Tuesday, December 14, 2010

Tahniah dan Happy Birthday Kakak!

Happy Birthday Sayings

Hari ini, tanggal 14 Disember 2010, merupakan ulangtahun hari lahir adikku, Hafizah Binti Hadran atau Kakak yang ke-18. Tahniah juga diucapkan kepada beliau kerana berjaya mendapat keputusan 3.50 (AD) dlm keputusan baru-baru ini. Beliau adalah pelajar semester pertama di UiTM Penang mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Teruskan usaha, tingkatkan lagi prestasi, enjoy your life! Happy birthday and tahniah kakak!





We all love you!

Tuesday, December 7, 2010

Destinasiku: Singapore 2nd Trip





Salam Maal Hijrah

Pada 15-17 September yang lalu, aku telah ke Singapore sekali lagi dalam tahun ini selepas 1st trip aku pada April lalu. Tujuannya sama, menyertai kejohanan terbuka Ultimate Frisbee, cuma kali ini Singapore Ultimate Open 2010 berbanding April lepas Singapore Single Gender Tournament 2010.

Ini adalah kali ketiga aku ke Singapore di mana kali pertama aku pergi pada tahun 2006, juga menyertai kejohanan terbuka Frisbee, Singapore Ultimate Open 2006. Apa specialnya kejohanan ini?

Sebagai pemain Frisbee, adalah impian untuk bermain di kejohanan besar yg melibatkan ramai pemain bertaraf antarabangsa. Alhamdulillah, 3 kali aku berkesempatan untuk menyertai kejohanan ini mewakili Malaysia. Pada kejohanan terbaru ini, aku bersama-sama rakan pasukan dari UiTM Lions telah bergabung dengan satu lagi pasukan dari Malaysia iaitu Carebears. Gabungan pasukan ini dikata terhebat di Malaysia memandangkan UiTM Lions merupakan ranking pertama di Malaysia disaat ini diikuti pasukan Carebears ditempat kedua.

Pada kejohanan kali ini, sebanyak 40 pasukan dari seluruh Asia telah menyertainya. Pasukan-pasukan terdiri daripada pasukan Australia, Jepun, India, Vietnam, Filipina, Thailand, Singapore dan Malaysia. Kali ini, Malaysia menghantar 3 pasukan termasuklah pasukan gabungan Lions-Carebears.








Kejohanan ini mengambil masa 2 hari 16-17september. Pasukan kami berjaya masuk ke Pool C dan mendapat naib johan Pool C. Kami mendapat tempat ke-18 keseluruhan daripada 40 pasukan bertanding. Walaupun pasukan kami merupakan pasukan dari Malaysia yang pertama mendapat tempat lebih baik daripada tempat ke 20, namun jelas menunjukkan taraf sukan Frisbee di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding dengan pasukan jiran kita dan pasukan lain.

Pada kali ini, kami sempat mencuri masa sehari sebelum kejohanan untuk berjalan-jalan di Singapore - hanya sempat ke Raffles Place dan Taman Merlion (Tugu Singapura). Memang cantik tempatnya,seolah-olah kami berada di dunia lain. Kali ini lebih seronok kerana dapat bersama-sama dengan teammate ke Singapore. Ini merupakan kenangan manis dan mungkin kejohanan besar terakhir bagi aku kerana sekarang aku berada di kpg halaman bekerja dan tiada peluang untuk bermain Frisbee seperti dulu. Namun, aku tetap bermain wpun tak seaktif dulu. Aku rindu saat-saat dulu. If someone ask "What u do best?" definitely "Frisbee!".




Merlion Park

Cavenagh Bridge

Marina Bay F1 Circuit

Original Merlion

Teammates...




Monday, December 6, 2010

Fakta sebenar tentang Proton

Salam,
Aku terbaca dari satu forum dlm website. Tentang misinformation terhadap Proton. Aku ingin kongsikan sedikit tentang ini kerana postnya amat menarik. Aku quote some of the part in the post. Untuk full view artikel ini, sila layari website ini.




"Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100% body dibuat di Malaysia. "

"Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia"


"Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang…. Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia"


"Saga – base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.









Iswara – base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK.


Wira – Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.


Perdana – untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia.


Tiara – Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton






Waja – Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita… kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit. Gen2 – 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.




Savvy – 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well… kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

Inspira- hampir 100% dr model asal lancer. tapi. sebenarnya model tersebut adalah ciptaan/design/rekaan engineer proton beberapa tahun yg lalu. waktu itu ada usahasama dgn mitsubihsi. dan oleh kerana proton ada 'masalah' dan mitsubishi takleh hold lama, dengan 'perjanjian' tertentu, mitsubishi keluarkan model tersebut dengan nama lancer. dan satu dunia memandangnya tinggi.. sbbnya produk luar negara."

"Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukannya kita"
Ada banyak lagi perkara ditekankan dalam artikel ini. Sila layari forum ini untuk info selanjutnya.

Dunia Maya Antara Fikir dan Zikir


Salam,


Sempena Maal Hijrah ini aku ingin berkongsi satu artikel daripada website iluvislam.com. "Dunia Maya Antara Fikir dan Zikir". Renung-renungkanlah dan selamat beramal!


Fenomena. Itulah perkataan yang tepat mengambarkan laman web sosial, Facebook. Ramai menyertainya kerana mahu mencari saudara mara, kenalan yang lama terputus hubungan, mengetahui perkembangan terbaru sahabat handai, ada yang mengunakan ia sebagai wasilah dakwah, berkongsi berita-berita, membuka 'kedai online' dengan menjual baju dan shawl (sekadar menyebut beberapa contoh) dan ada yang bercerita, cerita segalanya termasuklah hal dalam kain.
Saya antara orang yang menyertai web sosial itu. Sudah menjadi kelaziman diri, suka memerhatikan gelagat kenalan disitu. Yang baik dicontohi, dan sebaliknya dijadikan sempadan.

Itu dari satu sisi, sedangkan disatu sisi lagi, ada sahabat yang menolak untuk menyertainya. Juga dengan beberapa alasan. Dan seharusnya kita menghormati keputusan mereka. Pro dan kontra masih boleh diperselisih dan dibincangkan.


Lawatan Petang
Setiap hari, antara perkara rutin diri adalah membaca akhbar, mencari laman-laman tarbawi, melawat web sesawang kesukaan dan kadang-kadang singgah ke blog-blog sesiapa sahaja. Dengan harapan menjumpai mutiara disana."Saya tidak berminat untuk terlibat dengan Facebook. Ini kerana blog sahaja, sudah banyak membuatkan saya lagha dan banyak masa terbuang," itu antara sedutan article yang beliau tulis. Melihat dari profile, beliau adalah bekas lepasan jurusan agama diluar negara. Jadi mungkin sepakat boleh saya katakan, ilmu agama lebih banyak dari diri saya sendiri.


Di dalam article itu menyentuh dan membahaskan isu berkenaan web sosial Facebook. Saya tidak tertarik untuk membahaskan baik buruk Facebook, tapi lebih memikirkan tersirat dari itu.
"Blog sahaja sudah banyak membuatkan saya lagha dan banyak masa terbuang."


Diri Anda
Who You Are Determine What You See,

Who You Are Determine What You Do,

Who You Are Determine What You Get,


Itu kata pepatah English yang tepat untuk saya kemukakan. Sudah semestinya saya, beliau dan anda sepakati bahawa membuang masa dan membuat perkara lagha itu amat dicela oleh Islam hatta membawa kepada dosa.


Persoalannya, jika kita tahu blog, Facebook, Twitter dan segala macam itu lagha dan membuang masa kenapa masih kita terlibat?


Sekali lagi...

Who You Are,

Determine What You See,Who You Are,

Determine What You Do,

Who You Are,

Determine What You Get,


Semua itu kerana anda memandang itu dengan pandangan negative. Anda melihat blog, Facebook, Twitter dan lain sebagai lubang yang boleh membawa diri kepada kemusnahan akhirat yang fatal. Jadi nada-nada kesal akan keluar selepas terbabit kerana kita kita melompat dua hal yang penting.


