Saturday, September 27, 2008

Puasa ke 26- Kuching destinasiku


Hari ni cukup 26 hari kita berpuasa...alhamdulillah tiada apa2 masalah besar berlaku...masalah kecil memang biasa la bagi kita..

Dari semalam aku tak tido sbb format laptop baru mus..selesai jer baru aku packing barang2 aku. Hari ni perjalanan aku agak jauh..beribu batu..bermula pada awal pagi ke KLSentral dan terus ke LCCT..masa tu perjalanan lancar..x jam seperti yang di sangka..

Tiba di LCCT, peh..punya ramai org...dengan keadaan LCCT tu tengah di renovate, makin sempit lah ruang di situ.. jam menunjukkan 11.45am.."Kuching- 12.55pm- Open - bila terpapar jer kat skrin menandakan kaunter buka,aku bergegas ke kaunter R39...punya lah laju..ingatkan dalam golongan 10 orang pertama datang, rupa2nya...dah ramai menunggu di situ...ada lebih kurang 150 org dah pun berbaris...memang sesak gile...tambahan pulak kaunter sebelah kiri dan kanan juga penuh...dah macam sardin dalam tin..kuah je xde

jam menunjukkan 12.15pm...aku masih ada setengah jalan lagi nak sampai ke kaunter check in..masa tu dari jauh aku melihat seorang kawan aku yang baru lepas abis check in barang dia..dengan muka tensionnya, dia mengadu kat aku " aku dah tunggu dari pukul 10.30am, baru dapat check in skrg!" aku tanya.."flight ko pukul berapa?" dia jawab, sepatutnya 11.45am..tapi delay la sbb x semua lagi check in...dia pun berlalu pergi..aku pun meneruskan penantian ku itu..

tepat 1.10pm aku selesai urusan check in...(8.9kg berat bag camping aku)..dan pergerakkan seterusnya ke Terminal 2 untuk naik flight..1.15pm aku dah di dalam flight. duduk di bahagian belakang kapal terbang air asia AK5208 to Kuching..aku labuhkan punggungku ke atas kerusi dan terus tido sbb mengantuk sgt..aku terbangun ketika flight bergerak..baru nak bertolak...jam ketika itu menunjukkan 2.01pm.. delay la flight aku..dari 12.55pm ke 2.o1pm...pastu aku sambung balik tido..

3.45pm-sampai di Airport Kuching, aku berasa sangat bersemangat. ini kerana sudah lebih 2 tahun aku tak menjejakkan kaki ke Kuching..(semenjak part 6 diploma dulu)..rindu dengan bandar kuching..adik aku menunggu di luar dan kami terus balik ke rumah pak ngah aku...jam menunjukkan pukul 4.30pm ketika sampai ke rumah. sampai jer aku terus merebahkan badan aku ke sofa di ruang tamu...penat dan mengantuk...

Tepat pukul 5ptg, telefon aku berdering,kekasihku mengajak aku berbuka sama, aku pun pegi la ke bandar kuching dengan menaikki scooter nitro milik pak ngah aku..rasa best pulak scooter tu...selesa dan besar..cam naik big bike..6.39pm-aku berbuka dengan air coklet yang aku beli tadi..ini kerana time tu kami mencari tempat untuk berbuka tapi semua restoran dah full..dan kami bertekad untuk berbuka kat KFC Sarawak Plaza jer...tu pun lambat sikit sbb kena tunggu org lain abis makan. Lepas jer makan, jalan2 kejap dan kami mengambil haluan masing2..

Pukul 8.30pm, aku terus gerak ke Petra Jaya Kuching. aku call kawan baik aku,cantek..dia ada kat umah..aku pun terus pecut ke rumahnya...bermacam2 topik di ceritakan dalam perbualan kami..maklum lah dah lama x jumpa..pukul 11pm, aku pun balik ke rumah...11.30pm-lepas mandi, aku terus jer online..sekarang pukul 1.15 dah...tapi aku x tido lagi... mata pun dah mengantuk ni...memang penat hari ini..hari yg sangat panjang bagi ku..tapi aku enjoy..itu saja coretan aku untuk puasa ke 26.

