Tuesday, December 9, 2008

Kebimbangan : Frisbee UiTM

Aku ingin luahkan kebimbangan aku terhadap sukan Frisbee di UiTM Shah Alam..

Aku sebagai Presiden yang bakal meletakkan jawatan selepas tamat tempoh penggal ingin menyuarakan kebimbangan terhadap sukan Frisbee di UiTm Shah Alam khususnya pasukan UiTM Lions sendiri. Perginya aku untuk praktikal, tiada siapa yang akan menguruskan dan memegang sukan ini kerana kebanyakan pemain-pemain adalah daripada kelas aku sendiri. Yang tinggal hanyalah pemain lain,yang kurang aktif.

Semester lepas aku mulai binggung kerana semakin kurang pemain-pemain Frisbee UiTM, kerana masing-masing sibuk dengan pelajaran. Yang tinggal hanyalah dari kalangan batch bekas pemain Frisbee Sarawak (ULTRAS) yang masih aktif, itu pun kerana kebanyakan mereka rakan sekelas dan juga serumah dengan aku.

Aku gembira seketika apabila Sukan Antara Fakulti (SAF) ada menawarkan sukan Frisbee sebagai salah satu sukan yang dipertandingkan semester lepas.Banyak pelajar dari pelbagai fakulit yang menyertai untuk mewakili fakuti masing-masing. Dengan harapan, selepas ini lebih banyak pelajar berminat untuk menyertai sukan ini dan lebih banyak pelapis untuk meneruskan kegemilangan UiTM Lions dalam sukan ini di Malaysia. Namun sangkaan aku meleset. Pelbagai usaha aku telah lakukan untuk menarik mereka untuk menyertai kami dalam persatuan dan latihan, tapi cuma sekerat dua yang tunjuk minat, tapi kurang aktif.


Apa yang paling aku takuti ialah, semester hadapan UiTM Lions tidak mempunyai pemain-pemain baru yang boleh mewakili UiTM Lions. Kegemilangan UiTM Lions sebagai antara pasukan terkuat di Malaysia akan hilang begitu saja kerana tiada pelapis. Adakah aku gagal menjalankan tanggungjawab sebagai Presiden dan kapten pasukan? Adakah aku telah "membunuh" UiTM Lions? Di manakah singa-singa sekalian??

Aku harapkan Presiden yang baru akan dapat mengatasi masalah yang sedang dihadapi UiTM Lions ini. Semoga beliau dapat menarik lebih ramai lagi pelajar untuk menyertai Frisbee dan mewakili UiTM Lions. Semoga UiTM Lions akan dapat menjadi juara lagi di masa hadapan dan dapat meneruskan tradisi menganjurkan 'UiTM Frisbee Open' setiap tahun. Bangunlah wahai Singa-singa UiTM!!

5 comments:

  1. alooo kwn..

    dun u rmmber me?i told u bfore kan..i still can train the new comer..tp,comitment tu xleh nk bg 100%..tu je.but i still can help u..dun worry k..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah~ ktk jaga UiTM Lions k!

    ReplyDelete
  3. hello
    UKMKL akan mengadakan pertandingan frisbee..at 28feb 2009..
    if u@ ur group are interested, u can email@ ym me..jue_kiranazz@y.c..sy amat berbesar hati if uitm ada hantar group..we just want to promote dis new game to the public..tq...

    ReplyDelete
  4. kat mana ade jual frisbee area shah alam, takmo yang bebudak punya, nak yg besar cam uitm punya

    ReplyDelete