Bagaimana Saya Memandang?
Saya memandang semua itu adalah ladang-ladang pahala yang perlu dituai sebanyak mungkin. Dengan menjadi blogger, saya mengira dengan menulis diblog, saya cuba menuai satu demi satu pohon-pohon pahala. Dengan terlibat dengan Facebook, saya berusaha sedaya upaya untuk menuai satu demi satu pohon pahala.


Jangan terhantuk baru tengadah. Untuk menjadikan itu semua sebagai wasilah ke syurga Allah, anda perlu dahulukan tindakan FIKIR dan ZIKIR.


Sebelum terbabit, fikirlah sebaiknya. Timbang baik buruk dengan neraca iman dan Islam. Pro dan kontra difikir setuntas mungkin. Kerana dengan fikir, hasil yang kita dapat, baik atau buruk kita tidak akan pernah menyesal. Kerana sebelum itu kita telah tunaikan hak aqal, fikir!
Sebelum terbabit, zikirlah sebaiknya. Zikirlah dengan hadirkan fikir. Pertimbangan-pertimbangan agama, sebelum melangkah kita harus fikir dengan saksama. Kerana dengan zikir, hasil yang kita dapat, InsyAllah tidak tersasar dari kehendak Pemilik Langit dan Bumi. Menerima dan menolak haruslah dengan fikir. Menerima dan menolak haruslah dengan zikir. Jangan pernah kita terlewatkan dua hal penting ini. Zikir yang mendatangkan tenang adalah zikir yang datang dengan fikir,Fikir yang mendatangkan kejayaan adalah fikir yang datang dengan zikir.

Nasihat Seorang Murabbi
"Ahmad, ana tengok anta banyak komen kat blog ana. Apa kata kali ini anta pula yang menulis. Turn ana pula nak komen. Ana bagi cadangan ini kerana ana tengok anta ada idea. Apa kata anta kongsi semua itu dengan masyarakat luar," saranan yang diberikan sambil tersenyum. Sambil tangan menepuk lembut belakang badan.


"Erm, insyAllah...ana akan pertimbangan sebaiknya. Dan InsyAllah, jika ana mula menulis, Ustaz lah orang pertama ana royak,"jawap saya.

Saranan itu saya lihat dan cermati dengan serius. Cuba aplikasikan fikir dan zikir. Dan lahirlah blog ini.


Jadi bagaimana dengan soalan tadi? Jom saya jawab...


Who You Are, Determine What You See, Ladang Pahala.
Who You Are, Determine What You Do, Dakwah.
Who You Are, Determine What You Get, InsyAllah, jannah!


Tepuk akal tanya fikir, tepuk hati tanya iman.
- Artikel iluvislam.com



Salam Maal Hijrah


Salam Maal Hijrah,

Esok merupakah 1 Muharam 1432, tahun baru dalam kalendar islam. Hari dimana umat islam menyambut kedatangan tahun yang baru di seluruh dunia. MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
So...apa azam baru untuk tahun baru ini? apa perubahan atau penghijrahan yang kita perlu buat dan lakukan?
Apa yang penting, semuanya harus menuju kearah kebaikan..ke jalan yang diredhai Allah. Setiap umat Islam perlu berhijrah. Perlu berubah. Apa perkara kebaikan yang kita tak pernah nak pandang atau buat, itulah yang perlu di masukkan dalam jadual harian kita.
Aku mengharapkan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling. Aku perlu berubah. Kita semua perlu berubah. Perlu berhijrah. Mana yang buruk dan tak baik harus dibuangkan. Mana yang baik harus di perbaikkan lagi. Semakin hari semakin banyak bala yang Allah turunkan sebagai peringatan kepada kita semua. Jauhkanlah diri dari segala kemungkaran dan maksiat agar kita semua peroleh kesenangan di akhirat kelak...

Wassalam...


Tuesday, November 30, 2010

Di mana angkasawan selalu lepak??

Year 2010 12 posts only???

