapat mengatasi masalah yang sedang dihadapi UiTM Lions ini. Semoga beliau dapat menarik lebih ramai lagi pelajar untuk menyertai Frisbee dan mewakili UiTM Lions. Semoga UiTM Lions akan dapat menjadi juara lagi di masa hadapan dan dapat meneruskan tradisi menganjurkan 'UiTM Frisbee Open' setiap tahun. Bangunlah wahai Singa-singa UiTM!!

Frisbee
Friday, December 5, 2008
Disember di Shah Alam`
Salam semua
Lama dah blog aku bersawang..xde cerita nak di kongsi. Tinggal aku di Shah Alam seorang. Cuti tapi x balik Sarawak. Stay je la sini. Sesiapa yang ada program, roger2 la kat aku yer..aku free jer
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
Blog Kamek
Sidak Blogger
-
-
-
happy dalam sedih....14 years ago
-
-
-
-
Blogger PERLU
-
New Year, New Place6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
In Memory.....SickBand13 years ago
-
-
-
Penantian13 years ago
-
Hari ke-4!!!13 years ago
-
Kisah Aku & Dia13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog nok Best2
Geng OLE
Berambeh
Wp Theme by Promiseringsdesigns | Blogger Template by Anshul