Thursday, August 28, 2008

Majlis Hari Lahir En. Hisyam

Baru sebentar tadi selesai majlis hari lahir yang tidak diduga oleh en.Hisyam sendiri. Kami sempat menyanyikan lagu hari jadi buat en.Hisyam di depan pintu rumahnya sendiri. Sebelum itu kami membuat aksi gimik dengan berkawad di depan rumah en.Hisyam sampaikan beliau sendiri malu dengan gelagat kami yang agak melucukan..hehehehe

Sempat kami bersolat berjemaah bersama en. Hisyam di rumah beliau ketika masuk waktu magrib. Selepas solat magrib, kami pun makan-makan. Antaranya mee goreng, ayam roasted, nugget, sate, buah2, air sarsi dan sirap, kek hari jadi (sedap!), biskut dan lain2..alhamdulillah semua kami kenyang. Keadaan di rumah beliau meriah sekali dengan kehadiran ahli persatuan PERLU dan alumuni serta jiran,sahabat dan saudara-mara keluarga beliau turut hadir memeriahkan majlis.

Ahli PERLU juga telah berkongsi membeli hadiah untuk beliau (harap beliau akan gunakan selalu) dan disampaikan oleh shariman selaku Presiden PERLU. Terima kasih diucapkan kepada ahli PERLU dan alumuni yang datang memeriahkan majlis kejutan hari jadi ini bersama,tanpa anda semua suramlah suasana. Dan akhir sekali terima kasih kepada En. Hisyam dan Isteri kerana menghidangkan kami dengan makanan yang sedap2.

Selamat Hari Lahir En. Hisyam -semoga panjang umur dan murah rezeki! Amin!

Hari Besar!

Hari ini, bersamaan dengan 28 Ogos 2008 adalah hari besar buat kita sekeluarga! Marilah kita ramai2 menyambut hari ini! Hari apa? nak tahu? tanyalah siapa yang tahu yer..sms me if u want to know.

Wednesday, August 27, 2008

Abseiling : Majlis Anugerah Dekan FSR 2008

Baru sebentar tadi selesai majlis Anugerah Dekan FSR 2008 yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan UiTM. PERLU telah mempamerkan aksi Abseiling sebagai persembahan sebelum penyampaian anugerah berlangsung. Aku terlibat dalam sekali, menjadi belayer kepada mubin sebagai orang pertama turun dengan classic style. Di ikuti dengan Dasri dengan aksi Australian Walk, Ateh dengan gaya Spiderman dan 3 org serentak dengan 3 aksi, Angah- Spiderman, Hisham-Australian dan Sofwan- Classic. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar. Cuma terdapat sedikit kesilapan daripada pengerusi majlis yang telah salah sebut gaya-gaya abseiling tadi. Terima kasih kepada semua yang terlibat! Arigato gozaimasu!!

Tuesday, August 26, 2008

Pengalaman Diri : Group Survival

Minggu lepas, berlangsungnya aktiviti survival untuk peserta diploma. Aku antara instructor survival dalam aktiviti ini. Di setiap 6 kumpulan bila aku melawat, aku akan cadangan apa yang patut mereka buat untuk survival ini. Antaranya suruh buat pagar, buat lantai dari kayu, buat tangga, parit dan macam2 lagi. Aku suruh mereka apply apa yang kita blajar di Camp Craft untuk survival. Alhamdulillah ada group yang berjaya melakukan perubahan terhadap khemah diaorng seperti membuat pintu gerbang, tangga, parit, tempat solat, tempat sidai dan lain2.


Nak diceritakan semasa aku diploma dulu time jadi peserta, group aku terdiri daripada 6 orng. 3 lelaki dan 3 perempuan. Time tu group aku kena kat tempat yang x rata, agak2 nya 30 darjah jugak la condong tu. Setelah berbincang, kami putuskan untuk buat pondok kecil di mana kami membuat lantai tinggi daripada tanah,gunakkan kayu2 mati dan diikat. Sampai ke tengah malam kami x abis2 lagi buat pondok kami tu. Unggun api kami buat sampai 3 tempat, satu di depan dan 2 lagi ditepi kiri dan kanan. Memang terang lah tempat kami masa tu. Baru boleh alert dengan kedatangan sesiapa dalam kawasan perkhemahan. Pondok kami tu x ubah macam pondok rumah padi cuma xde nipah jer utk jadikan dinding. Tapi memang best dan puas hati dengan keadaannya. Boleh guna utk sebulan 2. Tapi sedihnya bila kita abis aktiviti itu, kena robohkan pondok itu... itulah pengalaman final camp : Padawan Survival Camp 2005 aku.