Blog aku bukan sahaja bersawang tp dah berkarat..ni semua gara-gara facebook (FB) telah membuat aku lupa pada blog aku sendiri. Berapa byk cerita semuanya di publish dlm FB. Blog plak di anaktirikan sejak FB semakin popular dikalangan rakyat Malaysia. Mulai saat ini, aku cuba try update blog aku dgn pengalaman2 aku tahun ini. Tak banyak, tak jugak sedikit. Boleh lah…

Rakan-rakan bloggerku, anda juga mengalami masalah blog bersawang yg sama denganku?Marilah kita aktif kembali dunia blog kita!

Tukar layout blog


Setelah sekian lama menyepi, aku telah kembali dengan blog berwajah baru..aku akan cuba aftif berblog semula setelah sekian lama.Jom!

Wednesday, September 1, 2010

Salam Ramadan

Salam

Sudah 22 hari kita berpuasa di bulan mulia ini. tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut aidilfitri yang mulia. Pada tahun ni aku akan bersama keluarga beraya di kampung halaman ayah di Lundu, Sarawak. Dah 2 tahun tak beraya di sana, kerana sebelum ni sejak kecil lagi kami sekeluarga akan berhari raya di Lundu. Tak sabar rasanya hendak berjumpa dengan sanak saudaraku di sana. 6 September ini kami akan pergi dari Kuching dengan menggunakan jalan darat(driving). Harap kami selamat sampai dan selamat pulang ke sini semula.



Kepada rakan2 sekalian, selamat berpuasa dan selamat beribadah. Sesungguhnya bulan puasa bulan penuh dengan pahala, rebutlah peluang ini. Selamat beramal!

"Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah"

Mohamad Haffiz Hadran

Wednesday, July 7, 2010

Tipu helah MLM - Pengalaman mengenakan budak2 MLM


Cerita ini di petik daripada (http://www.mlmscam.net/site/one-team/cara-penipuan-one-team#comment-2930)

Aku ada satu pengalaman simple dan ringkas pasal One Team ( Family Club )

Benda ni memang daripada informasi kawan-kawan juga . My Old friend masa belajar di UNITAR dulu. Lama x dengar cerita.

Situasi :
Lokasi perjumpaan : Kelana Jaya
Gender dia : Female
Datang dengan : Lelaki macho smart ( Mcm bos )
hari ? : Sabtu
Kereta ? : kancil merah.
Motif perjumpaan : Lama x dengar berita , nak cerita pasal biz
Prospek : AKu dan kawan aku .

Datang dengan megah sambil memperkenalkan upline beliau. Aku dengan kawan aku senyum .

Aku pelawa order makan, the girl kata masih kenyang. Aku offer aku belanja.Dia pun order.

kemudian kami sembang kosong dalam 5 minit sambil mengenangkan masa belajar dulu. Kawan aku ketawa. Mamat macho tu asyik nak kontrol hensem.

Minah ni bukak cerita tanya aku kerja apa sekarang. Aku kata aku makan gaji . Kawan aku ketawa. Aku tanya dia kerja apa . Dia kata buat bizness. so aku assume dia akan tertunggu-tunggu aku tanya bizness apa , so aku tak teruskan . Aku tanya kawan dia , kerja apa ? dia kata sama mcm the gurl , buat bizness. Then kawan aku tanya , what business u do?

Lagging dalam 3-4 saat baru lelaki macho tu kata . Pernah dengar One Team? Kawan aku buat jokes " formula One pernah dengar, One Team ni tak pernah dengar. Kami dari ****** club . club ini under One team . Kawan aku menyapa lagi , apa kaitan that club,one team and your biz?

Mungkin disebabkan malu nak cakap biz mlm punya konsep takut nanti orang x suka nak dengar. dia pun cuba mempelbagaikan konsep2 kebungaan.