Friday, September 26, 2008

ATTENTION! : AGM & GATHERING PERLU 2008

Assalamualaikum,

Kepada ahli-ahli, alumuni dan pensyarah, tarikh yang dicadangkan untuk mengadakan AGM& Gathering PERLU adalah pada 17-19 Oktober, di Teratak Riverview, Ulu Bernam Selangor, seminggu selepas T.O.T 11.

Jadi saya ingin bertanya kepada semua, adakah pada tarikh itu sesuai untuk anda semua untuk menghadiri program ini? Sila berikan saya responds secepat mungkin untuk saya comfirmkan tempat. Jika kebanyakannya mempunyai masalah dengan tarikh tersebut, maka program ini akan ditunda ke tarikh lain. Sila berikan tarikh yang sesuai bagi anda. Sekian terima kasih.

Sunday, September 21, 2008

Puasa ke -21

HARI 21
Tinggal lagi 9 hari kita berpuasa...alhamdulillah 21 hari aku telah berpuasa..semalam berbuka puasa bersama keluarga PERLU di perkarangan Plaza Alam Sentral selepas menyaksikan mereka bermain bowling.

PAGI YG GELAP
pagi ni lepas bersahur,aku terus jer online utk menghilangkan kebosananku..aku suka sgt sbb broadband aku laju pagi ni...dah seminggu ni broadband aku bermasalah...slow sampai nak bukak apa2 website pun memakan masa...apa lah Celcom ni..kata Terbaik...hampeh!

AGM+GATHERING
hari ni aku x tau lagi nak buat ape...dalam plan nak study statistic(math) utk test methodology selasa nanti..then study PArk Planning. Minggu depan ni, aku busy jugak dengan preparation AGM+Gathering PERLU...esok malam nak wat meeting ngan Biro2 yng terlibat..esok malam gak kenak comfirm semua sbb proposal kena hantar gak minggu depan...cadangan - AGM+GATHERING akan diadakan pada seminggu selepas T.O.T 11...tempat kat Teratak Riverview, Ulu Bernam Selangor. ada apa2 bantahan? apa2 pun kita tunggu malam esok punya keputusan ok... So..apa2 pun, ahli PERLU dan Alumni cuba reservekan masa utk menghadiri AGM+Gathering kita selama 3hari 2malam ni ok..

Friday, September 19, 2008

Hari Raya bakal menjelma

Puasa dah masuk hari ke-19. pastu hari raya plak...rasa macam sekejap masa berlalu...ramadhan yang lepas aku rasa masih tidak lama...datang pula ramadhan tahun ini..adakah aku mensia siakan masa aku tanpa ada apa2 yang boleh membuatkan aku rasa jarak setahun itu tidak terasa?

Hari raya lepas aku balik ke Sarawak pada pagi hari raya..mendengar takbir raya di dalam Air Asia..mujur sem ni aku dah beli tiket awal dan murah..sem ni aku balik Kuching setelah 3 tahun beraya di Miri. Dah lama x jumpa sanak saudaraku di Kuching dan Lundu..inilah masanya aku ingin mengeratkan kembali hubungan keluarga besarku di sana...

Sunday, September 14, 2008

Jengok-jengok blog blogerwan

hari ni...aku bangun2 jer terus online dengan Celcom broadband aku...aku buka la blog aku...dan aku g la jengok2 blog2 budak2 kelas outdoor recreation...baru aku perasan,mereka kebanyakannya dah ada blog tapi aku jer x tau...tgk la kat list blog aku...dah ramai dah aku add...kalau yg xder tu sila lah tampilkan diri bagi tau...

3 Jam
aku mengambil masa selama 3 jam untuk membaca dan komen blog2 mereka ni...sbb ada yg first time yg ada blog and ada yg aku x pernah jengok...dan kali ini aku jengok dan komen..

Final camp
cerita yang sama,tapi dari perspektif yang berbeza..itulah kebaikannya luahan pengalaman di dalam blog...kita dapat tahu apa pendapat masing2...jgn takut untuk suarakan apa yang anda rasa patut...dalam blog kita bebas untuk berkata apa saja asalkan tidak menjatuhkan maruah org lain. dalam aku membaca cerita final camp diaorg, aku amat berminat dengan cerita Omar. panjang berjela dan memang lucu ceritanya..bagus omar. yang lain hanya cerita pendek.cuba ceritakan dengan lebih panjang..cuba jer...