Saturday, August 23, 2008

Tasik Kenyir : The end of Final Camp 2008

Alhamdulillah

kami telah pun selamat pulang dari Tasik Kenyir tanpa ada apa2 kemalangan yang berlaku. Aku ingin menceritakan tentang detik2 aku menjadi instructor untuk diploma semester ini.

Camp Craft
Julung kalinya aku memegang tugas sebagai instructor camp craft....untuk hari 2 hari pertama memang amat tidak memuaskan kerana peserta ini tidak tahu menguruskan diri mereka masing2 apakan lah lagi untuk menguruskan kawasan perkhemahan. Mereka seperti paku yang menunggu tukul untuk diketuk dan bergerak. Seperti kekeringan idea. Aku pun tunjukkan apa yg patut mereka buat seperti menembok tanah becak, membuat tangga jalan, mendalamkan parit dan ampaian baju n pfd dan lain2. Selepas itu barulah mereka tahu apa yg patut dibuat. Ingatkan peserta ini belajar dari kesilapan. Hari terakhir pun masih perlu di ketuk..bayangkan kalau aku x arahkan peserta2 ini mengemas balik khemah mereka secara sistematik, mereka tidak akan dapat menyiapkan kerja2 dalam masa yg ditetapkan. Namun bila aku mengarahkan mereka bekerja dalam berkumpulan,kerja mereka memang cepat! Apa yang penting? KERJASAMA! wek!

Survival
Aku dan iman mengambil masa yang lama untuk meneliti,mencari dan menghafal jalan2 survival spot yang diperlukan utk kumpulan diploma ini. Aktiviti survival ini mengambil masa lebih kurang 20 jam. Terdiri daripada 6 kumpulan, untuk 1 check , kebanyakan kumpulan tidur selepas ditinggalkan tanpa mendirikan khemah. Mereka hanya menghamparkan flysheet yg diberi untuk dijadikan alas untuk mereka tidur di atas tanah. Hanya 2 kumpulan sahaja yang berjaya menyalakan api dan salah satu daripadanya menyalakan api dengan jayanya.
Hari seterusnya - Aku masuk semula ke dalam survival site bermula pada pukul 10 pagi sehingga pukul 3 ptg untuk makan dan masuk semula sehingga magrib. Dalam masa itu aku dibantu beberapa instructor lain. Ada lagi yang masih tidur semua sekali tanpa ada sentri atau jaga. Banyak pula yg membuka kasut dengan alasan kaki sakit,basah dan pucat. Dah di pesan berkali2 demi keselamatan tetapi mereka tidak jua mengedahkan arahan tersebut. Seolah2 arahan/ peraturan ini saja2 dibuat dan tiada kebaikannya. Dari pengamatan aku, hanya segilintir sahaja yg boleh survive dan yg lain hanya jadi pak turut dan mak turut sahaja. Oleh itu aku memberitahu bahawa esok ada solo camp,sesiapa yang x belajar apa2 xkan dapat survive untuk solo camp nanti. Barulah aku melihat mereka menunjukan minat untuk belajar kerana takut dek solo camp. Apa2 pun, pengalaman survival camp tidak akan dilupakan oleh peserta2 kerana kebanyakan mereka pertama kali merasai pengalaman ini. Tidak dapat dijual beli. Dan bila berakhirnya aktiviti ini, aku mengarahkan mereka supaya menghilangkan jejak dan bekas seperti mereka tidak pernah datang ke kawasan itu. Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat mengubah perangai peserta2 yang tinggi egonya ini. Ego mereka telah dirobohkan jua...

Banyak yang aku dapat belajar dalam final camp kali ini. Belajar perangai org salah satu daripadanya. Bagaimana mereka berlakon bagus jika di depan instructor dan apa pula sebaliknya berlaku ketika instructor tiada. Disebalik daun2, kegelapan dan kesunyian aku melihat gelagat mereka yg tidak mungkin ditunjukkan kampus, kelas nanti.Hanya nature, hutan, kegelapan dan kesunyian dapat menunjukkan segalanya.