That macho guys cuba menunjukkan file beliau, kereta-kereta mewah siput car dan juga orang-orang yang sudah berjaya dan memilikinya. sembang beliau bahawa dengan bersahaja kerja boleh jana pendapatan 8k sebulan , tak perlu susah-susah nak bangun awal pagi , tak perlu risau dimarahi bos. Tiap-tiap minggu ada aktiviti club , kita enjoy sambil buat duit. Minah kawan aku tu duk kata " Betul,betul,bet ul,betul dari tadi" .

kawan perempuan aku tadi tu dengan bangganya mengatakan bahawa gaji bulanannya mencecah RM5k!. Kawan aku ketawa. Lelaki macho tu cuba meyakinkan lagi dengan hujah sampahnya kepada kami .

Makanan sudah sampai. Kami makan sambil bersembang lagi. Minah tu mengusik aku soal perkahwinan. tanya aku bila nak kawin ? aku balas aku dah kahwin tahun lepas . Setelah proses makan tamat . Aku mengusik minah tu

Gaji 5k belanje la kami. bukan selalu dapat jumpa. Minah tu terpandang-pandang upline dia. Kawan aku menyindir dengan perkataan betul,betul .

Minah tu kata , ala u kata tadi nak belanja , itu sebab i order.

Kawan aku panggil cashier. dia minta kira asing , dia bayar yang dia makan , total RM33 dia makan sorang. Aku punya murah sikit RM 28. Aku pun bayar . Minah tadi cuba merunggut dekat cashier yang makanan dia dan upline dia aku kena bayar. Upline dia senyap saje. Dekat situ je aku dah nampak , gaji 5k pun x mampu nak bayar makanan tu , mcm mana nak beli siput car? Aku saje nak tengok gerak geri mereka yang bangga dengan corak penipuan, mereka mempunyai cita-cita yang tinggi tetapi usaha mereka berada di tempat yang salah.

Aku dengan nada bergurau bersahaja pun membayar makanan mereka berdua RM45 . Cuma Rm45 pun tak mampu nak mempertahankan maruah mereka yang berstatus gaji 4 angka. Lawak betul.

Aku pun menghulurkan biz card kepada mereka berdua .
seterusnya aku perkenalkan yang sebelah ni sebenarnya my finance manager company aku dan aku adalah Director untuk company tersebut .

Sebenarnya aku dengan kawan aku dah berpakat, kalau biz mlm memang kita nak kenakan diaorang. Biasa lah MLM NETWORKING nih sembang menggunung , tapi hasil entah kemana .

Aku sebenarnya hairan kenapa orang-orang mlm lebih terjerumus menayang wang ringgit/kereta/ untuk tatapan umum? dan mengatakan mereka sudah berjaya! Betul berjaya ? Benar berjaya ? Aku rasa mungkin dah terkena culture shock . dapat duit terus tangkap gambar,letak dekat facebook,buat blog.

Moral this story : One team memang tiada maruah .

Saturday, June 5, 2010

Let's try Umai Sarawak (Sarawak Raw Fish Salad)




Umai (Sarawak raw fish salad)

Servings for 4 pax

Description:
Umai is a raw fish salad popular among various ethnic groups of Sarawak, especially the Melanaus. In fact, umai is a traditional working lunch for the Melanau fishermen.

Umai is prepared raw from freshly caught fish, iced but not frozen. Main species used include Mackerel, Bawal Hitam and Umpirang.

It is made mainly of thin slivers of raw fish, thinly sliced onions, chilli, salt and the juice of sour fruits like lime or assam. It is usually accompanied by a bowl of toasted sago pearls instead of rice. Its simplicity makes it a cinch for fishermen to prepare it aboard their boats


Ingredients:

500 g white fish fillet
Marinade
10 baby limequats, juice
5 shallots
10 mild red cayenne chillies
7 cm piece fresh ginger
salt and milled pepper


Directions:
1. Slice the Mackerel fillet thinly and keep dry with a piece of cloth.
2. Marinate with the lime juice for 4 - 5 hours.
3. Drain off the lime juice and toss with blended ingredients.
Then, add in local lime juice and mix well (if local lime is not available, substitute with ordinary lime juice).
4. Season with salt and pepper to taste.

