Tuesday, December 7, 2010

Destinasiku: Singapore 2nd Trip





Salam Maal Hijrah

Pada 15-17 September yang lalu, aku telah ke Singapore sekali lagi dalam tahun ini selepas 1st trip aku pada April lalu. Tujuannya sama, menyertai kejohanan terbuka Ultimate Frisbee, cuma kali ini Singapore Ultimate Open 2010 berbanding April lepas Singapore Single Gender Tournament 2010.

Ini adalah kali ketiga aku ke Singapore di mana kali pertama aku pergi pada tahun 2006, juga menyertai kejohanan terbuka Frisbee, Singapore Ultimate Open 2006. Apa specialnya kejohanan ini?

Sebagai pemain Frisbee, adalah impian untuk bermain di kejohanan besar yg melibatkan ramai pemain bertaraf antarabangsa. Alhamdulillah, 3 kali aku berkesempatan untuk menyertai kejohanan ini mewakili Malaysia. Pada kejohanan terbaru ini, aku bersama-sama rakan pasukan dari UiTM Lions telah bergabung dengan satu lagi pasukan dari Malaysia iaitu Carebears. Gabungan pasukan ini dikata terhebat di Malaysia memandangkan UiTM Lions merupakan ranking pertama di Malaysia disaat ini diikuti pasukan Carebears ditempat kedua.

Pada kejohanan kali ini, sebanyak 40 pasukan dari seluruh Asia telah menyertainya. Pasukan-pasukan terdiri daripada pasukan Australia, Jepun, India, Vietnam, Filipina, Thailand, Singapore dan Malaysia. Kali ini, Malaysia menghantar 3 pasukan termasuklah pasukan gabungan Lions-Carebears.








Kejohanan ini mengambil masa 2 hari 16-17september. Pasukan kami berjaya masuk ke Pool C dan mendapat naib johan Pool C. Kami mendapat tempat ke-18 keseluruhan daripada 40 pasukan bertanding. Walaupun pasukan kami merupakan pasukan dari Malaysia yang pertama mendapat tempat lebih baik daripada tempat ke 20, namun jelas menunjukkan taraf sukan Frisbee di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding dengan pasukan jiran kita dan pasukan lain.

Pada kali ini, kami sempat mencuri masa sehari sebelum kejohanan untuk berjalan-jalan di Singapore - hanya sempat ke Raffles Place dan Taman Merlion (Tugu Singapura). Memang cantik tempatnya,seolah-olah kami berada di dunia lain. Kali ini lebih seronok kerana dapat bersama-sama dengan teammate ke Singapore. Ini merupakan kenangan manis dan mungkin kejohanan besar terakhir bagi aku kerana sekarang aku berada di kpg halaman bekerja dan tiada peluang untuk bermain Frisbee seperti dulu. Namun, aku tetap bermain wpun tak seaktif dulu. Aku rindu saat-saat dulu. If someone ask "What u do best?" definitely "Frisbee!".




Merlion Park

Cavenagh Bridge

Marina Bay F1 Circuit

Original Merlion

Teammates...




No comments:

Post a Comment