Update blog
lupakan pasal final camp...dah pun berlalu...updatekan blog anda sentiasa...x kira apa yang anda lakukan..masukkan ke dalam blog..dengan ini kita boleh berkongsi pendapat, kongsi cerita dan pengalaman (selain outdoor) dan lain2. dengan ini kita boleh merapatkan hubungan kita kerana ramai yang ambil berat tentang kita tanpa kita ketahui...diharapkan blog ini berterusan wlaupun anda tidak lagi mengambil subjek dengan en. hisyam next semester.

Thank You
Arigato Gozaimas, thanks kepada semua bloggers2 sbb menjengok dan komen dalam blog aku yang x seberapa ini..sekurangnya x ler boring aku dok kat rumah...boleh baca blog..

Thursday, September 11, 2008

Aku Binggung...

Minggu ni aku rasa pening jer tiap hari...ntah kenapa...walaupun aku tidur awal, bila dalam kelas aku tetap akan mengantuk...aku pun x tau pehal..mungkin sbb penyakit gout aku yg aku dapat sejak cuti sem lepas...hari ni pulak aku perasan ada bengkak pulak kat area peha aku...rasanya aku kena pegi check lagi kat klinik pasal kesihatan aku...aku kurang sihat...

p/s: lama x update blog...hehe..

Friday, September 5, 2008

Aku terkandas di KL SENTRAL...

Hari ini aku dan Lan pergi ke KL Sentral untuk observed kemudahan yang disediakan di KL Sentral dan Taman KLCC (assigement Tourism dan Park Planning)..bermula pada pukul 12 tgh hari tadi, aku ngan Lan naik turun LRT dan Train..


Muka stress selepas tunggu train ke Shah Alam

Pada pukul 5, aku dan Lan bergerak semula ke KL Sentral untuk pulang ke Shah Alam...malangnya sejam lebih menunggu train ke Shah Alam, tapi masih x dapat naik. Terlepas 4 train kerana begitu ramai yang menunggu disana...macam sardin da dalam train...setelah terlepas train ke 4, aku dan Lan decide untuk berbuka kat KFC kat atas jer...bersama dengan Latip, Glo and Adda yang juga baru habis observed untuk assigment group diaorg..

Muka Latip n Glo yang juga stress menunggu order makanan di KFC

Memang patutlah Bajet 2009 perlu memperuntukkan dana untuk menambahbaik kemudahan pengangkutan awam..rasanya kalau train buat 5 tingkat pun x cukup kot?tambah gerabak 10 buah lagi pun maybe x cukup jugak...hai lemak...

Monday, September 1, 2008

Lata Hammer : Merdeka! !

Sabtu lalu,3o ogos, seramai 14 ahli PERLU UiTM serta alumuni telah pergi ke Lata Hammer, Pahang sebagai aktiviti leisure atau adhoc mingguan. Aktiviti ini diadakan 2 hari satu malam di air terjun yang cantik dan air nya sejuk. tiba tepat pukul 12pagi,31 ogos, laungan Merdeka sebanyak tiga kali bergema di air terjun Lata Hammer diiringi dgn lagu Negaraku dan lagu 31 Ogos. Dan selepas itu aktiviti berendam pada awal pagi di air terjun! sejuk!! Paginya pula kami bangun dari tidur dan sibuk memancing ikan dan dapat 3-4 ekor untuk di bakar,goreng untuk makan pada tengahharinya. Aktiviti mandi memang sentiasa dilakukan sehingga ke tengahhari. memang best, rugi sapa x pegi! kami keluar dari kawasan Lata Hammer dalam pukul 4 petang. Antara pengalaman yang tidak akan dilupakan kerana menyambut merdeka di dalam hutan, di air terjun dan bersama2 keluarga PERLU...Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 diucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Perpaduan Teras Kejayaan. MERDEKA!!!!

p/s: maaf tiada gambar, mungkin nanti ada keluar dalam Blog ahli PERLU yang lain.