My father is very good in cooking Malay dishes. Umai is his favourite and he is really good in doing this. According to him, we can use various type of fish. Even you can use prawn instead of fish if you wish. Good Luck!

Manok Pansuh receipe

Recently, Hazriq a.k.a John asked me how to make Manok Pansoh dish. So here is the receipe for it.

This is a Sarawakian recipe.




Ingredients:

1kg meaty chicken pieces
1 local brinjal, skinned and cut into wedges
1-2 lemongrass, bruised
20g bungkang leaves (can substitute with daun salam or dried bay leaves)
20g ginger, sliced
10g red chilies, seeded and sliced
1 tsp salt
Bamboo log
Tapioca leaves or banana leaf


Directions:
Combine all the ingredients, except the last two, in a mixing bowl and set aside for 10 minutes. Stuff into the bamboo log and seal with the tapioca leaves of banana leaf.
Cook the chicken by standing the bamboo log sealed side up, over burning wood or charcoal, for 30 minutes.
To serve, remove the tapioca/banana leaf and drain the tasty juice into a bowl. Split the bamboo to extract the chicken and arrange on a serving dish with the juice.

Good Luck!

Tuesday, May 11, 2010

Jari-jemari

Jari-jari memberikan bukti Kebesaran Allah
Rahsia Jari Kita Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan. Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda?? jari Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan. Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat. Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda. Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

*sumber di petik dari www.virtualfriends.net, penulis DilaDellila

Sunday, April 25, 2010

Frisbee Tournament di Singapore


Salam.
Lama x update blog sejak dah mula sibuk ngan facebook. Sekarang aku berada di Singapore.Ada tournament Frisbee 24-25 April. Main untuk team Malaysia B.So tadi dah main 4 matches, esok ada lagi 4 Matches.1 match 1 jam,padang becak,hujan lebat ribut petir,penat!Esok lepas game terakhir aku akan balik semula ke Shah Alam..Wish me luck for tomorrow!

Saturday, March 13, 2010

F**k!

Perhaps one of the most interesting words in the English language today, is the word fuck. Out of all the English words that begin with the letter 'f' ...fuck is the only word referred to as 'the f word... It's the one magical word. Just by its sound can describe pain, pleasure, hate and love. Fuck, as most words in the English language is derived from German ...the word fuieken, which means to strike.

In English, fuck falls into many grammatical categories:

As a transitive verb for instance.. John fucked Shirley.
As an intransitive verb... Shirley fucks.

Its meaning is not always sexual, it can be used as...

An adjective such as... John's doing all the fucking work.
As part of an adverb... Shirley talks too fucking much.
As an adverb enhancing an adjective... Shirley is fucking beautiful.
As a noun... I don't give a fuck.
As part of a word... absofuckinglutely -or- infuckingcredible.
And as almost every word in a sentence... Fuck the fucking fuckers.

As you must realize, there aren't too many words with the versatility of fuck...such as these examples describing situations such as:

Fraud: I got fucked at the used car lot.
Dismay: ahhh fuck it.
Trouble: I guess I'm really fucked now.
Aggression: Don't fuck with me buddy.
Difficulty: I don't understand this fucking question.
Inquiry: Who the fuck was that?
Dissatisfaction: I don't like what the fuck is going on here.
Incompetence: He's a fuck-off.
Dismissal: Why don't you go outside and play hide and go fuck yourself...

I'm sure you can think of many more examples.

With all these multi-purpose applications, how can anyone be offended when you use the word. We say use this unique, flexible word more often in your daily speech.

It will identify the quality of your character immediately.

Say it loudly and proudly: FUCK YOU!



ADAKAH ANDA BOLEH TERIMA??
BAHASA BUDAYA KITA..renung2kan lah yer.


*Artikel ini diambil daripada http://www.turoks.net/Bordello/TheWordFuck.htm

Thursday, February 11, 2010

Final Camp 2010

Salam

Final camp akan bermula tidak lama lagi. Kali ini tempat seperti semester lepas di Kem Murni, Kg Jahang di Gopeng, Perak.127 orang peserta dan tugas aku sebagai leader n discipline adalah tugas amat besar namun satu penghargaan buat aku kerana semua mempercayai kemampuan aku. Aku akan melalukan tugas dengan penuh komitmen dan sebaik mungkin. Diharapkan alumni sudi membantu aku dalam memberi nasihat dan pandangan ketika di sana kelak. Doakan semuanya selamat dan berjalan lancar.Amin.






Monday, February 1, 2010

126

Salam
Lama x berblog..berdebu2 dan bersawang..jentik2 pun penuh kat kat blog ni..patut aku kena denggi hari tu..haha..

Cerita 126 ni pasal jumlah participants camping 1st Camp yg diberi nama Spirit Camp tempoh hari di UiTM Jengka, Pahang. Jumlah yg teramai pernah aku conduct sebagai Instrutor. Pada mulanya agar bimbang kerana ketiadaan alumni-alumni PERLU yg hadir untuk bersama menjayakan camping ini,kecuali Ustat, shariman dan mus (sebagai lecturer jugak). agak berat untuk memikul tugas ini tetapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dgn bantuan ustat mus and shariman sbg pembimbing instructor PERLU yg ada dan instructors jemputan. Jadi tidaklah terpesong prinsip PERLU dalam kem ini.

Kem kali ini turut menjemput beberapa orang yg dianggap mampu menjadi instructor tambahan dan first aider,alhamdulillah semuanya boleh mengikut rentak kem ini. Terima kasih kepada semua instructor kerana membantu terutamanya 3 orang first aider kita yg turut menjadi wireman(TNB) kem ini. Harapan di Final Camp nanti boleh turut serta membantu kami lagi di Gopeng. Dan seterusnya sudi menjadi ahli PERLU dan mengikuti T.O.T selepas kem itu nanti.

Instructor Disiplin
Menjadi dicipliner utk 126 orang ni agak tough tapi berjaya jugak menyedarkan mereka wpun x semua. Dengan adanya En.Shariman yg sentiasa menjadi reference dan kuasanya sbgai lecturer agak membantu tugasku utk memberi 'habuan' kepada peserta.

Pengalaman
Pacat jangan dikira..time trekking (3 kali,rotation),pacat penuh di kaki.Siap leh wat pertandingan dgn peserta siapa paling byk kumpul pacat kat kaki. Nightwalk pulak bermula pukul 12.30 tamat pada 5.00am,solo walk dilepaskan seorang demi seorang untuk balik ke kem site..126 orang..ada yg mamai, ada mengigau..penakut pun ramai..yg lucunya, peserta lelaki yg ramai penakut daripada perempuan!

Thanks to Ahmad Firdaus a.k.a Ustat dan Azlan kerana turut hadir(TQ2!)..En. Shariman dan En. Mustakim sebagai pensyarah dan secara tidak langsung sbgai alumni PERLU yg turut membantu. x lupa en.Zainal dan en.Azizul dan en.Khaizani selaku pensyarah kerana memberi peluang kepada kami untuk membimbing adik2 kami ini. Thanks kepada semua instructor. Kita jumpa lagi di FINAL CAMP in 14 days!

Harapan
Agar alumni PERLU akan turun membantu kami di final camp nanti. Khidmat ada masih diPERLUkan wahai abg2-akak2 ku..demi kelancaran dan demi ilmu yg bakal dituruni kepada peserta nanti.Pengalaman dan kepakaran anda yg lebih itulah yg akan memberi mereka dan kami secara tidak langsungnya bagaimana 'suasana' final camp yg sebenarnya.

Monday, January 11, 2010

Aizat menang AJL-24



Tahniah Aizat kerana telah menjadi Juara AJL 24 serta memenangi anugerah Persembahan terbaik.

Juara-Aizat-Pergi
Naib Juara- Yuna-Dan Sebenarnya
Ketiga- Faizal Tahir-Bencinta
Vokal Terbaik-Black Aku Rindu Sayang Kamu
Persembahan Terbaik- Aizat-Kau dan Aku



Sokonglah industri Muzik tanahair.Belilah yang Original!

Sunday, January 10, 2010

SOLD OUT!!