Sekian, Terima kasih

Friday, August 15, 2008

Tasik Kenyir- Here we come

Beberapa jam saja lagi,bermulalah secara rasmi Final Camp: Incredible Camp 2008. Pukul 11 akan diadakan majlis perasmian dan sesi pengenalan instructor.Pukul 3 nanti bermulalah quarantine peserta2 di stor rekreasi dan di situlah bermula tugas aku sebagai biro disiplin secara rasminya. Dan kali ini aku di tugaskan sebagai instructor camp craft...semoga aku dan rakan2 dapat menjalankan tugas sebagai instructor dengan baik untuk bersama2 belajar dan mendidik peserta2 demi kebaikan masa depan bersama..amin.

Friday, August 8, 2008

Destination : Leisure tour dE' Perak

Pagi ni, kelas aku SR221 Part 5 Minor A dan bergabung dengan kelas SR221 Part 1 akan bergerak ke Perak untuk program kelas, Ageing yg diajar oleh En. Rahim Merah. Seawal pukul 6.30am nanti kami akan berkumpul di Teratai dan menaiki bass Restu Barakah. Dijangkan bergerak dalam pukul 7.30 dan akan sampai ke Taiping tengah hari...

Sekarang pukul 4.40am aku masih lagi x tido kerana baru jer balik dari meeting pada pukul 3 tadi. Alang2 sangat nak tido so aku better x tdo..tdo dalam bas jer lah.. Program ni akan diadakan di sekitar Perak dan kami akan balik ke Shah Alam pada ahad petang. Diharapkan program ini berjalan dengan lancar dan kami mintak kengkawan doakan kami selamat pergi dan balik ke sini dalam keadaan yang sihat dan baik. Amin.

Wednesday, August 6, 2008

Final Camp: berbeza:Tasik Kenyir

Final camp di kenyir lagi! Kali ini tugas aku berbanding semester lepas- Instructor Degree. Ianya satu perubahan yang aku tunggu2 kerana inginkan perbezaan. Aku harap aku dapat berkongsi ilmu,pengalaman dan lain2 dalam camping bersama rakan2 degree part 3 semester ini.Dan semoga semua instructor2 dapat memberikan khidmat terbaik mereka di Kenyir nanti! Gambate!

Tuesday, August 5, 2008

Masalah Tajuk Research

Minggu lepas aku telah menyiapkan Chapter 1 Research Proposal aku yg bertajuk " Sport Participation Motvation among UiTM Ultimate Frisbee Players" tapi malangnya tajuk aku di reject sbb dah ada orang lain yg amik tajuk MOTIVATION so org lain xleh amik tajuk yg berkaitan dan sewaktu dengannya...Lepas tu lecturer pulak bagi tajuk kat aku tentang "Violence in Sport"...masalahnya aku masih x tau nak buat scope apa dalam context violence in sport..aku x nampak lagi apa yg aku boleh buat...setakat ni aku just terfikir nak buat "Perception of UiTM Student towards Violence in sport"..tu pun aku tak tau lagi ke mana hala tuju research ni...
Aku dah baca lebih 15 journal tapi masih x jumpa lagi tajuk sesuai...kemana hala tujuku..aku masih lagi sesat...

Dilema Praktikal...

Next sem aku dah mula praktikal...dalam minggu ni kena decide 3 tempat yg aku nak praktikal dan hantar ke YB Hasnol.tapi aku dalam dilemma...aku memang nak sangat praktikal kat Tasik Kenyir,kat mana Lenny n Dilla praktikal sekarang.Kat situ aku leh belajar macam2 lagi tentang rekreasi luar.Sbb tu aku berminat sangat nak g praktikal kat sana

Masalahnya pulak timbul bila aku fikirkan balik, aku ada motorsikal..nanti aku praktikal kat sana moto nak letak mana? aku xnak jual moto aku,sbb niat aku nak bawa balik ke rumah lepas abis study n simpan jadi harta. Selain tu aku ada PC n lain2 harta benda yg boleh dikira banyak sangat kalau nak di bawa ke sana. Tajuk research aku pulak tentang Violence In Sport...xder plak kaitan dengan rekreasi atau tasik kenyir..YB plak cadangkan praktikal kat MSN,baru ada related dgn tajuk research aku.

aku dalam dilema. tolonglah aku...kalau boleh bagilah cadangan yg lain untuk aku menjalani praktikal next sem...