Salam,
Aku terbaca dari satu forum dlm website. Tentang misinformation terhadap Proton. Aku ingin kongsikan sedikit tentang ini kerana postnya amat menarik. Aku quote some of the part in the post. Untuk full view artikel ini, sila layari website ini.
"Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100% body dibuat di Malaysia. "
"Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia"
"Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang…. Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia"
"Saga – base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.
Iswara – base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK.
Wira – Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.
Perdana – untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia.
Tiara – Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton
Waja – Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita… kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit. Gen2 – 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.
Savvy – 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well… kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.
Inspira- hampir 100% dr model asal lancer. tapi. sebenarnya model tersebut adalah ciptaan/design/rekaan engineer proton beberapa tahun yg lalu. waktu itu ada usahasama dgn mitsubihsi. dan oleh kerana proton ada 'masalah' dan mitsubishi takleh hold lama, dengan 'perjanjian' tertentu, mitsubishi keluarkan model tersebut dengan nama lancer. dan satu dunia memandangnya tinggi.. sbbnya produk luar negara."
"Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukannya kita"
No comments:
Post a Comment