Saturday, August 23, 2008

Tasik Kenyir : The end of Final Camp 2008

Alhamdulillah

kami telah pun selamat pulang dari Tasik Kenyir tanpa ada apa2 kemalangan yang berlaku. Aku ingin menceritakan tentang detik2 aku menjadi instructor untuk diploma semester ini.

Camp Craft
Julung kalinya aku memegang tugas sebagai instructor camp craft....untuk hari 2 hari pertama memang amat tidak memuaskan kerana peserta ini tidak tahu menguruskan diri mereka masing2 apakan lah lagi untuk menguruskan kawasan perkhemahan. Mereka seperti paku yang menunggu tukul untuk diketuk dan bergerak. Seperti kekeringan idea. Aku pun tunjukkan apa yg patut mereka buat seperti menembok tanah becak, membuat tangga jalan, mendalamkan parit dan ampaian baju n pfd dan lain2. Selepas itu barulah mereka tahu apa yg patut dibuat. Ingatkan peserta ini belajar dari kesilapan. Hari terakhir pun masih perlu di ketuk..bayangkan kalau aku x arahkan peserta2 ini mengemas balik khemah mereka secara sistematik, mereka tidak akan dapat menyiapkan kerja2 dalam masa yg ditetapkan. Namun bila aku mengarahkan mereka bekerja dalam berkumpulan,kerja mereka memang cepat! Apa yang penting? KERJASAMA! wek!

Survival
Aku dan iman mengambil masa yang lama untuk meneliti,mencari dan menghafal jalan2 survival spot yang diperlukan utk kumpulan diploma ini. Aktiviti survival ini mengambil masa lebih kurang 20 jam. Terdiri daripada 6 kumpulan, untuk 1 check , kebanyakan kumpulan tidur selepas ditinggalkan tanpa mendirikan khemah. Mereka hanya menghamparkan flysheet yg diberi untuk dijadikan alas untuk mereka tidur di atas tanah. Hanya 2 kumpulan sahaja yang berjaya menyalakan api dan salah satu daripadanya menyalakan api dengan jayanya.
Hari seterusnya - Aku masuk semula ke dalam survival site bermula pada pukul 10 pagi sehingga pukul 3 ptg untuk makan dan masuk semula sehingga magrib. Dalam masa itu aku dibantu beberapa instructor lain. Ada lagi yang masih tidur semua sekali tanpa ada sentri atau jaga. Banyak pula yg membuka kasut dengan alasan kaki sakit,basah dan pucat. Dah di pesan berkali2 demi keselamatan tetapi mereka tidak jua mengedahkan arahan tersebut. Seolah2 arahan/ peraturan ini saja2 dibuat dan tiada kebaikannya. Dari pengamatan aku, hanya segilintir sahaja yg boleh survive dan yg lain hanya jadi pak turut dan mak turut sahaja. Oleh itu aku memberitahu bahawa esok ada solo camp,sesiapa yang x belajar apa2 xkan dapat survive untuk solo camp nanti. Barulah aku melihat mereka menunjukan minat untuk belajar kerana takut dek solo camp. Apa2 pun, pengalaman survival camp tidak akan dilupakan oleh peserta2 kerana kebanyakan mereka pertama kali merasai pengalaman ini. Tidak dapat dijual beli. Dan bila berakhirnya aktiviti ini, aku mengarahkan mereka supaya menghilangkan jejak dan bekas seperti mereka tidak pernah datang ke kawasan itu. Aktiviti ini sedikit sebanyak dapat mengubah perangai peserta2 yang tinggi egonya ini. Ego mereka telah dirobohkan jua...

Banyak yang aku dapat belajar dalam final camp kali ini. Belajar perangai org salah satu daripadanya. Bagaimana mereka berlakon bagus jika di depan instructor dan apa pula sebaliknya berlaku ketika instructor tiada. Disebalik daun2, kegelapan dan kesunyian aku melihat gelagat mereka yg tidak mungkin ditunjukkan kampus, kelas nanti.Hanya nature, hutan, kegelapan dan kesunyian dapat menunjukkan segalanya.

Sekian, Terima kasih

11 comments:

  1. terima kasih kerana sudi menjdi fsi kiteorg.....
    kami terhutang budi ngan korang...........
    thx jd fasi yg baik.........

    ReplyDelete
  2. thank coz abg hafiz tahan gak ngan prangai kte org...
    andai ada wat salah n silap maafkan kami yerk...
    kami budak baru belajar kalo salah tolong tunjuk kan..

    ReplyDelete
  3. ermm..xpe pize..
    semua tu akan seronok bila dikenang2 kan..=)

    ReplyDelete
  4. aku rasa camp ni memang berbeza buat hang. awat? sebab mesti hang banyak kali sakit tekak...
    hahahahahaaaa

    ReplyDelete
  5. tehah pn nk ucap trima kasih...
    cuian en hafiz asek kne jerit2 je sbb kami bt slh...
    sorry sngt2

    ReplyDelete
  6. yela...
    thanks ye sbb sudi jage ktowg gak...
    wlaupn ktowg ni kpale batu n degil...
    wlaupn ms mara tu muke mmg berang gilerrr...
    tkot gak nk tgk...tp...
    bile senyum alalalala tomeiiii nye ye....
    hehehe

    ReplyDelete
  7. sakit tekak~ uhuk uhuk! hehehe

    ReplyDelete
  8. brader brisbee rupenye...sy dah tkar blog la...2 yg berswang blog lg 1 tu... nk tlg bershkan pun xpe..huhuhu...

    ReplyDelete
  9. x reti nk add org la der...

    ReplyDelete
  10. xreti la...nak add org cmne ek..

    ReplyDelete