Friday, December 19, 2008

Software basic utk Komputer anda!

Assalaumualaikum

Kali ini aku ingin berkongsi info tentang komputer. Sesuatu yang baru dalam blog aku, tapi ianya bukanlah perkara baru bagi aku. Aku telah menguasai sedikit ilmu komputer ini sejak aku darjah 6 lagi, ketika Windows 98 mula-mula diperkenalkan lagi. Kalau bab-bab format PC/Laptop, itu memang aku dah biasa buat sejak diploma lagi,aku telah menbuat servis komputer di kolej,fakulti untuk pelajar yang perlukan bantuan, dengan sedikit bayaran dikenakan untuk dibuat perbelanjaan harian aku. Selain itu, aku juga ada menyediakan khidmat Printing di bilik aku semasa di kampus Sarawak dahulu. Pendapatannya agak lumayan, boleh katakan setiap hari aku berduit wlaupun aku hanya meletakkan harga paling minimum (kerana saingan dari org lain).Di Shah Alam, aku pernah bekerja secara sambilan di sebuah CC di Seksyen 2 selama 1 tahun. Di situ aku menjaga CC siang dan malam, selepas kelas dan hujung minggu. Aku juga membuat servis komputer disana. Sekarang aku masih lagi menjalankan khidmat format PC/Laptop, membuang Virus dan servis lain. Tidaklah sehebat mana,hanya basic application dan software yang aku bolejh sediakan.

Ok, untuk pertama kalinya, ini aku ingin berkongsi dengan pembaca blog tentang software terbaik yang anda patut install dalam sistem komputer anda. Hanya untuk pengguna Windows XP dan Vista sahaja, mungkin ini yang terbaik bagi aku setakat ini:-


Antivirus:
1. Kaspersky Antivirus 2009 (KAV09)@ Kaspersky Internet Security 2009(KIS09)
(Pengguna internet yang kerap, digalakkan menggunakan KIS09)
2. Virus Guard version 1.5 ( membantu detect virus yang x boleh Kaspersky kesan)

Burner Tools:
1.Nero Ultra Edition HD 8.3.2.1 (untuk burn CD/DVD, wave editor dll.)

Compression Tools:
1.WinRAR 3.71

Media Application:
1. Boafeng (Player + Codec) - Full codec
2. Gom Player - player yang ringan dan baik
3. Power Dvd 7 - mainkan movie dari CD/DVD
4. Winamp 5.5 Pro @ Leolyrics Plugins ( latest, boleh modify & Lyrics dari internet)
5.Windows Media Lite (Media Classic player)
6.Windows Media Player Pro 11 (update dari WMP 10)
7. FLV Player (mainkan semua jenis video .flv)
8.QuickTime 7.4.5 (untuk file .3gp)
9. Real Player 11 Gold ( tgk movie & download video dr internet - youtube dll)
10. VLC Media Player (Radio internet percuma - Hot.Fm, Red.fm dll)

Office Application:
1. Microsoft Office 2007 (all in one)
2. Adobe Reader 9.0 @ Foxit Reader (utk file .pdf)
3. E-Kamus Versi 5.01 (kamus English- Melayu)

Internet Application:
1. Firefox 3.0.5 @ Google Chrome 0.3 (internet browser)
2. Vuze 4.0 (download torrent file)
3.Limewire Basic 4.18 (file sharing, P2P - mp3, video,image)
4. Free Download Manager 2.5 (download file, boleh pause and resume download)
5. Yahoo Messenger 9.0 ( Instant Mesengger- Chat)
6. Window Live Messenger 8.1 (Instant Messenger)

Photo Application:
1. ACDSee 9.0 (open image file)
2. Portable Foto Sketcher ( modify image)

System Tools:
1. CClearner 2.14.763 ( bersihkan file dan regedit file yang x perlu dalam system,pc maintainence)
2. Tune Up Utillities 2009 (menukar theme,icon,cursor sistem & pc maintainence)

Windows XP Application Updates:
Ok, untuk PC/Laptop yang baru diformat, aplikasi aplikasi ini adalah penting untuk anda install,update atau download.

1. Microsoft .net framework 2.0 (update sistem XP)
2. Microsoft .net framework 3.5 (update sistem XP)
3. Flash Player 10 ( update flash player utk internet)
4. ShockWave Slim Installer
5. Microsoft Direct X 9.0 [November update] ( untuk sistem grafik komputer anda)


Gaming Application:
Untuk penggunna yang kaki game, ini adalah aplikasi yang penting untuk memastikan komputer anda boleh main game-game yang latest.

1. Direct X 9.0 [Nov Update] - cari yang paling latest
2. Alchohol 120% @ Deamon Tools 4301 Lite (utk keperluan sesetengah game)
3. Powerstrip 3.61 [free edition] - Untuk meningkatkan power dan prestasi komputer dan kad grafik ketika bermain game (overclock)
4. Ram Cleaner 3.2 ( Memastikan RAM anda cukup tinggi bila bermain game)



Ini adalah semua aplikasi-aplikasi basic untuk komputer anda semua. Dengan adanya software ini, anda tiada masalah dalam melakukan kerja anda, melayari internet, tengok movie. dengar lagu dan bermain game. Untuk advance user, mereka pasti tahu apa lagi aplikasi yang patut mereka install ke dalam sistem komputer mereka. Inilah aplikasi dan software boleh saya sediakan untuk sesiapa yang ingin format PC/Laptop pada saya.

Untuk download aplikasi dan software ini sendiri, anda boleh melayari laman web yang tertera pada bahagian "Interesting website for you" di bawah lawan web blog saya ini.

p/s : semua aplikasi ini adalah tertakluk kepada keadaan semasa ketika saya membuat artikel ini. Anda bolehlah memuat turun semua aplikasiterbaru dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment