Thursday, August 28, 2008

Majlis Hari Lahir En. Hisyam

Baru sebentar tadi selesai majlis hari lahir yang tidak diduga oleh en.Hisyam sendiri. Kami sempat menyanyikan lagu hari jadi buat en.Hisyam di depan pintu rumahnya sendiri. Sebelum itu kami membuat aksi gimik dengan berkawad di depan rumah en.Hisyam sampaikan beliau sendiri malu dengan gelagat kami yang agak melucukan..hehehehe

Sempat kami bersolat berjemaah bersama en. Hisyam di rumah beliau ketika masuk waktu magrib. Selepas solat magrib, kami pun makan-makan. Antaranya mee goreng, ayam roasted, nugget, sate, buah2, air sarsi dan sirap, kek hari jadi (sedap!), biskut dan lain2..alhamdulillah semua kami kenyang. Keadaan di rumah beliau meriah sekali dengan kehadiran ahli persatuan PERLU dan alumuni serta jiran,sahabat dan saudara-mara keluarga beliau turut hadir memeriahkan majlis.

Ahli PERLU juga telah berkongsi membeli hadiah untuk beliau (harap beliau akan gunakan selalu) dan disampaikan oleh shariman selaku Presiden PERLU. Terima kasih diucapkan kepada ahli PERLU dan alumuni yang datang memeriahkan majlis kejutan hari jadi ini bersama,tanpa anda semua suramlah suasana. Dan akhir sekali terima kasih kepada En. Hisyam dan Isteri kerana menghidangkan kami dengan makanan yang sedap2.

Selamat Hari Lahir En. Hisyam -semoga panjang umur dan murah rezeki! Amin!

No comments:

Post a Comment